Pages

Saturday, January 8, 2011

aku hanya ada ALLAH..


YA ALLAH..
BETAPA HATI INI TERKADANG JAUH SEKALI DARIMU..
TAPI AKU MEMINTA MELEBIHI APA YANG WAJAR DIKURNIAKAN PADAKU..
KEPERITAN INI LANTARAN DOSAKU MASA LALU..
ANDAI KHAFARATUL DOSA INI JAMINAN BASUHAN JIWAKU..
MAKA AKU LEBIH REDHA DARI DIRIKU DIBALUTI KEJAHILAN

YA ALLAH..YA TUHANKU…
KU TIDAK MENGHARAPKAN PELANGI YANG SENTIASA BERSINAR
KERANA BUKANLAH AKU INSAN YANG SELAYAKNYA UNTUK KEBAHAGIAN
CUMA APA YANG KU POHON HANYALAH KETENANGAN
AGAR SEDIKIT KETENANGAN  MENGINGATKAN AKU DGN KEHIDUPAN…

SUNGGUH,AKU HAMBAMU YANG FAKIR..
LEMAH DALAM PENCARIAN
NAMUN AKU JUA MENDAMBAKAN KEBAHAGIAN
SEPERTI SRIKANDI YANG MENYAMBUT KEPULANGAN MUJAHIDEEN DI MEDAN PERANG
ADAKAH MASIH ADA SINAR SUATU MASA ITU..
ADAKAH AKU MASIH PUNYA WAKTU UNTUK ITU..
SUNGGUH HANYA ENGKAU YANG MENGATUR URUSAN ITU
DAN AKU HANYA MAMPU MEMUJUK DIRI
BERSABARLAH KERANA ALLAH SEDANG MERTARBIYAHMU
UNTUK KELENGKAPAN MASA DEPANMU..

YA ALLAH..
CEKALKANLAH HATI-HATI INI DALAM PELAYARAN MENEGAKKAN AGAMAMU
AGAR  HATI INI  TIDAK TERUS DIBUAI SYURGA DUNIA NYATA
TETAPI LEBIH MENDAMBAKAN KASIHMU DALAM MENEGAKKAN SYARIATMU..
KEKASIHMU MENYERU UMATNYA DAHULU UNTUK TERUS MEMUDAHKAN SESUATU YANG ENGKAU SYARIATKAN..
MAKA BERILAH PERTOLONGAN KEPADA SETIAP PERKARA KEBAJIKAN YANG KAMI ATURKAN
SESUNGGUHNYA TIADA YANG LEBIH MEMBANTU
MELAINKAN TUHAN YANG AKU CINTAI
TUHAN YANG MAHA MELINDUNGI…
TUHAN YANG AKU YAKINI..
HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUKMU YA RABB..

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers