Pages

Saturday, February 26, 2011

part 2: Saa`dah dari perspektif barat


Penilaian dari perspektif Barat



Kebahagiaan ataupun true happiness yang dipegang oleh Barat ialah apabila kebahagiaan itu diperolehi dengan  cara manusia itu memiliki apa jua yang diinginkannya,dan lantaran itu mereka menguasai dan cuba  memilikinya.Menurut salah seorang anak didik ahli falsafah Rom ,Socrates yang bernama Aristippus[1], kebahagiannya sebenar ialah dengan memaksimumkan sepenuhnya kesenangan , dan mengelakkan sebarang bentuk keperitan hidup .Beliau turut menyatakan  bahawa kesenangan fizikal adalah makna sebenar kehidupan dan ianya  diukur kepada keperluan material semata-mata tanpa menghiraukan keperluan rohaninya.Justeru itulah munculnya idea-idea Barat yang menjulang kesenangan material sebagai kayu ukur untuk mencapai kebahagian di dalam hidup mereka.

Dualisme dunia dan akhirat mereka hanya mengiktiraf material sahaja sebagai kayu ukur kebahagiaan,dan tanpanya hidup manusia tidak ada maknanya.Disebabkan itulah ada manusia yang menonton wayang untuk bahagia,makan berlebihan,melancong,membeli-belah dan seumpamanya semata-mata untuk bahagia,kerana apa yang dilihat dan dijangkau fikiran mereka hanya dari sudut memenuhi keperluan fizikal semata-mata.

Malah, Teori Hirarki Abraham Maslow ternyata sekadar tersekat kepada kepuasan 'self- actualization' sebagai makam paling tinggi bagi kebahagian manusia. Bagi mereka, jika ada nilai kepuasan peribadi yang digambarkan melalui pencapaian keduniaan, seperti cemerlang peperiksaan, gaji naik, pangkat naik, berkahwin, dipuji dan puja, lalu menerbitkan kebahagiaan dalam jiwa. Kita mudah 'tenang' dan 'bahagia' jika memperoleh berita gembira. Namun, peringkat itu boleh musnah sekelip mata, jika tidak ada lagi 'berita gembira' tersebut.Natijahnya disebalik bahagia yang menjadi ukuran mereka itu,ada sesuatu yang bakal mengehadkan “kebahagian” yang mereka rasakan dan ia bakal terhenti pada suatu ketika.Adakah bahagia itu hanya untuk seketika dirasa didunia?

kembalilah kepada AlQuran dan SunnahNYa


[1] Merupakan seorang pengasas Hedonism.

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers