Pages

Showing posts with label renungan diri... Show all posts
Showing posts with label renungan diri... Show all posts
Sunday, March 25, 2012

seminit 1000..


Seminit yang  bakal hadir,
Jauh lebih berharga dari 1000 minit yang telah pergi,
Terbuang sekali masa yang seminit,
Terbuanglah jua 1000 minit yang tidak dapat diulang ganti,
Kelalaian sejenak, sudah tentu manusia itu rugi..
Fokus dengan satu visi,
pasti Allah memudahkan urusan  baik kita di kemudian hari,
masa umpama emas, 
jua ibarat pedang yang tajam menghunus,
andai kita tidak memotongnya,
pasti ia akan lebih tajam mencantas..
Isilah hidup ini dengan amal yang ALLAH redhai,
mungkin  nilainya hanya seminit, 
namun ia lebih baik dari 1000 minit yang telah pergi

Wahai Pemandu Destinasi,
Permudahkanlah rencana-rencana kami..
Didiklah hati ini untuk belajar menghargai pemberianMu ini..
hanya dengan satu akidah,satu matlamat,satu wawasan..
Amin ya Rabb
Friday, January 13, 2012

sekilas pandang dari alam..


 sekilas pandang  dari bilik saya di kampus,sempat saya snap gambar-gambar ni dalam masa  1 jam  lagi exam nak bermula,sebabnya terasa terlalu takut sampai xtahu da nak buat apa..jadi,nak menghilangkan takut dan bosan-bosan menelaah tu,saya mengubah posisi dan ternampak sesuatu diluar birai jendela. Kebetulan hujan pulak renyai-renyai,melihat pemandangan alam  yang segar, hati saya terus berubah tenang.



Saturday, August 6, 2011

its a hope..

Hope is a dimension of the spirit.
It is not outside us, but within us. When you lose it, you must seek it again WITHIN YOURSELF and in PEOPLE around you – not in objects or even in events. Put your hopes  to the Creator.
Saturday, July 30, 2011

oasis Ramadhan..

Oasis ramadhan itu tiba…seperti..

Selembut hembusan bayu padang pasir,kemuliaan Muharram  dirai seterusnya dengan kehangatan safar yg membara,bersilih ganti dengan bulan-bulan Islam yang lain  menemukan kita dengan kemuncak Ramadhan. Bulan yang tersimpul di sebaliknya seribu satu hikmah bagi hamba-hamba Allah yang mencari kebenaran syiar agama, merendahkan hati dengan serendah-rendah menadah tangan memohon keampunan yang Maha Esa. Itulah kehebatan Ramadhan, menundukkan jiwa-jiwa insani   untuk  bertafakur padaNya dengan izin Allah. Ramadhan datang dan pergi,silih berganti ibarat bulan-bulan Islam yang lain. Namun,datangnya Ramadhan itu sendiri dengan mesejnya. 

Oasis Ramadhan terus melanda..

Memungkinkan kita bermuhasabah kembali seluruh amalan yang telah kita lakukan terdahulu. Tercapaikah ibadah kita  pada tahap yang sempurna,  ataupun sekadar hangat-hangat tahi ayam mengikuti ritual yang  di amalkan masyarakat  dalam kadar masa kita tidak dituntutkan untuk berpuasa sepanjang 11 bulan yang lalu? Terjagakah sepenuhnya lidah kita daripada perbuatan mengumpat,mengeji dan mencela? Terjagakah telinga kita daripada mendengar umpatan dan bualan yang sia-sia? Terjagakah mata dan hati kita daripada melihat dan memikirkan perkara yang tidak memanfaatkan? Pokok pangkalnya, itulah kualiti yang harus dimuhasabahkan kembali menjelang kedatangan Ramadhan 2-3 hari lagi.

Bukalah hati dan lapangkanlah dada kita seluas-luasnya. Bersihkanlah hati dengan memuliakan ibu dan bapa selagi mereka masih ada, memaafkan sesiapa sahaja walaupun tidak diminta dan bersedia memohon maaf atas segala silap salah yang dilakukan sebelumnya. Ego yang tertunduk dibawah payungan hidayah Allah sudah pasti menyebabkan syaitan-syaitan terguling kecewa. Perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah diatas kelalaian kita menyempurnakan ibadah selama ini,mudah-mudahan..pintu ramadhan disambut dengan penuh kemuliaan dan kesedaran akan rahmat dan kekuasaan Allah yang masih lagi meminjamkan kasihNya untuk kita meneruskan kehidupan sebagai khalifahnya. Allahlah yang disembah,dan kepada Allahlah kita berserah..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Karim..semoga oasis Ramadhan ini menjadi titik kasih sayang yang erat antara hambaNya dan Pencipta dengan nilai ibadah yang bertambah sempurna dan mengeratkan hamba-hambaNYA..insyaAllah..

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu
( imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

p/s: Penulis ingin memohon seribu kemaafan kepada semua pembaca laman HK atas segala silap dan salah sepanjang mengADMIN laman ini dalam jangka masa setahun ini. Semoga  Ramadhan ini akan memimpin hati-hati yang keras kepada jiwa yang tertaut dengan  kelembutan,mudah-mudahan mendidik diri kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan rahmatNya..Alfatihah buat semua saudara dan sahabat-sahabta yang telah pergi mendahului kita..Jazakallah.
Sunday, June 5, 2011

melangkah dengan kesedaran...




 
"Tanamkanlah kesedaran yang mendalam tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT. Jangan takut kepada sesiapa atau mengharapkan sesuatu manfaat daripada sesiapapun melainkan Allah Azza Wa Jal. Serahkan segala kebergantunganmu kepada-NYA dan hendaklah kamu yakin kepada-NYA. Apa jua benda yang kamu perlukan, maka hadapkanlah keperluanmu itu kepada Allah SWT dengan penuh rasa keyakinan bahawa keperluanmu itu akan dipenuhi" 

"suatu pegangan yang benar sudah cukup untuk menidakkan seribu ucapan yang  dusta "- durrahnur
Monday, March 28, 2011

knowledge is the light...



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dapat jua akhirnya entri ini dipost setelah sekian lama laman HK ini tidak terisi…Bukan tidak mahu,atau merasakan tidak perlu..tapi masa sedikit mencemburui langkah melewati perjalanan dihujung semester kini. Tapi,bila dimuhasabahkan kembali..kenapa kadang-kala ia terhenti,kerap kali hati dibisiki…sampaikanlah walau sepotong ayatt dariku (mafhum al-hadis).Semoga Allah memudahkan ia juga bagi kita semua.

Sesungguhnya,Allah lebih mencintai mereka yang sanggup bersabar dengan kesulitan dalam ujian dari menginginkan hidup yang terbentang dengan kesenangan namun hanya sia-sia pada pandangan tuhan. 

Bercerita tentang kesibukan,hari –hari kita kata kitalah orang yang sibuk,tapi sempat lagi ke hulur hilir tanpa tujuan yang pasti.Diajak ke tempat yang baik,buat sikit kebaikan..dipandanglah seruan itu seolah-olah dialah orang yang asing dalam suasana itu.

“eh,aku punya suka la..sibuk ape”

“ala..masjid tu xlari,aku free nantila aku pergi..”

Diajak tapi berlapikan dengan seribu alasan.Tepuk dada tanyalah iman!Apakah kau sudah benar dalam mengemudi sebuah kehidupan?Apakah kau sudah tidak perlukan fitrah kebaikan?Jasad kian menzahirkan apa tersurat seperti yang  hati  inginkan.Ia satu manifestasi dari hati-hati yang dikuasai Ilahi.


“Hai orang- orang yg beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap diri memperhatikan apa yg telah diperbuat utk hari esok dan bertakwalah kepada Allah sesungguh Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.” (al-hashr:18).

ketahuilah, Kesibukan  itu tidakkan pernah hilang,kelapangan tidakkan sentiasa datang..jadi mengapa perlu dipersoal lagi keupayaan jasad yang Allah telah kurniakan. 

Betul kau sibuk?Masa kau sikit?

Nabi lagi sibuk…sibuk dengan urusan ummah..sibuk dengan seruan dakwah..tapi adakah apa yang dipimpinnya di rumah dibiarkan terbengkalai?

Tidak!

Sesungguhnya baginda sibuk dalam kesibukan membina harta ummah,saham pelaburan dengan mentebarkan syiar Islam ke pelusuk alam..Saham kecemerlangan dunia akhirat.Sebab yang didamba bukan dunia semata,tetapi syurga Ilahi untuk digapai.Bukan untuknya sahaja,tapi ummatnya yang disayangi.Kerana itulah dakwah tetap menjadi  tanggungjawab setiap khalifah..siapa?

Kitalah!

Tapi,kita sahaja yang selalu mencipta alasan.Kononnya,orang lain masanya diberi lebih 24 jam..

Kita pula diberi kurang dari itu…sedarkah  kita seakan-akan membanding persoalan kuantiti itu…tiada kuantiti yang baik sekiranya kualitinya cacat cela dari  kesempurnaan.Dari mana datangnya kesempurnaan kalau hati sentiasa mengatakan tidak mahu dan tidak perlu?

Pokok pangkalnya itulah nilai ilmu yang benar dalam memimpin hati. Ilmu yang baik dan diredhai,insyaALLAH kelak memimpin hati untuk membawa duniawi dan uhkrawi seiring dijalan Ilahi. Saat itu,tiada lagi alasan…sibuk hanya umpama debu-debu yang berterbangan di bandingkan dengan manfaatnya jika di disemai dan dibaja dengan nilai ilmu yang penuh penghayatan dan membenarkan segala kebaikan.

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar - Sayyidina 'Umar.




Teruskan melangkah buat ukhti yang ku sayangi!Moga redha Allah mengiringi.

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers