Pages

Showing posts with label sains dan islam. Show all posts
Showing posts with label sains dan islam. Show all posts
Sunday, December 11, 2011

mata lensa : total eclipse 2011

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

          Alhamdulillah..semalam seluruh dunia menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh yang jarang sekali berlaku.Masuk tahun ini saja,2 kali kejadian gerhana bulan berlaku iaitu satunya pada 15 Jun 2011 dan semalam iaitu 10 Dis 2011. Teruja sekali saya melihat fenomena ini, juga menambah keterujaan kerana inilah pertama kali Allah memberi  kesempatan untuk belajar cara menunaikan solat Sunat Khusuf yakni Solat Sunat Gerhana. Terima kasih buat yang membantu dan syukur juga mama tidak  lupa mengingatkan supaya anaknya yang jauh ini tidak lupa menunaikan solat sunat.Alhamdulillah..

              Semalam juga, pelbagai gambar cantik gerhana ini terakam di seluruh dunia.Subhanallah, Indah sungguh ciptaan Allah..MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA ALAM SEMESTA..jadi,mari kita preview dulu koleksi-koleksi yang terakam di mata lensa di seluruh dunia ya..

   The lunar eclipse sets over the North Shore of Oahu in Haleiwa, Hawaii December 10, 2011. REUTERS/Hugh Gentry (UNITED STATES - Tags: SOCIETY ENVIRONMENT)


        A partial lunar eclipse is seen from the Roman pillars of the Temple of Hercules in Amman December 2011. REUTERS/Ali Jarekji (JORDAN - Tags: ENVIRONMENT SOCIETY)

The moon casts a reddish hue over Lake Pend Oreille during a lunar eclipse as it begins to set behind the Selkirk Mountain Range near Sandpoint, Idaho December 10, 2011. REUTERS/ Matt Mills McKnight
  
In this combo made from six photographs, the different stages of a lunar eclipse as seen from New Delhi, India, Saturday, Dec. 10, 2011. 

  The moon turns red as the earth passes between the moon and the sun during the last total lunar eclipse until 2014. seen in Tokyo, Saturday, Dec. 10, 2011. (AP Photo/Koji Sasahara)


A crowd of more than 600 people gather in the early morning at the Griffith Park Observatory to see the lunar eclipse, in Los Angeles, California December 10, 2011. REUTERS/Gene Blevins


The moon is seen in the sky during a lunar eclipse over the north tower of the Golden Gate Bridge Saturday, Dec. 10, 2011, in San Francisco. The next full eclipse of the moon will not happen until April 14, 2014. 

A total lunar eclipse is seen through the leaves of a tree in central Seoul December 10, 2011. The moon started to go dark on Saturday, during the last total lunar eclipse until 2014, with the best views available in Asia and the Pacific. REUTERS/Jo Yong-Hak 


The earth's shadow falls on the moon as it undergoes a total lunar eclipse above the Bank of China Tower at Hong Kong's business Central district, December 10, 2011

Clouds partly obscure a lunar eclipse near the Rote Rathaus city hall in Berlin June 16, 2011.


A partial lunar eclipse is seen over the village of Zejtun, lit up for its parish church feast of Saint Catheri
Source: Reuters


The moon is seen behind the wall of Damascus gate in Jerusalem Old City during a total lunar eclipse June 15, 2011. The image projected onto the wall is part of the Jerusalem Festival of Lights.
Source: Reuters.

Monday, August 1, 2011

BANGUN2...sahur....

IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Memasuki sahaja fasa Ramadhan, ibu-ibu dan anak-anak perempuan adalah antara golongan yang tersibuk di dapur. Dari aktiviti bersahur hinggalah berbuka,pelbagai juadah tersedia untuk menjamu seisi keluarga dan ini antara suatu kemestian bagi mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang tergalas dibahu para isteri dan latihan kepada anak-anak gadis sama ada yang masih kecil hinggalah yang telah remaja. 

Kalau diimbas kembali kenangan anda dan saya di zaman kanak-kanak, antara waktu yang akan menyukarkan kita untuk membuka dan celik mata seawal pagi ialah setibanya waktu bersahur. Betul kan?. Apa tidaknya , tidur yang lena diulit mimpi terganggu dengan panggilan sahur.

Aduh! SAHUR LAGI…

Ada yang bangun dalam keadaan  marah, mamai, letih dan tidak kurang juga yang tidur kembali di meja makan. Ketika ini, pelbagai karenah anak-anak ditonton percuma ibu bapa sebagai latihan awal untuk menunaikan kewajipan puasa ini. Mengundang ketawa diawal pagi.:)Saya juga tidak terkecuali,turut tergolong di kalangan yang berkarenah dulu ketika hendak bangun sahur.  Pasti anda  hanya mampu tersenyum dan tersipu malu  mengenang kembali zaman kanak-kanak dulu kan? (^_^)
 
Baik simpan kenangan dulu baik-baik, jangan dibuang kerana sayang..Pandanglah ia untuk masa depan nanti ya?(^_^) Anda yang telah berkahwin mungkin telah menatapnya dengan  melihat karenah anak masing-masing, bagi yang belum insyaAllah itulah jua tatapan yang akan membangkitkan anda untuk bernostalgia...(^_^)

Berbalik kepada cerita sahur,kenapa agaknya Rasulullah menganjurkan kita bersahur ya? Byk fadhilat disebalik sunnah Rasul yang ummi ini sehinggakan pengkaji-pengkaji Barat sendiri  terpaku dengan kebenarannya. Kita lakukan,sunnah nabi dituruti insyaAllah pahala diberi,badan sihat puasa berkualiti. Indahkan Islam? Segala pintu-pintu kekurangan dapat ditampal dengan perkara –perkara sunat seperti ini. Jadi, mari kita ikuti beberapa fakta dan fadhilat disebalik sahur dan puasa ini.
 
  • Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa. – Dr Danial Zainal Abidin
  • Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."
  • Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga – Dr Danial Zainal Abidin
  • Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”
  •   Pada bulan Ramadhan, hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan Opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang. (kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad)
  • “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”- RIWAYAT IBNU MAJAH
  •  Dr Jack Goldstein menghurai mengenai ibadah puasa dan mengakui sendiri amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan selain melancarkan kesihatan.
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat,jadikan pusasa ini bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,tapi menahan keinginan dan hawa nafsu kita yang pelbagai di bulan yang mulia ini. Hakikatnya  kini,satu lawan satu. Antara akal dan juga nafsu. (^_^).Kurangkan nafsu makan,bergurau senda ,dan sebagainya sebaliknya lebihkan bertadarus dan khusyuk dalam beribadah.Insyaallah..inilah madrasah Ramadhan,tawaran kemasukan ke universiti tarbiyah paling mudah umat Islam DENGAN kursus-kursus berikut: 

SHR 100- melewatkan sahur bersama  keluarga
TDR 100- bertadarus dan membaca Al-Quran
IFK 100- infak/sedekah
BBK 100- mempercepatkan berbuka puasa
TRW 100- tarawih
THJ 100- tahajud

Semoga Ramadhan kali ini dihiasi dengan barakah dan kemuliaan daripada Allah..Amin Ya Rabb..SELAMAT BERPUASA!(^_^)


Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers