IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL
assalamualaikum....Sudah lama rasanya tidak dijenguk blog HK ni...rindu bertamu seperti mana rinduku pada saat kemanisan tarbiyah di matrikulasi..Suasana yang terlalu dirindui,hanya mampu saya simpan sedalam dalamnya di lubuk hati lantaran keperluan meneruskan perjuangan disini pula kini.Alhamdulillah..hampir 2 tahun rasanya diri ini bertandang sebagai pelajar di USM,dan dengan sisa-sisa keringat,nasihat,semangat,dan semestinya nikmat yang ALLAH berikan,kita masih berada didunia ini seketika ini,berhempas pulas mencari harta dunia dan akhirat,serta mengharapkan sinar hidayah dan taufikNya didalam setiap perkara yang dilaksanakan,INSYAALLAH...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang telah ditakdirkannya..Dan hanya kepada Allahlah kita bakal dikembalikan kelak,kerana dunia ini hanya pinjaman semata-mata.Masih terngiang-ngiang di benak fikiran saya apa yang disampaikan Kak Emma td,jadikan sesuatu perkara dan apa sahaja aktiviti itu ibadah,niatkan segalanya kerana DIA,kerana mana mungkin kita hidup tanpa mengharapkan belas ihsan ALLAH..mana mungkin kita hidup tanpa ingatan terhadapNYA,sedangkan saat mulai bangunnya kita dari pagi hingga diakhiri dengan rehat di malam hari,segala-galanya diatur sang pencipta...namun rata-rata manusia itu sendiri gagal bersyukur,sering menzalimi diri apalagi menjatuhkan martabat agama yg dibawanya!Nauzubillahi min zalik...Ya Allah..jauhkan kami dari perkara-perkara yang melalaikan kami dariMU,agar hati-hati ini sentiasa tenang dengan cintaMU,taufikMU dan rahmatMu....
berjalan dan terus berjalan mencari makna kehidupan..tgk..lady tori ni pn pandai.. |
Jelas pelbagai perkara yang kita rencanakan,kita aturkan..namun segalanya hak Allah YANG MAHA MUTLAK MENETAPKAN sesuatu..kita hanya perantau dunia,mencari dan terus mencari dalam suatu persinggahan,agar persinggahan dunia itu tidak kosong dan jelas bermakna sebagai saham akhirat disana.Namun apa yang kita ada kini?pernah muhasabahkan?cukupkah nikmat iman dan Islam yang kita syukuri kini?Selidiki diri,kerana memuhasabah itu tunjang akal untuk mengembara dalam suatu nakhoda perubahan kehidupan.Sesekali saya terdiam sendiri...Andai kata esok tiada lagi,mampukah pula diriku menjawab disana?
mentafsirkan suatu makna kehidupan.. |
Pemergiannya ke rahmatullah..sangat mensayukan hati ini taktala hati dilanda kerinduan yang dalam.Saat itu jualah diri ini ditarbiyah suatu ketika dahulu....hati ini benar-benar rindu,dan saat rindu itu bertamu,ALLAH terlebih dahulu menjemputnya..Hanya sedekah doa yang mampu diriku dan rakan-rakan seperjuangan titipkan.Namun hanya kepada ALLAHlah kita bakal dikembalikan,kerana setiap antara kita,milik ALLAH yang mutlak...dan tiada siapapun mampu menahan ajal dan maut apabila ia telah ditetapkan,tapi adakah kematian yang kita takutkan sebenar-benarnya atau amal bekalan yang terisi untuk dibawa kesana?
islam is the way of life... |
Baru kini saya mengerti,nikmat iman dan islam yang sebenar-benarnya.Ia penuh kemuliaan.kesyahduan,dan ketaatan kepada ILAHI bukan suatu paksaan bahkan ianya kenikmatan dan setiap satu tarbiyah yang Esa itu sentiasa mengingatkan kita kepada Allah,pencipta sekalian makhluknya.Subhanallah!.Kita mencatu diri dengan ikatan akidah yang suci saat kita dilahirkan,bahkan sejak didalam kandungan ibu,kita telah diajar mengenal sang pencipta...tapi hari ini,kita masih gagal pula mengaplikasikan semuanya...Nikmat iman dan Islam seharusnya membawa kita kepada cara hidup yang penuh kemuliaan,meninggikan martabat sebagai muslim dan muslimah yang baik,bawalah ia agar terus memartabatkan diri dan meninggikan kehebatan Islam,bukan sebagai kecacatan yang merosakkan lukisan keimanan....beringat-ingatlah sesama kita,kerana Islam itu penuh dengan peringatan untuk memimpin manusia pula yang penuh dengan kelemahan dan kealpaan dalam menguruskan urusan dunia dan akhiratnya.Beringat ingatlah dengan hari kematian,kerana kematian mengingatkan kita pula kepada bekalan amal untuk dibawa menghadapNYA...
muhasabahkan diri,memperbaiki peribadi.. |
oleh itu,bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ustazah Amairah Hj sufian ( pensyarah pendidikan Islam Kolej Matrikulasi Perlis ) yang telah pulang ke rahmatullah pada 21/12/2010 dan tidak dilupakan juga keatas junjungan besar Rasulullah serta muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita disana.Semoga Allah mencucuri rohnya dengan kemuliaan dan menempatkan mereka disisi orang-orang yang soleh..Al-Fatihah...
Semoga rohnya dicucuri dengan rahmat ALLAH.. |
3 comments:
sama2 doakan Allahyarhamah Ustazah Amairah..
moga ditempatkan bersama2 para solihin..insyaAllah
rindu nye dkt smue T_T
wani dah lama xudate belog kan
update2!
to adeqs comel
insyaALLAH..kita same2 doakan..ameen..
huhu..rindu balik la msia salu..heee
lyn sery..
insyaALLAH..on process my dear..:)
Post a Comment
komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..