Pages

Friday, January 13, 2012

sekilas pandang dari alam..


 sekilas pandang  dari bilik saya di kampus,sempat saya snap gambar-gambar ni dalam masa  1 jam  lagi exam nak bermula,sebabnya terasa terlalu takut sampai xtahu da nak buat apa..jadi,nak menghilangkan takut dan bosan-bosan menelaah tu,saya mengubah posisi dan ternampak sesuatu diluar birai jendela. Kebetulan hujan pulak renyai-renyai,melihat pemandangan alam  yang segar, hati saya terus berubah tenang.









Benarlah kata orang, alam ini sumber untuk ditadabur. Segala rahsiaNYA masih banyak yang kita tidak tahu apalagi nak disingkap,sebab bila kita mula melangkah ke depan jarang sekali kita memandang ke belakang,apa lagi nak tengok kiri kanan kan. Kata orang,kira nk remp-it jela,ye dok?

encik dan mak incik burung yang comel!

Tapi dalam masa sama, hati sedikit terhibur,ada encik dan mak incik burung bertenggek di depan tingkap bilik saya. Bercicit-cicit dia menjerit,kesejukan agaknya sebab hujan mulai turun..sangat comel! 

sayalah mak incik  burung...:)

tumpang duduk ye,sejuk2..kalo nak hidang roti cicah kopi pun ape salahnya cik durrah..:)

Kalau nak tahu,inilah encik dan mak incik burung yang selalu menjadi penggerak setia saya dan rakan sebilik,elok ja subuh..dia pun mencicit-cicit menjerit kat luar birai tingkap..kuat pulak tu bunyinya..xpadan dengan saiz…hehe..agaknya nak gerak tuan rumah suruh bangun..hehe..

Nyit2...tiap pagi anda berbunyi ye? Kenapa nak cari makan ea,lapa la tu encik dan mak incik burung..

Secomel saiznya,gemuk pendek dan kecik,tapi nyaring pula bila nak bagi siren dia..unik!

Saya suke mak incik dan encik burung ni..

Ia unik dan tampak berbeza..

Mungkin kerana saiznya,bulunya dan gamitan nyaring suaranya yang membuatkan saya kagum!

Sejenak melihat perkaitan alam dengan makhluk ciptaanNYA..terfikir seketika ,pasti hati manusia akan tenang melihat kebesaran Dia yang Maha Kuasa. Yang tenang lagi mendamaikan.

 Itu pasti!

Tapi mengapa manusia sukar sekali untuk berfikir dari apa yang dilihatnya?

Saya tinggalkan ia sebagai titik renungan bersama.:)



Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.


0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers