Pages

Friday, July 2, 2010

antara sedar tidak sedar...



bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..saya masih diberi kesempatan nafas oleh Allah meneruskan perjuangan demi pencarian kehidupan yang banyak cabaran dan halangannya ..bergelar seorang hamba,anak,kakak,pelajar...suatu amanah yang sangat berat utk dipikul...semua org pasti tahu,pabila byk tanggungjawab yang terpaksa dipegang,banyakla pula rintangannya.. dalam mengejar cita2 yang satu,menggenggam segunung impian dan harapan ayahanda dan bonda tercinta,segala kepentingan lain terpaksa diketepikan...ayahanda dan bondaku,anakanda tidak akan mensiakannya kerna kalian yang terpenting dalam hidupku.....

setiap tanggungjawab yang dipegang,segalanya bersandar atas apa yang ALLAH pasti dimana kemampuannya pada kita,lain orang lain ujiannya,lain orang lain tahapnya...namun apa yang pasti,segalanya itu ujian didunia..antara nikmat mahupun musibah...begitulah titipannya...cuma kita kadangkala sedar xsedar...

justeru..apa pula yang kita isi dalam mengejar dunia kedewasaan kita..mengejar ilmukah??kekayaankah?dunia kejayaanmukah??dimana pula kayu ukurnya...dan dimana terasnya asas yang kita letakkan kini...cukupkah sekadar berbasi2 mengambil agama itu hanya sebahagian darinya?ataupun kita berpijak senada dengan garis perjuangan murabbi agung kita RASULULLAH S.A.W....


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan?

tepuklah dada...tnya pada diri kita...kemanakah kita alirkan apa yang telah dimudahkan bagi kita sebelumnya oleh ALLAH...sesungguhnya..rata2 kita..memiliki ilmu..tapi sejauh manakah ilmu itu digunakan..disebarkan dan dikongsikan penuh keikhlasan demi membantu satu perjuangan menegakkan kalimah tauhid....mampukah kita masih berdiam diri dan berselesa dengan apa yang ada..

Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (riwayat at-tarmizi dan ibnu majah)

bersabarlah diatas kesakitan...sesungguhnya ganjarannya setimpal dengan kesakitan yang ditanggung..andai kita mencari syurga dunia..nescaya kekalnya hanya seketika,andai mencari syurga akhirat..bauannya kekal menusuk ke jiwa...keindahan islamnya jelas terasa...ambillah islam itu secara kaafah..selimuti diri dengan selimut ketenangan dlm beragama..indahnya membantu suatu kembara...yakinlah!!Allah itu pelindung yang hak!tebar2kan kebenaran dalam perlakuan dan siasah ikutan..

Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud;

“Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya

sesungguhnya duhai temanku....

org yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu utk membaca,kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu utk tertawa kerana ketawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu utk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu utk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu utk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu utk beribadah kerana ibadah itu adalah ibu segala ketenangan jiwa..

buat mama dan abahku..izinkan anakandamu...daku sangat menyayangimu....

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers