Kau berjalan..dan aku turut berjalan…
masing-masing tetap sama dalam satu pendakian…
kau cari kejayaan,aku turut inginkan kenikmatan..
Bukankah kita sama-sama hidup untuk sebuah pencarian?
Aku merentas satu episod perjalanan
Kau pula menghadapi perbagai liku halangan
Sesekali aku terdiam sendirian
Memerhati ujian ciptaan tuhan
Lantas ku sujud dengan penuh kesyukuran
Dunia kali ini tidak lagi milik kau dan aku.
Tapi milikannya hanya oleh DIA YG Satu
Kau daki sebuah kesusahan,
Demi satu harapan masa depan
Tidak sesekali ku terfikir rendahnya pendirianmu itu
Tapia apa aku rasakan biarlah pembaikian itu terus berlaku
Hari ini engkau dan aku
Mencari-cari satu sinar yg baru,
Bukan aku tidak mengerti kepayahanmu..
Namun ALLAH lebih mengetahui takdirmu
Bergerak dalam medan tempur yg tidak asing bagi mujahid terdahulu
Harus kau kuatkan azammu demi cita yg Satu
Jangan lagi dibiar hidup itu terus berlalu,
Lantaran kesukaran yg terpaksa kau tempuh sekian masamu
Hari ini ALLAH tarbiyahkan buatmu
Untuk sesuatu yg bakal menyinari kehidupan itu,
Andai kau fikirkan lagi masa dahulu,
Nescaya kau masih terkebelakang dari mereka yang menindasmu,
Dahulu kau pernah tegar dgn katamu,
Tapi kau belum gentar melawan hatimu,
Kuatkan azam luruskan tekadmu,
Nescaya yang lebih baik pasti menantimu..
nukilan..durrahnur---
6 comments:
Salam adik wanie, pandai betul dia mengarang puisi ni. Bagus la. Sepatutnya, dah post kat sini, post plak kat majalah ke, dsb. Kalu dapat hadiah, sape yg untung? Adik gak kan....=)
Lin tu kawan adik ek? Mesti dia bagus macam adik...amin. Sesungguhnya persahabatan krn Allah itulah yg hakiki dan telus berbanding persahabtan yg selainNYA.
salam..hee..xde kak kak raudhah...otak tepu...haha..
insyaALLAH...doakan mereka...hehe...like ur entri..honey2..kui3...
jazakillah ann..suka n tharu sangat2:')
iAllah, andai x bertemu kita di msia, bertemu kita dsyurga:-D
wani..aku teharu..
sob2..
thanx wani..
silap2 nnt aku letak dlm belog aku.
boleh??
alin @qudwah annawairah...
insyaallah..doakan2 ye!balik msia cpt!aku..rindu cik ted ko tu..huhu...teman tido dulu...huhu...
lyn sery~
huhu..xmo da sedey2 na....huhu...
malu le..heee...ikut suke ang le..(^-^)
Post a Comment
komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..