Pages

Thursday, July 1, 2010

nikmat hati...kemana asas letaknya?




bismillahirrahmanirrahim...

Sebuah kembara mengemudi kehidupan yang satu,ada kalanya..manusia itu lelah dan tersungkur dalam rencanaNYA andai kata tidak mengambil ibrah dari setiap sesuatu yang terjadi.Dan nilai ukurannya pula hanya sekeping hati yang lemah,yang mengukir tiap-tiap coretan kehidupan.Mengapa pula hati?Kerana seketul daging itu yang menentukan hala tuju diri ini sepertimana yang telah diterangkan dalam sebuah hadis;

Ingatlah,sesungguhnya dalam jasad tubuh seorang manusia itu ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklahpula keseluruhan jasadnya,jika rosak daging itu maka rosaklah pula keseluruhan jasadnya,dan ketahuilah bahawa ianya adalah hati” (Riwayat Bukhari)

Diri ini hanya mampu berkata dan bertanya,adakah tiap kebaikan itu hanya dilakukan setiap org yang baik-baik sahaja sedang masih ramai lagi yang masih terleka dengan buaian keduniaan yang melimpah ruah?Tidakkah mereka turut mampu melakukan perkara yang serupa,sedang semuanya berasal dari ibu dan bapa yang sama dari sulbi sang adam dan hawa?bergetarlah jiwa ini taktala mendengar ayat-ayatNYa yang berbunyi,

” Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk pada orang yang kamu kasihi,tetapi hanya ALLAH lah yang memberi petunjuk terhadap orang yang Dia kehendaki”( 28:56).

Subhanallah..lihatlah bagaimana pengaturan ALLAH itu tepat dan berpadanan untuk tiap-tiap hambanya.Nilai hati,itulah ukurannya,dan sesungguhnya setiap cahaya itu hanya datang dariNYa,tanpa mengira bagaimanapun latarbelakang hamba-hambaNya. Seorang abid turut hancur musnah andai hatinya tidak dipelihara,seorang yang bertopengkan maksiat itu turut akan berubah andai ditetapkan baginya cahaya hidayah dan sebuah penghijrahan ,dan sesungguhnya beringatlah bahawa tiap-tiap sesuatu itu datangnya dari ALLAh azzawajalla.Dan dengan cahaya itulah manusia itu ditarbiyah dan diajarkan mengenal penciptaNYA yang satu sebaik laungan syahadah itu bergetar dan meresap dalam setiap inci jasad anak-anak adam itu.

Imam Al-Ghazali R.H pernah berkata :

”Dengan gemerlap dan bersinarnya hati,maka lahirlah buah-buah kebaikan,dan dengan gelapnya hati lahirlah pula noda-noda kejahatan namun andai kata seorang manusia itu mengenal hatinya,maka dia akan mula mengenal tuhannya”.

Tersingkap sebuah kebenaran dalam bait-bait katanya,maka renungkanlah kembali,dari manakah sisi hati kita berada hari ini.Cahaya petunjuk itu sentiasa terbuka dan carilah ia sementara denyut nadi ini masih bersisa dalam sebuah kembara, janganlah melepaskan ia sekali ia menjengah didalam hati kita kerananya datangnya mungkin sekali,perginya mungkin tidak akan menyinggah lagi.

“Sesungguhnya,Allah tidak melihat lahiriah rupa dan tubuh kamu,tetapi apa yang dilihat ALLAH adalah hati dan amal kamu”(riwayat bukhari dan muslim -2564)

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers