Pages

Showing posts with label masak-masak corner... Show all posts
Showing posts with label masak-masak corner... Show all posts
Friday, August 5, 2011

kerabu epal hijau

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Alhamdulillah…da masuk hari kelima kita berpuasa.kejap je..pejam celik pejam celik..da 5 hari kan..syukur Alhamdulillah…HK semalam sempat la berbuka di rumah Pak Ngah dan Mak Ngah HK..selepas berbuka kejap,HK belek-belek la buku resipi yang HK jumpe kat umah Mak Ngah…tup2..mak ngah dan kak pupu pun sergah la HK,tnye nak masak ape yang sibuk sgt belek-belek buku tu lepas berbuka..HK senyum jela..(^_^). 

Then, mak ngah HK suggest la satu resipi yang ada dalam buku tu. Katenye,setelah ditry test..mantop! HK pun punye la teruja mase tu…mana xnya, epal ijau buat kerabu…xpenah-penah didengar dan dicuba..hee…dengan keterujaan yang tinggi mase tu, HK da pasang niat ni…untuk menu berbuka esoknye HK nak buat nasik paprik dengan kerabu tu…jeng-jeng..setelah dicuba,memg betul kate mak ngah..mantop!Alhamdulillah..kerabu tu  mmg simplest menu,tp menyengat..jimat mase da satu dan mudah! Jom..ade mase kita cuba-cuba ye…mmg sedap..insyaALLAH..( ^_^ )

Bahan-bahan:


2 biji epal hijau
½ batang lobak merah
2 biji cili merah
1 labu bawang merah
1kuntum bunga kantan ( HK xletak,sbb xsempat cari)
1 pokok daun ketumbar( pun xletak)
1 sudu the gula
2 biji limau kasturi ( kalau nak rase masam-masam lebih boleh tambah lagi)
½ bji tomato ( dipotong dadu )
Garam secukup rase.

Cara membuat : 



1.        Epal hijau dan lobak merah disagat ataupun diracik halus.
2.       Manakala bahan-bahan lain dihiris halus.
3.       Gaul semua bahan tersebut dan perahkan limau kasturi
4.       Kacau rata dan rasa kerabu,jika kurang garam tambahkannya.
5.       Sedia untuk dihidang.

petua : untuk elakkan warna epal hijau bertukar jadi lebam, rendam dulu epal dalam larutan air garam.Selamat mencuba!



Wednesday, August 3, 2011

alkisah roti jalaku..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

 Assalamualaikum..
 
Apa khabar semua? Hari da masuk hari ketiga kita berpuasa,Alhamdulillah…xde yang ponteng-ponteng lagi kan?(^_^) syukur…Allah telah memudahkan kita semua dalam menunaikan kewajipan berpuasa ni. Syukran ya Allah..

Da masuk petang-petang ni,tiba la time preparation nak buat juadah berbuka pula. Fuh..kemuncak ni, sebelum nak berbuka…so, HK nak kongsi la  resepi cepat, pantas n mudah untuk masak arini..hihi..Perut orang rumah arini terasa nak makan Roti Jala, so mama pun kata dari membazir duit membeli, baik buat sendiri dengan modalnya xsampai pun  RM2. Makan pun boleh banyak dari beli kat bazaar.Jom2! Meh kite testing2 dulu ye.. ( ^_^ )

Bahan-bahan : 

1.         1 biji telur
2.       Secawan setengah  tepung gandum
3.       Air masak secukupnya.
4.       Garam secubit
5.     Pewarna kuning telur/ kunyit  ( HK xguna pewarna,pakai kunyit je sebab malas pegi kedai byk kali..hehe)
6.       Cili kering segenggam
7.       3 ulas bawang besar
8.       Sedikit belacan
9.       Satu asam keping
10.    Ikan bilis segenggam( diblend kasar )

Cara-cara :
1.         Campurkan semua bahan 1-5 diatas dan masukkan dalam mesin pengisar,pastu blend sume sampai halus.

2.       Pastikan textur tepung betul-betul likat dan xberketul-ketul sebab kalau berketul,nanti mase nak mencanai atas api takut terlekat dalam kelongsong jala tu. Hasilnya corak jala tu xcantik la.

3.       Lepas tu, ambil minyak dan sapu pada kuali leper yang kita nak guna. Dengan api yang perlahan, mulakan proses mencorak jala diatas kuali leper . lipat or gulung ikut kreativiti masing-masing.




4.       Setelah siap roti jala, tiba proses buat kuahnya. HK hanya buat sambal bilis kisar sebab lagi sedap makan cara ni dekat-dekat nak berbuka nanti. Sesetengah orang suka makan dengan gulai or kari, ikutlah citaras masing-masing.

5.       Caranya, rebus cabai kering yang dipotong-potong tadi. Sementara itu, kupas bawang dan potong dadu. Bila da mendidih cili  tu, kisar bawang dan cili bersama-sama.

6.       Ikan bilis dikisar guna blender basah dengan sedikit air,jangan blend sampai halus,cukup kasar-kasar aje.

7.       Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tuang cili yang dikisar tadi dan masak cili sehingga pecah minyak. ( Petua :  cili pecah minyak maksudnya, minyak kelihatan berlinangan dalam kuali semasa ramuan cili mendidih. Satu lagi,petanda cili sudah dimasak bau cili tidak lagi dapat dihidu.)

8.       Masukkan sedikit belacan dan asam keping. Gaul mesra dan masukkan ikan bilis yang diblend tadi.

9.       Masukkan secubit garam dan gula secukup rasa (petua merasa kecukupan garam dalam masakan ;ambil sikit kuah tadi dan letakkan diatas kuku ibu jari. Kalau rasa x panas,maksudnya garam dah cukup dalam masakan.Credit to my tok wan for the tips..hehe )

10.    Siap untuk dihidang.

siap!macam xcantik je..hehe...sory ye..kuahnya xsiap lagi mase ni..( ^_^ )




Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers