Pages

Monday, February 14, 2011

kasih yang tidak diikuti,cinta yang tidak membenarkan…..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL



Alhamdulillah...segala puji bagi Allah Tuhanku yang MAHA KAYA DAN MAHA PEMURAH...Menelusuri  rantaian kehidupan ini,DIA masih sudi meminjamkan nikmatNya untuk sama-sama kita muhasabahkan kembali dimana nilainya kita meletakkan nikmat Allah dalam mewarnakan kanvas lukisan ini..Tenangkan diri,nilai dengan mata hati...siapa kita,dan siapa DIA yang kita letakkan di dalam hati,agar hati ini tidak terus dipengaruhi nafsu yang sentiasa ingin menjadi maharaja bagi segala naluri...

 Tidak ingin diriku bercerita panjang disini,sekadar mengingatkan diri dan juga hati-hati kita...agar terus-terusan hidup untuk mencari mardhatillah..kerana redha Allah itu pasti bakal menghidupkan kita dalam keadaan yang celik "duniawi" sekaligus "ukhrawi".InsyaAllah biiznillah..Ada sesuatu yang ingin dikongsi,ketika sibuk mengemaskini kembali data-data studi yang berterabur didalam cik lappy yang tersayang,terjumpa pula satu artikel yang pernah menyentuh hati ini,dek saratnya ia dengan peringatan meletakkan cinta Rasul pada nilai yang tertinggi.Alhamdulillah,artikel kiriman seorang sahabat ini sangat memberi makna dan ingin saya kongsikan disini sebagai cetusan peringatan buat semua..

KASIH YANG TIDAK DITURUTI,CINTA YANG TIDAK MEMBENARKAN...

Fitrah manusia, sukakan kepada yang zahir. Semuanya hanya diukur apabila dilihat oleh mata, yang dilakukan oleh perbuatan dan dialunkan melalui percakapan. Tidakkah kita terfikir, semuanya itu datangnya daripada hati yang mengemudi diri. Jika hatinya gundah, akan melahirkan perbuatan yang sia-sia. Jika hatinya rosak,akan mewujudkan penilaian fikiran yang bercanggah



Tanggal  12 rabi’ul awwal merupakan tarikh keramat bagi sesetengah daripada kita. Mungkin, ada yang fanatik kepada tarikh ini, mungkin juga ada yang leka dengan tarikh ini. hinggakan, cuti umum diberikan bagi mengingati junjungan kita Muhammad s.aw. jika dilihat diakhbar mahupun di televisyen, rata-rata bersemangat untuk menyatakan cinta kita kepada nabi, kasih kita kepada Rasulullah. Namun, cukupkah kita sekadar cinta dan kasih nabi hanya pada 12 Rabi’ul awal sahaja? Kasih kepada nabi adalah sepanjang zaman, cinta kepada nabi adalah seluruh anggota badan. Ingat lah pesan nabi dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a  

 ‘ demi jiwaku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu itu sehingga aku dikasihi olehnya lebih daripada ayahnya dan anaknya’ 

Peringatan nabi ini jelas, bahawa kecintaan yang terbaik adalah kepada Allah dan rasulnya. Alhamdulillah, perasaan kasih kita kepada nabi sedah tersemai dalam diri setiap daripada muslim. Pengucapah syahadah yang mengakui bahawa ‘Muhammad itu pesuruh Allah’ menidakkan ketaatan kita kepada manusia selain daripada baginda. Namun, cukupkah  kasih kita kepada baginda? satu persoalan yang memungkinkan seseorang itu untuk bermuhasabah. Telah menjadi tanggungjawab kita kepada rasul untuk mengasihinya, tetapi kita alpa bahawa kita juga mesti mengikutnya dalam segenap aspek kehidupan seharian. 

Kelahiran nabi bukanlah sebagai satu cerita sejarah yang hanya terpahat dalam kitab-kitab agama ataupun buku cerita kanak-kanak. Tetapi, kelahiran insan yang bernama Muhammad bin Abdullah itu merupakan rahmat bagi seluruh alam. Sepertimana firman Allah dalam surah al-anbiya’ ayat 107 yang bermaksud dan tidaklah Kami utuskan Engkau-wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam” . Sesungguhnya perutusan Baginda sebagai rasul adalah dengan misi yang agung iaitu mentauhidkan Allah. Alangkah indahnya jika kita mengambil sejarah bukan sekadar untuk diingati, tetapi untuk diteladani. Coretan-coretan sirah junjungan kita bukanlah seperti nota yang hanya dibaca apabila perlu, tetapi ianya merangkumi seluruh perutusan Allah s.w.t untuk sekelian umat.

Kecintaan kepada Nabi bukanlah hanya pada 12 Rabiul’awal, tetapi pada sepanjang masa. Selagi mana belum terhenti pernafasan, belum mati degupan jantung, selagi itulah kami akan berusaha untuk mencintaiMu ya Rasulullah.  Kembalilah kepada agama, kerana dalam agama itu adanya ketenangan dan keselamatan. Kehidupan kita di dunia hanyalah ibarat satu perniagaan yang akhiratnya merupakan perhitungan antara untung dan rugi. 




Telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h dalam majmu al-Fatawa, ‘ Bukanlah keperluan penduduk bumi kepada Rasulullah s.a.w itu seperti keperluan mereka kepada matahari, bulan angin dan hujan. Bukan juga seperti keperluan insan kepada kehidupannya. Bukanlah seperti keperluan mata kepada cahayanya. Buka juga seperti keperluan jasad kepada makan dan minuman. Bahkan, lebih besar daripada itu semua. Ianya lebih dahsyat daripada segala keperluan yang diandaikan dan dibayangkan. Para Rasul adalah penghubung antara Allah dan makhluk-Nya dalam menyampaikan suruhan dan larangan-Nya. Mereka adalah duta Allah dan hamba-Nya’

Kehadiran Nabi, adalah merupakan pemisah ntara hak dan batil. Penunjuk antara yang benar dan dusta. Sesungguhnya dengan mengikut nabi itu adalah perintah Allah, menyayangi Nabi itu merupakan suruhan Allah. Kisah Abu Talib yang begitu menyayangi Baginda dapat dijadikan iktibar. Meskipun semasa hayatnya, dia amat mencintai Nabi, tetapi dia tidak mengikut ajaran Nabi maka dirinya tidak akan selamat di akhirat kelak. Kita memohon supaya kita terhindar daripada salah seorang yang hanya mencintai Nabi tetapi tidak mengikut ajaran nya. Allah itu maha Pengampun lagi maha Mengasihani. Pohonlah kepada Allah agar ditetapkan pendirian kita. Sesungguhnya hati kita hanyalah kepada agama. Allah berfirman :


“katakanlah-wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” surah Ali ‘Imran:31.



Jika kita kasih kepada Rasulullah, ikutlah segala pesan baginda. nescaya, kita akan selamat. Jika kita cinta kepada Rasulullah, benarkanlah apa yang disuruh oleh Baginda. Sesungguhnya kasih yang tidak diikuti, cinta yang tidak membenarkan itu hanyalah satu daripada perasaan seorang Muslim yang tidak berdiri di alam nyata. Dikala ramai yang menyayangi Nabi-Mu itu, disaat ramai yang mengikut Nabi-Mu itu, kami memohon kepadaMu, agar kami yang lemah ini diberikan kekuatan untuk terus memperjuangkan agama-Mu, agama Nabi kami. Engkau lindungilah kami dari sebarang kegusaran untuk bertawakkal kepada-Mu. Kami mengaku akan segala nikmat-Mu kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemberi nikmat.

P/s: ambillah kebaikan yang ada dalam suatu peringatan..kita ini lemah,jadi berpesan-pesanlah dengan kesabaran...

1 comments:

ukhti,mardhiah said...

salam sahabat,
menarik entrynya...syahdu
wani,tulisan entry ni pyah nk baca........y warna hijau tu...sama dgn backgroundnye(",)
tulisannye comel sangat......kecik...
btmbh rabun mata ct
--->salam maulud nabi.

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers