Pages

Thursday, November 24, 2011

Petua Orang Lama

IN THE NAME  OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

ASSALAMUALAIKUM..

less fat, less wieght?

Alhamdulillah,setelah lama bersawang blog ni berbulan-bulan,akhirnya dapat jugak HK update..Kali ni nak kongsi sikit beberapa petua yang mungkin berguna untuk kita semua..Orang kata,orang lama ni banyak petuanya..tapi kadang kita tgk,bile bertempek bedak sejuk sana,sini..rimas pn ada..(^_^). Tapi jangan terlalu cepat meremehkan  petua-petua tu,nampak mmg renyah(kata org utara la..hehe) tp banyak yang kita xnampak kebaikannya.. Free chemical and friendly used,save cost!hehe..tp bagi yang ada masa nak buat la,kalo xde mase,labur RM la jgk kan kite..(^_^). Ada beberapa petua yang HK amal jugak untuk pastikan badan salu segar  dan sihat .Maaf ye,terpanjang la pulak..hee,JOM BACE DLU na!(^_^)


1. Atasi berat badan berlebihan

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.InsyaAllah..

2. Atasi perut buncit

Caranya: Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.HK dah cuba,alhamdulillah..berhasil..tapi terpaksa la less sugar dan tahan lidah minum teh limau xde gula..(^_^)

3. Kempiskan perut

Caranya: Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

4. Elakkan mengantuk dan mudah bangun pagi

Caranya: minum segelas air masak sebelum dan selepas bangun tidur tanpa menggosok gigi. HK selalu amalkan dan Alhamdulillah,setakat ini jarang mengantuk ketika berada dalam seminar dan kuliah.Cubalah!

5. Mencerahkan kulit dan menghilangkan parut

Caranya: Ambil segenggam beras dan rendam semalaman,tapi jangan rendam dan simpan dalam peti ais.kemudian,tumbuk atau grind setangkai daun cermai bersama-sama dengan beras yang telah direndam tadi. Lepas tu,bolehlah dijadikan masker muka..biarkan ia berada di muka sehingga kering dan bilas kemudiannya.Lakukan sebanyak 2 kali seminggu sahaja,jangan terlebih kerana getah daun cermai sedikit pedih bile meresap muka,namun ianya terbukti kerana HK sendiri serta adik lelaki telah  mencubanya. Kesannya,parut di muka telah berkurangan.Alhamdulillah.

6. Merawat keletihan mata

Caranya : Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

 7. Menghilangkan parut

Caranya: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

8. Memulihkan rabun

Caranya: titiskan sedikit sahaja  madu lebah kedalam mata dan lakukan setiap hari,insyaAllah lama kelamaan penglihatan mata anda akan kembali cerah.HK pernah mencubanya ketika di zaman persekolahan dulu hasil nasihat mama(mase tu power spek masih sikit dlm lingkungan 70-100 shja),ianya berkesan  namun HK  tinggalkan kerana makin malas.Rakan baik HK (rabun teruk) turut mencuba,tp mengalami keradangan sedikit pada matanya kerana tidak tahan dengan pedih madu lebah tu. Jadi dinasihatkan,mereka yang memiliki rabun yang teruk tidak menggunakan kaedah ini.

9. Melembutkan tapak tangan yang kasar.

Caranya :Ambil daun betik tua, lepas tu diramas ramas sehingga hancur. biarkan ianya kering ditapak tangan. lepas tu basuh bersih bersih. lakukandua tiga kali, insa`Allah tapak tangan yang kasar akan menjadi lembut dan halus.

10. Petua Merawat Sunburn

Caranya:  Basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah
! Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah dengan tidur dibawah lampu biru,kerana gelombang biru yang dihasilkan lampu tersebut dapat bertindakbalas terhadap bahan kimia yang terhasil sehingga mengakibatkan sunburn.InsyaAllah.. 

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers