Pages

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Wednesday, January 11, 2012

kita tetap bersama jua!

jangan lepaskan tangan kite tau..janji?kite tetap bersama selamanya kerana DIA ya!

“Selayang ikan di laut sudah tahu jantan betina.”,kata kak S kpd saya

“ eh…mana mai selayang-selayang ni,sekilas la..heheh”..pantas saya menyampuk .

“Haha..mana-mana ja…suma sama...pstt2…”.terus disambung cerita kak S sehingaa saya ketawa malam itu dek mungkin ia melihat sedikit kekusutan yg dicermin dari wajah saya.

Wednesday, January 4, 2012

she told me a secret!

iN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL
For once in 2012 ,there  was an upset day for me,but on that day too,there`s letter flying through my mail box and tell me a secret. It was from  a friend of mine..She leave me a secret2 letter..oh,what`s the secret huh?


 The Secret

Thursday, December 29, 2011

pasti sabar!


Bila terbentangnya lukisan pelangi..sudah tentu kita lihat alam tersenyum dengannya..tapi melihat kanvas lukisan kita sendiri,belum tentu seluruh umat manusia  redha dengan apa yang tercorak diatasnya..

Selalunya,  kita pesan pada hati utk bertenang dalam mencari satu kebaikan dan kebenaran,dengan harapan hati akan terus redha pada tiap-tiap ketentuan aturan si DIA..tapi pernahkah kita berbisik  pada hati yang satu ini,berpesan-pesanlah dengan kesabaran dalam mencari satu kebenaran hidup?

dimanakah perginya sabar ? sedang melarikan diri?


byk org cuba menyampaikan kebenaran...tapi kesabaran terbuang di pertengahan jalan..

pasti!saya turut tidak terkecuali dalam  soal ini..we will bring it back!!
Monday, December 19, 2011

Nota cinta dia..


PERIBADI SEINDAH MUTIARA

PERIBADI YANG BERIZIKIR
ZIKIR MULA MENJADI PERIBADINYA
ALLAH ADALAH  TUJUANNYA
RASULULLAH MENJADI TELADAN DALAM HIDUPNYA
DAN DUNIA INI PUN MENJADI SYURGA BUATNYA SEBELUM SYURGA SEBENARNYA..
BUMI MENJADI MASJID BAGINYA
RUMAH,SYARIKAT BAHKAN ALAM  SEKALIPUN MENJADI MUSOLLA BAGINYA
TEMPAT  IA BERPIJAK MENJADI HAMPARAN SEJADAH BAGINYA
NOTA CINTA PEMBERI MAKNA

KALAU IA BICARA ,BICARANYA DAKWAH
KALAU IA BERDIAM, DIAMNYA ITU ZIKIR
NAFASNYA TERJAGA SEKALI , FIKIRANNYA PULA BAIK- BAIK SANGKA,
TIDAK  SEKALI  SINIS  APALAGI PESIMIS
HATINYA..DIAM-DIAM BERDOA..
DOANYA DIAM-DIAM…

MEKAR CINTA TERTAUT KASIH SI DIA YG ESA

TANGANNYA KAYA DENGAN HULURAN SEDEKAH..
KAKINYA BERJIHAD ,IA TIDAK MAHU MELANGKAH  DENGAN SIA-SIA
KEKUATANNYA SILATURRAHIM..
KERINDUAANNYA DENGAN  TERTEGAKNYA SYARIAT ALLAH..
KALAU HAQ ITU TUJUANNYA,
MAKA SABAR DAN KASIH SAYANG ITU STRATEGINYA
RINDU MUJAHID MENGIBARKAN BENDERANYA UTK DEEN TERCINTA

ASMA` AMANINA..
CITA-CITANYA TINGGI TERAGUNG..
HANYA UNTUK SYAHID DI JALAN ALLAH..
KESIBUKANNYA HANYA ASYIK MEMPERBAIKI DIRINYA..
BERPALING DARI MENCARI KEKURANGAN APALAGI AIB ORG LAIN..
RAILAH MAJLIS-MAJLIS ZIKIR,
RAILAH KEPERIBADIAN-KEPRIBADIAN HATI –HATI YANG BERZIKIR..
KERANA ITULAH HIDANGAN ALLAH TERLAZAT DUNIAWI..
Friday, August 12, 2011

sanah helwah..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL


Alhamdulillah..sebelum menjelangnya 12 am mlm ni,HK sangat berharap dapat update entri walaupun sedikit. Alhamdulillah, HK sangat bersyukur Allah telah memanjangkan usia HK sampai ke hari ini dan finally, i`ve been 21 years old now on 12 August 2011 . Syukur Alhamdulillah.

Buat mama dan abah,
Sunday, March 20, 2011

dari hati yang rindu....



Dedikasi buat temanku nurul izzati, nurul `ain,nur syafikah,a`ain hidayah,nur abirah,sharifah siti maryam,farahain nasibah,azlin misnan dan nur amira..

uhibbuki fillah..

Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...


Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalinkan kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umara,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjah dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Membiarkan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir di abad ini,
Jiwa pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah ayahda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini,
Bias menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mashar nanti.

Wednesday, February 9, 2011

monolog di birai senja..

moga diriku tertunduk dengan kalimahMu..


entah  kenapa sayu itu datang membelengguku..
Tapi..bila ku fikirkan sejenak…
Sungguh tuhanKu mahu mentazkiyahkan hati nurani ini…
Namun terkadang…ku dibisikkan untuk lemah dan jatuh rebah…
Tapi tidak!akulah nakhoda hati ini…
Hati inilah raja bagi kotanya yang dikurnia Ilahi…
Yang mencari mardhatillahMu..
Ya Allah..hatiku ini hanya satu…
Dan hati inilah mengawal jasadku..
Mana mungkin ku hidup tanpa dekat denganMu..
Mana mungkin aku bernafas tanpa rahmatMu…
Sungguh ya Allah..aku x ingin menjadi hambaMu yang futur…
Tidak  ku mahu jatuh dan rebah tersungkur hanya kerana bisikan laknat itu…
Izinkan aku bangkit…
Agar kekentalan itu menjadi  haruman buat ummah..
Yang mewarnakan hati untuk terus terpaut pada cintaMU…
ameen...ya rabbul izzati....



Friday, January 21, 2011

bicara tanpa suara...

Andai tiap lukisan itu mampu berbicara
tapi dimanakah pula bicaranya diri ini terhadap kerinduan pd penciptaNYA...
ya Allah..
tidak layak bagiku mendambakan segala kebaikan
cuma pintaku
 KAU pandulah aku..
dengan taufik dan hidayahMu..
kerana nikmat itu akan segera membalut jiwa-jiwa ini untuk terus terikat denganMu..
magfirahMu aku pohon...
thabatkan aku pada jalanMu..
agar hanya sentiasa yakin pada tiap ketentuan itu...

-durrahnur-



Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers