sinar pencerahan masih terbuka untukmu... |
Fitrah manusia sentiasa inginkan keseronokan..kita mencari-cari,terus merenung dan cuba mengaplikasi apa sahaja benda yang hadir tanpa menyelidiki kebenaran,dan lantaran kehausan di tengah padang pasir yang jelas kehangatan,sesuatu yang baik pun turut punah kebaikannya dan hanya kecacatan pula yang jelas kelihatan..
Pabila datangnya desas –desus angin kesedihan,kekecewaan,takdir tuhan pula yang disalahkan!hati ini bakal merintih,jiwa ini kekosongan…telah hilang semuanya kebahagiaan,apa yang datang hanyalah sengsara dari tuhan!
tuhan kejam!tuhan kejam! Monolog hati manusia yang telah kekeringan iman.
Dunia itu pula sudah tiada makna buat manusia yang sudah melayang asas imannya..Dan akhirnya,tali gantung yang menjadi pilihan…apalagi dengan iman yang sudah mula pudar dek kesamarannya dalam pencarian,memonolog seolah-olah nilai kehidupannya telah hilang..hancur!
Dan dimanakah pula resipinya iman taktala hati telah terserah sepenuhnya untuk MATI??
dimanakah nama ILAHI ketika nafsumu berantakan membuat keputusan?
Wahai sahabat yang sangat dimuliakan Allah,
Sesekali imanmu dihujung batasan perjalanan,ingatilah setiap kebaikan Tuhan dari kau meratapi kebaikan insan!
Sesekali hidupmu dirasakan sudah tiadanya tujuan,ketahuilah ALLAH lebih mendengarkan ratapanmu dari kau menangisi sebuah kehancuran.
Tuhan itu JAUH LEBIH MENGETAHUI dan kerana itulah manusia sering diuji.
Tuhan itu JELAS LEBIH MENGASIHI,dan kerana itulah kau yang menjadi pilihanNYA untuk diuji.
Dunia itu bukan milikmu,tapi ia milik tuhanMU!Apakah yang telah kau lakukan sepanjang menghabiskan sisa waktumu?mampukah pula hatimu mendapatkan sinar hidayahNYA andai jiwamu telah jauh terpinggir dariNYA?
Noktah hidup berada pada gengaman tanganmu yang memilih.Sungguh kenyataan takdir Allah itu mendahului,tetapi usaha dan ikhtiarmu merupakan salah satu penentu.
Adakah tuhan itu kejam?
Tidak!
Adakah tuhan itu zalim?
Tidak!bahkan dirimu lah yang sentiasa menzalimi diri sendiri.
Baliklah semula ke pangkal perjalanan,sebesar-besar maksiat adalah dengan permulaan seringan-ringan tindakan,dan sebaik-baik penyesalan,adalah dengan kembali ke pangkal jalan dan kembali ke jalan kebaikan.
Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment
komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..