Pages

Sunday, February 20, 2011

lagi ramalan kiamat??2036


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Alhamdulillah…Segala Puji bagi Allah yang Maha Kuasa,pemilik serta penakluk hati ini untuk masih terus menulis dan mencerna sedikit tabir hidup ini dengan manfaat,mudah-mudahan segala tinta pena saya yang tumpah ke alam maya ini tidak meninggalkan hanya jejak kosong,namun memberikan satu  pencerahan bagi kita sama-sama mengambil iktibar di atas segala kekuasaan Allah yang mentadbir alam.Selawat serta salam kita panjatkan kepada junjungan besar Rasulullah SAW,rasul agung dan sejahterakanlah baginda serta para ahlinya,para anbiya` dan tabiin yang mendaulahkan agama suci ini.Dengan kesempatan ini,Allah masih memudahkan saya dalam jejak langkah di alam maya untuk mencoret sedikit ilham yang dikurniakanNYA.

Alhamdulillah, helaian surat khabar hari ini sempat saya lihat seusai abah pulang dari kerjanya petang tadi.Melihat helaian itu,pada saya hanya helaian biasa yang ceritanya saban hari digembar-gemburkan media kadang-kadangnya luar biasa dari keadaan asal yang  biasa sahaja.Wallahualam,ia hanya pendapat peribadi,semata-mata. Namun,tiba-tiba saya sampai ke helaian yang tiba-tiba mencelikkan mata yang hampir-hampir terlena.


PEMUSNAH BUMI???

Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029

Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.

Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selain mencetuskan kekalutan di seluruh dunia.

Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.

Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036. 


“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.
lebih lanjut




ianya hanya sebahagian artikel panjang lebar yang diulas mengenai berita ini…namun apa yang bermain di benak fikiran ini, terkadang..manusia seolah-olah cuba melawan  urusan-urusanNya.Benarkah?Betapa berhemahnya saintis-saintis ini dalam dunianya..Kita bangkit mendabik dada seolah-olah kitalah penguasa alam yang fana..Sebaliknya Allahlah yang mentakdirkan sesuatu yang bakal terjadi,bagaimana kejadiaannya dan apa natijahnya sesuatu itu berlaku.Persoalan ;

Betulkah manusia mampu ramal kiamat?

Mampukah kita pula melawan takdir Allah?

Kitakah tuhan?

mama yang selesai membaca paparan berita itu,terdiam dan memandang saya dengan mata redupnya..diluah isi hatinya dan saya pantas mendengar ;

Kiamat ni rahsia Allah,kita bukan tuhan.Kalau Nabi sendiri pun xtahu,apa lagi kita yang cuba ambil tahu..

Terngiang kembali kata-kata abah seketika dulu;

Pertahankan akidah kamu,segala yang rahsia tetap menjadi rahsia Allah..kita hanya hamba…Kiamat itu sendiri adalah rahsia dalam rahsia.

Saya terdiam,dilihat paparan itu berulang kali lagi,di dalam hati…kerisauan makin menghimpit diri.Bukan kerana diri ini takut mati,tapi hati ini takut andai kata dengan sedikit gembar-gembur sensasi yang asalnya mahu dijadikan ilmiah buat tatapan,tapi akhirnya ia akan menjadi racun dalam pegangan.Nauzubillah…

Ya Allah…kukuhkanlah pegangan akidah kami …..bajakanlah hati ini hanya dengan tauhid yang menyinarkan hati ini dengan sinaran hidayahMu yang benar,dan jauhkan hati kami ini dari sering berbolak balik dalam memacu kehidupan…Tarbiyah ini dariMU..maka peliharalah hati dan akidah kami..


“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”, katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.

“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah al-A’raf: ayat 187)






0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers