Pages

Thursday, January 6, 2011

jom sempurnakan!!hehe..(^_^)

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Assalamua`laikum...

tekanan tanpa kawalan mungkin merosakkan keadaan
Alhamdulillah..sesekali saya berkesempatan menjenguk blog HK walaupun kesibukan semester kali memang x dapat saya nafikan,seolah-olah masih berada pada tahun pertama dulu.Perjalanan semester kali ini pula jauh lebih singkat,bahkan dengan pelbagai mini project dan fieldwork diluar yang sudah berada didalam outline courses,mungkin bakal menjadikan kita kelihatan sukar mengatasi sesuatu kesibukan dengan baik dan istiqamah didalam usaha menetapkan keazaman kita,malah tekanan demi tekanan kadangkala mampu menjadikan seseorang bertindak diluar kawalan dan hilang pertimbangan.Akhirnya timbullah kemurungan,marah yang tidak bertempat,kegagalan mengawal emosi sehingga pelbagai perubahan diri yang positif kepada situasi yang negatif.Nauzubillah hi min Zalik!Semoga Allah menjauhkannya daripada kita...


namun..perlu diingat,walau apa pun  keadaannya,bersangka yang baik dan optimis didalam sesuatu hal amat wajar.Kelihatan mudah dari bibir yang berbicara,haa...tapi sukar sekali melaksanakannya..Kekuatan bermujahadah terhadap sangkaan yg buruk itu sgt2 perlu,bahkan..kalau ditimbang tara dengan nilai emas dan apa sahaja yang berharga didunia ini sekalipun,nescaya pastilah keberatannya jatuh kepada hal-hal bermujahadah terhadap sifat-sifat yang mazmumah.Kerana apa,nafsu itu sangat sukar sekali dikawal tetapi andainya hati dan seluruh jiwa raga telah tertakluk untukNYA..keringanan yang Allah janjikan untuk melakukannya.

"wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah,nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"  (Surah Muhammad Ayat 7)

lengkap melengkapi..itulah cantiknya ajaran islam..


kerana hal itulah,setiap intipati ajaran ISLAM sangat-sangat menekankan keseimbangan luaran dan dalaman,berteraskan konsep dunia dan akhirat.Perkara itulah yang menjadi resipi kejayaan bagi mencapai sebuah keredhaan dari  Allah,yang seimbang dan tiada kecatatannya apabila dinilai dari pandangan yang MAHA MUTLAK.

Kita analogkan begini,barang yang dihias rapi dari luaran tampak cantik,indah dan memiliki serinya sendiri,apabila dipamer sudah tentu ia menjadi tarikan dan perhatian.Namun pada dasarnya,setelah diteliti,mutu, kualiti, ketahanan dan sebagainya akan dinilai pula sang pembeli.Samada baik atau buruk kualitinya,seimbang dan lasak bahannya bergantung kepada jenis penggunaan dan sebagainya.Jika bagus mutunya,maka dibelilah  sang pembeli,dan begitulah sebaliknya.Apa yang dapat difahami,secantik manapun sesuatu barangan itu(luaran),aspek ketahanan,fungsi dan lain-lain( dalaman) tetap menjadi sebab musabab yang paling utama untuk laris didalam pasaran perniagaan.

cantiknye...nak belilah,...(^_^)


      Ini baru soalnya dengan kerenah manusia yang fitrahnya sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidupnya,tidak lagi  "hak" sang pencipta YANG MAHA KAYA dan MAHA MENCIPTA setiap yang ada di alam ini.Fikir-fikirkan,renung- renungkanlah apa yang telah kita laksanakan sehari-hari dengan meletakkan sebuah ketaatan pada TUHAN.Adakah ia cantik sepertimana cantiknya keindahan kejadian manusia pada AWALNYA,yang fitrahnya suci dari sebarang palitan dosa dan maksiat?sudahkan cukup sempurna?Disebabkan itulah Islam turun untuk menyempurnakan segalanya berdasarkan landasan  yang benar,KERANA manusia itu jelas hamba yang LEMAH lagi FAKIR...

“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Ar-rum Ayat 30).


Dan penghujungnya sesuatu asas ilmu dalam setiap ibadah dan apa sahaja cabang ilmu itu pula adalah untuk menyempurnakan akhlak yg mulia didalam diri manusia menerusi AL-Quran dan terpamer dengan sunnah rasulNYA...JAdikanlah baginda itu ikutan kita,dan berakhlaklah sepertimana akhlak baginda...InsyaAllah..kuatkan tekad,luruskan niat,dan teruskan berjihad!sesungguhnya jalan-jalan kelapangan dan ketenangan didalam cintaNYA sentiasa terdampar luas buat pendamba kasihNYA...

"Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik" ( Surah Al-Ahzab Ayat 21)

wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers