Pages

Saturday, February 26, 2011

Part 1: Saadah Dari Perspektif Islam


Kebahagiaan sentiasa diburu manusia yang ingin dirinya hidup dengan ketenangan dan kemakmuran.Malah hakikat bahagia pula banyak definisinya dalam  kalangan seluruh umat manusia.Ada manusia berasa bahagia apabila memiliki kekuasaan yang nyata,hidup dengan kemewahan dan segalanya tunduk kepada perintahnya,umpama telah berjaya mengawal perjalanan hidupnya melebihi tuhan yang menciptakan dirinya,tetapi ada juga manusia berasa bahagia apabila dirinya telah mampu menjatuhkan musuhnya,menewaskan lawannya,mengaibkan seterunya dek kerana jiwa yang dipenuhi hasad dengki dan dendam kesumat yang telah lama bersarang didalam jiwa raganya.

Segelintir umat manusia berbahagia apabila dirinya diuji dengan kepayahan,hidupnya berterusan dalam kesusahan namun hatinya terikat untuk terus thabat (yakin) kepada jalan yang dirasakannya benar kerana pada mereka ini,erti bahagia adalah hidup untuk mengabdikan diri kepadaNya,dan susah payah yang dirasakan adalah buah-buah kemanisan iman untuk  mencapai mardhatillah( keredhaan Allah).

Justeru itu,pelbagai kajian dan kupasan mengenai kebahagian cuba dirungkaikan ahli falsafah Barat dan tokoh –tokoh pemikir Islam sendiri sejak dari dahulu lagi.Barat mendefinasikan erti bahagia itu dengan kesenangan materialistik tanpa meneliti keperluan spiritual seperti yang diajarkan Islam.Pelbagai andaian dan teori dikeluarkan mereka bagi mengiktiraf konsep kebahagian yang sejati berdasarkan apa yang dimiliki dan dikuasai mereka.


Dalam masa yang sama,Islam tidak menolak pula kesenangan dunia yang berunsurkan material sebaliknya meraikan pandangan itu namun setiap satunya perlulah berdasarkan garis panduan yang benar yang dibekalkan  Al-Quran dan As-Sunnah RasulNya sebagai rujukan terpenting untuk mencapai kebahagian sejati yang diredhai Allah SWT. Islam meraikan kewujudan fitrah manusia yang berunsurkan fizikal dan spiritual,Islam meraikan mentaliti umatnya yang perlu kepada material untuk terus hidup,dan menurut Islam nilai bahagia yang dicari manusia tu tidak hanya dilihat kepada aspek  duniawi semata-mata bahkan aspek ukhrawi saling berhubungan dengannya.Disitulah cantiknya Islam dalam mengurus kebahagian umatnya dunia dan akhirat.

Bagaimanakah pula perspektif kebahagian di dalam Islam itu sendiri?Segalanya akan dirungkaikan didalam bahagian  seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers