Pages

Saturday, December 10, 2011

saya percaya itu!(^_^)

Hidup ni kena percaya; ada orang lain memerhatikan kita dari jauh. Ada rasa kebersamaan daripada dia dalam masa kita susah dan senang.

Macam mana tu? Doa-doanya sentiasa mengiringi kita. Tanpa syarat..
peliknya.... hurm..

Kadang-kadang tu, dia perhati saja kita dari jauh sambil senyum apabila kita gembira. Dan apabila dia menyedari kita sedang bersedih, dia mula mendekati kita. Memberikan kata-kata semangat hatta dengan mengirimkan sms.

Sebab tu kita kena sedar diri selalu, bahawa dalam hidup kita ini, apapun kesenangan, kegembiraan dan kejayaan yang tercapai, pasti itu kerana adalah ada doa orang lain yang diterbangkan dari jauh buat diri kita dan diperkenankan-Nya.

Dan orang itu, boleh jadi adalah dia yang tidak kita sangka-sangka. Yang kita tidak ingat dia sebagaimana kita ingat kawan-kawan rapat kita sehari semalam.

Percaya? Saya memilih untuk percaya :)
" doa seseorang muslim kepada saudaranya Muslimnya secara ghaib( tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab(diterima),disisi Malaikat yang diutus Allah,setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik,berkatalah Malaikat itu," Amin..sampai engkau juga beroleh manfaat yang sama "
-Hadis riwayat Muslim-

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers