Pages

Thursday, July 8, 2010

duhai temanku..dimana kita??


Muhasabahkan kembali…

Terdetik dihati saat ini,bila masanya ajal usai menjemput?andai kata datangnya Izrail mencabut jasad yang bernyawa kini,dimanakah letaknya darjat kita disisi tuhan kelak sedangkan saban waktu meniti masa,menjengah usia yang sedar tidak sedar,seringkali kita abaikan apa yang wajib disempurnakan dan menyempurnakan apa yang menjadi maslahat bagi tiap-tiap inci kehidupan kita.Dunia dikejar akhirat diabaikan..material dicari,iman digundahi pelbagai mehnah dunia berbentuk konspirasi,dan paling merungsingkan sekali,niat tidak disandari dengan nama ILAHI hinggakan tidak kita sedar tujuan penciptaan dan penghambaan manusia di dunia ini.Ketahuilah,setiap perincian amal didunia itulah yang akan menjadi sesuatu yang bakal dipertanggungjawabkan kelak keatas tiap-tiap jasad yang bernyawa.

Material yang hanyalah pinjaman keduniaan, tanpa sebarang jaminan akhirat yang kekal andai disalah guna seringkali menyelinap dan meniup angin-angin perubahan dalam getaran iman seseorang yang bergelar muslim andai tidak teguhnya iman mereka yang ingin terus bermujahadah.Dimanakah salahnya kita berfikir hari ini?kelihatannya,rata-rata antara kita kini meniatkan sesuatu tanpa keikhlasan tp penuh kegopohan,menilai darjat tanpa kesyukuran yang nyata,malah penuh dengan keangkuhan,mengaku beriman tapi tidak beramal dengan kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w. Itu yang dapat disimpul melihatkan amalan segelintir masyarakat masa kini..Alangkah sedihnya umat akhir zaman kini..kita lebih mencintai sisi-sisi cinta keduniaan berbanding akhirat seperti yang kebenaran kata-kata baginda dalam hadis ini:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(hadis riwayat abu daud ).

Seseorang yang asalnya tawadduk dan istiqamah dalam amalannya turut mampu berubah wajah menjadi sang pecinta dunia dek tiupan angin perubahan andai dikurniakan pinjaman keduniaan namun tidak disertakan sebuah kesyukuran dan kesedaran diatasnya,sehinggakan mula melupai tuhanNYA, yang MAHA MEMBERI DAN MENGURNIAKAN SESUATU. Lihatlah,betapa pantasnya ALLAH menutup tiap-tiap kebaikan hanya kerana secebis keangkuhan manusia dalam amalnya,yang lisannya mengaku mensyukuri tetapi hatinya sentiasa merasakan diri tidak pernah lengkap dengan apa yang diberi..

Kadangkala kita sering lupa,tujuan sebenar penciptaan seorang hamba ke atas muka bumi ALLAH yang agung ini.Kita sering mengiyakan setiap apa yang menjadi ikutan masyarakat,agama dipinggirkan jauh-jauh dari sudut hati meskipun telah ternyata kebenaran disebalik KALAMULLAH yang suci itu..kenapa hari ini kita selesa bermegah-megah dengan tiap-tiap kurniaNYA, namun kita tidak berupanya mengingati,ia hanya pinjaman sementara yang tidak kekal sebagai saham kita disana?Mengapa sukarnya diri ini mensyukuri dan meniatkan segalanya untuk sebuah kembara perjuangan agama?

Antara nikmat dan kesyukuran, kadangkala dizahirkan lahiriah sahaja,namun belum penuh tersemat didalam dada..ALLAH itu lebih mengetahui apa yang tersingkap didalam seketul daging yang diciptakannya..Awaslah..jangan sampai nikmat itu menjadi musibah,amal itu menjadi fitnah,dan niat itu mengubah maslahah hanya kerana kepincangan dan kelalaian hatimu ..innamal aqmalu binnniat..sesungguhnya tiap-tiap amal itu bermula dari niat..niat yang baik dan ikhlas punca amalan yang baik,punca kesyukuran dan keredhaan kita pada setiap yang dikurniakan keatas kita.

YA ALLAH,jauhkanlah kami dari tiap-tiap rezeki yang bakal melupakan kami dari jalanMU,andai itu lebih baik dari setiap sisi perencanaanMU… bantulah kami beristiqamah dalam tiap-tiap amalan kami hanya keranaMU..dan jauhkanlah kami dari amalan yang hanya menimbulkan keriakkan yang jelas bagi mata hati kami..sesungguhnya,itulah amalan yang tercela disisiMU..amin..

2 comments:

deqsu said...

t'sentuh kak dila bce.. mklm la dri ni srg alpa n hanyut dgn dunia..

durrahnur said...

terima kasih kak..wanie bertatih lagi menulis penulisan agama ni...huhuu

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers