Pages

Monday, January 3, 2011

kemaskan diari barumu!

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM..

tasbih hamdallah bergema lagi,alhamdulillah..sungguh ku panjatkan kesyukuran padaNYA yang ESA kerana masih meminjamkan diri ini dengan kekuatan dan petunjukNYA dalam menempuh kedewasaan.Alhamdulillah,syukran ya Allah..kerana masih memberikan kesempatan buat saya dan sahabat-sahabat untuk meneruskan kehidupan dan mencari bekal amal dan saham untuk terus menjadi hamba pilihanNYA disana kelak..

tirai 2010 yang penuh dengan memori,segera berlabuh 3 hari yang lalu..Dan pembukaannya 2011 merupakan tirai pelabuhan suatu tujuan dan penjernihan kembali semangat dan matlamat hidup..segalanya bermula dengan azam dan berhijrah!

AZAM!

berbicara soal azam,tidak cukup dengan hanya meletakkan kata-kata dan janji sebagai penyudahnya tindakan,bahkan usahalah yang menjadi titik pandu untuk dalam mencari keredhaanNYA..sesungguhnya meletakkan keredhaan dan kesabaran bukanlah perkara yang mudah dalam menetapkan hala tuju kehidupan, bahkan itulah perkara yang berat untuk dilaksanakan,namun hanya istiqamah dalam amalanlah yang menjadi benteng yang mengeratkannya..

usah gusar duhai teman..kerana dunia ini menyediakan tempat bagi orang yang punya tujuan.Dan tujuan yang satu harus terus sentiasa tersemat didalam hati nurani seorang hamba yang hina..agar terus-terusan mencari dan mendamba keredhaanNYA...Kerna pabila tujuan seorang hamba menuju Allah, pasti akan ditunjukkan-Nya menerusi sunnahNya!

"dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar- benarnya" 
AL-HAJJ AYAT 78



terus tingkatkan keazamanmu..kerna janji Allah itu sentiasa mendahului kata-kata manusia..Bertenanglah wahai diri,wahai hati..usah dilemahkan suatu tekadmu,carilah dan penuhilah hatimu dengan terus redha dan bersangka baik terhadap sang pencipta!Bukalah lembaran baru...kesatkan air matamu dek kegagalan lalu,dan bangkitlah berjuang untuk sebuah pengharapan masa hadapan..mencari keredhaan ALLAH dunia dan akhirat...sesungguhnyA..MANUSIA yang beruntung adalah manusia yang dekat denganNYA..

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman"  
aL-MUKMINUN  AYAT 1

Tautkanlah sepenuh keyakinan hanya kepada Allah,..Agar segala yang dirancang berada dalam keredhaanNYA..dan mintalah dengan kesabaran dan sebenar-benar keyakinan..kerana yang didamba hanya belas ihsanNYA..

“dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Dan salat itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
AL-IMRAN AYAT 45 


 



0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers