Pages

Showing posts with label dignity. Show all posts
Showing posts with label dignity. Show all posts
Friday, January 7, 2011

Madrasah ilmu 21...


Assalamualaikum…

hijrah itu sinaran buat hidupku..semoga ALLAH memudahkan langkah-langkah itu..

Bersyukur ke hadrat ilahi,kerana masih meminjam kita dengan sedikit kudrat dan harapan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba pilihanNya.Alhamdulillah,tahun ini..satu permulaan yang baru bagi saya dan rakan-rakan seperjuangan bergerak di medan maya di dalam usia yang sudah mencecah puluhan tahun dan tidak  lagi belasan..hee..kerana peningkatan usia sesuatu yang pasti bagi setiap yang masih meneruskan kehidupan.

Terasa masih keanak-anakan seperti di matrikulasi dulu,tapi hakikatnya inilah dunia dewasa yang bakal ditempuh kini.Bersembang-sembang dengan orang luar samada junior or senior  and even lecturer sekalipun,pelbagai anggapan yang mereka  lontarkan saat mula mengenali saya dulu.Masih teringat diawal pendaftaran di Universiti dulu,

“akak ni final year ye,bestla da nak abes dah..” Seorang student yang mendaftar pada sidang yang sama menyapa.Saya hanya mampu tersenyum,walhal saya juga adalah intake yang sama dengan mereka.

“akak ni macam mak orang,da kahwin ke?”.Saya senyum dan terus ketawa kecil.Dari manalah datangnya status kahwin tu pada mereka,matang sangatkah diri ini?Geli hati rasanya,terus saya teringat seorang sahabat di matrik dulu yang turut disapa soalan yang sama dari pandangan orang ramai.Hehe..kakwa ..kita serupa..:)

“Ha…you ni R.A (Research Assistant) prof mane?i need to ask your favourla..”Sapa seorang pensyarah di office masa itu hanya saya balas dengan menerangkan keadaan sebenarnya.

Bukanlah niatnya disini ingin membangga diri atau sebagainya,NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK! tapi saya ceritakan agar ia  diambil sebagai iktibar meskipun sesuatu yang ALLAH hadirkan dan berikan kepada kita itu didalam bentuk yang mengembirakan,mengelirukan,menyedihkan dan lain-lain.Kerana apa,setiap kejadian yang ALLAH aturkan itu penuh dengan rahsia dan hikmah yang tersendiri,dan hanya mampu digali bagi orang-orang yang berfikir.

Sudah cukupkah kita menjadi tetamu-tetamu ALLAH didunia ini untuk berfikir akan KEBESARANNYA?Tanyalah diri wahai hati,bukanlah manusia yang menjadi penghukum abadi,hanya ALLAH yang memiliki pengadilan yang hakiki!

Alam remaja,dewasa,bergelar status pelajar dan kemudiannya mengikut beralih sebagai seorang pekerja,suami/isteri,ibu dan bapa menuntut satu kematangan yang benar-benar kukuh supaya kita mampu menjadi insan yang cemerlang dalam membawa nama agama,harga diri,keluarga dan mana-mana institusi.Lihat sahajalah dunia hari ini,social corruption berlaku disana-sini...adakah manusia gagal matang, ataupun terlalu cepat untuk matang?

Insan soleh serba boleh! kata-kata ini sering disapa ditelinga saya semasa saya di sekolah menengah dahulu oleh ayahanda pengetua.Tapi,rata-ratanya hanya mampu merenung tanpa ada tindakan yang berbicara untuknya termasuk juga saya ketika itu..Menjadi dewasa bukanlah mampu dinilai dari luaran dan fizikal sahaja,seperti yang sering orang katakan first impression at first meeting dan sebagainya,tapi yang mesti dikukuhkan ialah sampai manakah tahap  kematangan dan aspek spiritual kita sekarang.

Ada orang kata dewasa sudah cukup  dengan tahu cara membawa harga diri,tahu berdikari,pandai cari duit( buat bisnes la tu),buat itu buat ini dan macam –macam lagi lontaran idea bernas manusia.Tapi jarang sekali kita fikirkan ,ukuran tahap kematangan kita bila keimanan kita,akidah kita,tidak lagi pada asas tahap keimanan seorang bayi!saya pinjam kata-kata ustaz zaharuddin ini dari bukunya bertajuk UNTUKMU UMMAT.

Betul  juga kata-katanya,dewasa yang setanding dengan levelnya ialah dengan dewasa luar dan dalam,dewasa luar dengan kematangan dan dalaman yang penuh keimanan,bukan dengan dengan kematangan dari luaran tapi dalaman yang masih dengan keimanan seorang bayi ataupun anak-anak kecil!Fikir-fikir,renung-renungkan kembali..:)

Andai Usamah bin Zaid seusia 18 tahun telah mampu menjadi Jeneral Perang ketika itu,dimanakah pula aku?Andai Sultan Muhammad Al-fateh menawan kembali kota Constantinople seusianya 22/23 tahun,dimanakah pula aku dalam madrasah ilmu?Ya!kita punya kekuatan,kita dibekalkan dengan keazaman,dan bangkitlah dalam medan perjuangan demi mengerti susah payah meneroka ilmu kehidupan yang Allah telah sediakan jalan bagi ummat MUHAMMAD ini..

BERSEGERALAH BANGUN dari tidur yang panjang,kerana hari ini adalah pasti,tetapi esok bukanlah janji kiranya jemputan Ilahi itu mendahului.Biarkan diri itu hidup dahulu dengan  kerumitan,kepayahan didalam  mengejar ilmu disertai  azam ,usaha dan doa yang mampu kita panjatkan…Daripada kelak kita menjadi hamba yang paling dibelakang pada pandanganNYA..
 
Siapa kita hari ini,penentu siapa kita akan datang…

"andai perjuangan ini mengharapkan bayaran, moga aku tidak sesekali menyertainya,Andai tarbiyah ini dapat ku cagarkan,sungguh aku takut bakal muflis di hadapan tuhanku di akhirat!Dan andai berada dijalan ilmu itu sekadar mengisi sebuah kelapangan,betapa akulah yang bakal dipenuhi sesalan..maka Ya Allah,Engkau yang telah menyatukan hati-hati ini,janganlah Engkau menjadikan kami dalam golongan yang terlalu banyak meminta tetapi sedikit memberi,Maghfirahmu kami pohon..dan izinkanlah kami melamar RedhaMu dengan ketundukan kami hanya kepada agamaMU...ameen ya rabb..."

Wallahualam..
Monday, January 3, 2011

NYALAKAN OBOR TADHIYYAH BUAT UMMAH!





Bangkit dan berdirilah,
Susun barisan kekuatan
Barisan dan kekuatan umat.
Canangkan seruan dan ancaman
Seruan kebenaran dan ancaman
Kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran
Sampaikan peringatan ini ke cuping segala insan
Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia
Ajaran Tauhid, ajaran cita dan cinta
Puluhan tahun lamanya,
Pendengaran, pergaulan, ketekunan, berjuang
Kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya
Engkau telah kaya dengan pengalaman
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran
Engkau telah turut menentukan jiram sejarah seperti orang lain
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh
Ikut memikul yang berat,
Mejinjing yang ringan,
Membawa batu bata untuk membangun sendu umat ini
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan air mata
Kesengsaraan dan penderitaan…


(As- Shahid Al Imam Hassan Al Banna)
Wednesday, June 30, 2010

yahudi??knpa ingin menakluk baitulmaqdis??


bismillahirahmanirrahim.....




Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.


Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut. ...


sedarlah duhai temanku,masa kini tidak lagi panjang...dgn kudrat yang ada,tetapkanlah berada diatas jalanNYA...menjunjung kalimah tauhid yang suci....

p/s: info didapati dari blog ini..ibnuyaacob.com
Sunday, May 30, 2010

renung-renungan..




Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)


Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Jangan disempitkan lagi pemikiran,
hanya mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
bergeraklah senada dengan paksi kebenaran,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

wallahualam..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers