Pages

Showing posts with label motivasi dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label motivasi dan kehidupan. Show all posts
Tuesday, January 17, 2012

short pit stop mama..


Need some time to rest…

It just lackadaisical and feel onerous

need some fuel topup!

How can  we do it?

Ask Allah,then put all your stairways and hopes to HIM..:)
Sunday, January 15, 2012

tafakur sebelum tidur..:)


bace dulu sebelum tidur tau!hihi- baby say..
 perlu ke muhasabah diri selalu?perlu ke fikir-fikir balik ape yang kita lalui saban waktu?

i say..YES,YES,YES! sangat-sangat perlu! so,please sila baca dahulu..:)

it wasn`t an accident..

jalan manakah engkau dambakan?

From college life to matriculation and yet to be in a university life,  everything has change so fast.

Secondary level and matriculation, is among the best moment forever in my life. From there,we`ve been grew up together ,sleeping, eating ,talking together starting from boys, shopping, life adventures, stalking-ops! and many more until yet when  we`re  being reintroduce to the beuty of faith to Allah.

Monday, January 9, 2012

full strength!

 When we look for strength in ourselves, we will be weak.
When we look for strength in Allah, we will be Unshakable. Why?
Cuz Allah always care for u.
It`s  the beauty landed when people start bringing back their  hopes to Allah.. 
Tuesday, December 13, 2011

hambaNYA yang sedar diri...



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL 

Jadi hamba itu perlu sedar diri..

Hari-hari diari hidup pasti membuka satu tajuk dengan selakan tajuk yang lain. Di dalam merentas liku-liku perjalanan seharian,pasti jua byk coretan dan ilham yang terakam baik di benak mahupun kanvas memori hati,sama ada suka duka pahit manis..kesannya tetap terasa..enaknya,itulah warna-warna perjalanan seorang manusia.

Tapi disebalik satu ilham dan diairi  yang terakam,mungkinkah mampu menyelak pintu kecil hati manusia berterusan  menilai istana iman dan taqwa? 

Percaya atau tidak,manusia itu sering sekali lupa. Terlalu lupa untuk bersyukur pdNYa yang menganugerahkan sebuah nilai cita dan rasa dalam hidup hamba-hambaNYA.

Dimana terbina mahligai iman andai perjalanan hidup yang menyusuri tidak pernah sekali  dinilai sendiri berkali-kali? Manusia terlalu ego dengan duniawi. Fikir-fikirkan sendiri..
Saturday, December 10, 2011

saya percaya itu!(^_^)

Hidup ni kena percaya; ada orang lain memerhatikan kita dari jauh. Ada rasa kebersamaan daripada dia dalam masa kita susah dan senang.

Macam mana tu? Doa-doanya sentiasa mengiringi kita. Tanpa syarat..
peliknya.... hurm..
Tuesday, December 6, 2011

Menyelam ke laut, dasarlah bentangnya!

hanging bats..Ouch!

“Guys! do you hear me? ” bergema suara salah seorang master student yg menjadi tour guide kami ke gua berkenaan.


“Yes”, serentak kami semua menjawab. 

“ Proceed please”, pinta salah seorang rakan saya selepas itu.

Gema suara kami segera mengejutkan hidupan yang berada di dalam gua berkenaan. Keadaan menjadi bingit seketika,si cengkerik memainkan alunan,Sang katak menyahut perlahan,sang kelawar terbang dengan bunyinya yang mendesir,seakan-akan menyambut kedatangan kami ke situ.

Monday, December 5, 2011

ya! Dari iri menuju bidadari...senyumlah!

senyumlah!muram semata bahagiakah jiwa?

Hati berbunga mekar. Lebih mekar dari segarnya sang mawar. Seakan bertepuk menari riang.

Gembira rasa apabila diraikan. Gembira juga apabila dapat meraikan.


Pernah tak, kamu rasa di 'gimmik' kan semasa hari lahir? Dibuli, dikenakan, dilakonkan, dinangiskan dulu, dimarah, kemudian:

"Surprise!!"

"Allah selamatkan kamu.."

Hati jadi bunga. Bunga jadi hati.


Wednesday, August 3, 2011

dedikasi untukmu..


Kesekian kalinya
Terhulur salam bahagia menyambut ketibaan darimu
Pertemuan itu terjalin
Gugusan  kemesraan bertaut
sedang engkau dan aku sendiri tidak mengerti
namun kau relakan ia tumbuh seperti sepohon pokok yang subur,
lantas kau bajai,kau semai,kau sirami…
hingga ianya tumbuh tinggi menjulang awanan yang tinggi
berakar kukuh ke dasar bumi,
kau sirami dan bajai hati ini mengenal Deen yang suci
agar tetap ia mampu teguh berdiri,
tidakkan tumbang dalam ribut dan taufan duniawi ini.

Madah yang terbit dari hati nuranimu
Kekal ku genggam sebagai pedoman dan ikutan,
Saat ku merasa sepi,
kau kuatkan diriku Tuhan selalu menemani,
Saat  keresahan melanda hati,
kau ingatkan diriku dengan janji-janji Ilahi,
betapa suci dan tulusnya hatimu mengingati diri ini
kini,
di manakah bakal lagi ku temui
pendidik  semurni hatimu yang ku kagumi

saat ini,seolah semalam dirimu masih disisi
menemani diriku dengan tunjuk ajarmu
yang dipenuhi selautan ilmu
agar aku tetap teguh berdiri dengan tujuan dan hala tuju
tetap kuredhai pemergianmu..
namun ku yakini,pertemuan berlandaskan iman ini
tetap kekal sebagai ingatan yang dalam dihati

pergimu  mungkin tiada ganti
namun ku pohonkan kepada Ilahi
bekali diri ini dengan rantaian istiqamah
untuk terus bergerak di medan dakwah

Iringan doa kuutuskan.. agar dirimu sentiasa tenang dalam lena yang panjang
Tika ku renung bintang di langit, tidakkan ku lupa rumput di bumi
Umpama siang dan malam saling memerlukan, begitulah jiwa insani..
Pertemuan tercipta bukan ku pinta..
Perpisahan terjadi bukan ku ingini..
tapi itulah TAKDIR Ilahi.

P/s : Sajak ini HK karang bersama inspirasi seorang teman buat arwah Ustazah Amairah yang banyak membantu HK dan sahabat-sahabat lain ketika kami menghabiskan pengajian di Matrikulasi Perlis dua tahun yang lalu. Beliau  telah pulang ke rahmatullah pada 28/12/2010 . Mudah-mudahan arwah ditempatkan di dalam kalangan hamba-hamba yang soleh. Alfatihah…..

credit to critical angle
Thursday, June 9, 2011

aku kecil hati....

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”...

I’m so confused...

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

 Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili
 
P/s: So,conclusionnya..jangan terlalu mudah terasa hati…itu bermakna kita tidak redha akan apa yang diberikan Allah..nanti Allah pula xredha pada  kita..sebaliknya..lapangkanlah dada..kerana Allah mengasihi kita,dan disebabkan itu diturunkannya cubaan bagi hamba-hamba yang dikasihinya…(^_^)..juga peringatan untuk diri yang lemah..
Monday, May 2, 2011

believe in HIM...

put Allah`s priority in any sides you confront...



Masalah ialah perkara normal dalam kehidupan manusia. Setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah; pada hari ini, berjuta orang ditimpa masalah dan anda salah seorang daripadanya.

Sesaknya dada bila masalah berkunjung tiba. kita rasa,dunia itu telah tertutup tadbirannya.

Kita fikirkan,hanya kitalah yang ditimpa sesuatu yang besar,sedangkan dalam masa yang sama, entah siapa di keliling kita jua tertimpa dengan pelbagai ujian yang lebih dahsyat agendanya.

Oh!kejamnya tuhan!

Tika itu,pelbagai monolog bersarang di dalam hati,hakikat dan takdir tuhan mula kita cuba ubahi,kita katakan aku tidak mahu begini,itu hanya yang terbaik bagiku..

Akhirnya kita tumbang dan lemah dengan ujian yang tiba,masakan tidak dari hati sendiri telah mula lahirnya prasangka-prasangka negatif didalam hati. Berterusan hanyut tanpa arah…dan tinggallah saki-baki ummat yang lemah dan tidak terdaya hanya dengan sedikit ujian ini.

Cuba renungi kembali sirah nabi;

Sebahagian sahabat, islamnya mereka kerana tertariknya mereka kepada baginda. Adanya baginda sebagai figur hidup berjalan di hadapan mereka; menjadi pemimpin, teman bersosial mahupun menjadi rujukan. Perang Uhud, apabila tersebarnya berita syahidnya Rasulullah, ini menjadi cabaran kepada tentera Muslimin yang tinggal.

Anggapannya, bila jadi seperti itu, dah tiada Rasulullah yang akan memimpin saki baki perang mereka. Tiada Rasulullah yang akan pulang bersama mereka ke Madinah. Tiada Rasulullah yang akan menceriakan hidup mereka lagi di sana.ya! ia jelas ujian yang besar buat mereka dan bakal meragut potensi ketenteraan perjuangan yang dibawa…


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
[ali Imran, 3:144]

 
Inilah ayat yang berkait rapat dengan tersebarnya berita yang menggugat jiwa sebahagian sahabat baginda.Namun,tahukah kita apa yang di jawab kembali sahabat segera setelah itu?

Kata mereka: tidak!

Tidak sesekali berbalik kebelakang,sebaliknya terus maju kehadapan berbekal jihad dan cinta yang mendalam terhadap agama.

Apalagi lagi umat Muhammad yang teruji dengan musibah…peganglah  kata-kata para sahabat tadi dan yakinlah! berkata memang mudah,kesukaran terlaksana bila hati mula menzahirkannya,tapi bangkitlah dgn yakin bahawa paksinya ialah tetap kembali kepada iktiqad yang dipegang..

Seorang Muslim pemberani pasti meletakkan asas tindakannya dgn keyakinan penuh bahawa segala sesuatu ditentukan oleh Allah dgn qadha' dan qadar-Nya.



Tempuhlah ujian dengan kesabaran, Usah dipinta kecilkan ujian, pintalah dibesarkan iman menghadapinya..maralah kedepan!

Ambillah masa sejenak merenungi kembali fitrah hidup ini.saya,awak, kamu dan anda mungkin  juga terkadang tewas pabila diuji kerana kita ini hanya insan biasa ,namun hanya keyakinan padaNya yang membolehkan kita bernafas tenang dengan redha pada tiap ketentuanNya.

Besarkanlah hati dan berlapang dadalah menerima tiap watikah Allah ini..kerana ia peluang seorang muslimin menjadi bijaksana!kerana tiap watikah cintaNya tidak sia-sia…

Teguhlah hati-hati pejuang kini,kita tidak dilahirkan sebagai orang yang berundur tp umat islam itu sentiasa maju dan mara ke depan!berbesar hatilah walaupun diuji,kerana umat Islam hatinya sentiasa besar dan berlapang dada dalam semua keadaan.

-ISLAM FOR ALL-


Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers