Pages

Tuesday, December 6, 2011

Menyelam ke laut, dasarlah bentangnya!

hanging bats..Ouch!

“Guys! do you hear me? ” bergema suara salah seorang master student yg menjadi tour guide kami ke gua berkenaan.


“Yes”, serentak kami semua menjawab. 

“ Proceed please”, pinta salah seorang rakan saya selepas itu.

Gema suara kami segera mengejutkan hidupan yang berada di dalam gua berkenaan. Keadaan menjadi bingit seketika,si cengkerik memainkan alunan,Sang katak menyahut perlahan,sang kelawar terbang dengan bunyinya yang mendesir,seakan-akan menyambut kedatangan kami ke situ.

formasi batuan gua..kagum kan?


“All right,i`m sure many of us comes from a city. City were fully bright with lights. Without it,lives seems emptiness..agree? ” , guider kami bersuara.

“ Sure,why not? ” terdengar beberapa rakan yang lain menyahut soalan  guider kami.

“ So now, why am I  taking u here? In a cave..no sense of light at all,unless with what you were bringing inside..your torchlight!” tone suara mendatar  guider kami yang berbangsa cina itu tiba-tiba berubah menjadi teruja sekali.

Terdengar suara-suara ketawa beberapa ahli rombongan field sampling kami.

“Now, turn off your torchlight and be silent for a short..feel the moment….” arah guider.

Berdebar-debar hati saya..bimbang dan gusar mula dirasa..apa agaknya akan jadi ?
subhanallah!

Tikk!suis torchlight dipadam perlahan-lahan oleh semua ahli trip. Satu demi satu..Dan akhirnya,tiada apa yang bercahaya.

Gelap gelita. Sunyi sepi pada masa itu. Ada rakan-rakan yang mula memegang erat tangan antara satu sama lain bimbang terjatuh ke luar titi  besi yang terbentang.

“ Enjoy the moment..” suara guider kami memecah kesunyian saat itu. 

Dan saat itu…
sangat cantik dan halus ciptaanNYA..

Keadaan mula sunyi..teramat sunyi..gelap,sejuk dan tiada yang bersuara. Saat itu terlintas di fikiran saya secara tiba-tiba bagaimanakah kalau sekadar ini hanya di gua,semua orang telah terkaku bicara. Apakah bila sampai masanya di panggil Malaikat Maut ke perhentian sementara yang namanya lahad,dikuburkan..bukan hanya badan terkaku, kata bicara terkunci dan hanya amalan yang membela diri menjawab soalan si Munkar dan Nakir. Diri bermuhasabah seketika.

“Think now..and feel…If without light we are totally blinded to see the world, how about the creatues inside this cave live? There are thousand of bats around. Are they depend on light to live on? ”Tanya guider kami.

Serentak semua orang menidakkan tanda setuju apa haiwan nocturnal ini tidak bergantung kepada cahaya untuk terus hidup meskipun gua adalah tempat yang gelap. Logiknya apabila gelap,kita seolah-olah kehilangan tongkat untuk berjalan.

“ This is the miracle of the some of the creatures created by God. A miracle of live! they have no light but they still can stay alive”
sgt comel bergantungan si kelawar-kelawar ni..geram..hehe

Hati berbunga-bunga  kagum padaNya.

“And that’s  why I wanted you to came here, and feel some sort of moment on  how bats live.”  Kata beliau lagi.
katakkah?


Terjawab satu persoalan kami. Rata-rata yang ke gua itu merungut keletihan kerana terpaksa mendaki tinggi untuk sampai ke Gua Wang Kelian semester 4 yang lalu.
 
“Allah always emphasized it,but mankind often forget it.” Terdetik kata-kata itu di hati.
saiz yang saya jumpa kat sni..paling besar sebesar 2 telapak tangan lelaki dewasa yang dibuka,besar kan?ni kecik aja..

Saat itu hati saya berasa  puas. Sekurang-kurangnya keletihan itu terbayar dengan sedikit pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Menyelami kekuasaan Allah yang mentadbir alam tanpa ada sedikit pun percanggahan antara setiap urusan tadbiranNya. Itulah keajaiban kuasa Allah. Seribu macam hikmah terkandung di dalamnya,  Cuma kadang-kadang perasaan riak di hati menjauhkan kita untuk menyelami kebesaran Allah.

Kadang-kadang apabila terungkap kata-kata saja,hati kita sangat sukar menyelami sesuatu. Tapi dari satu PERJALANAN ,manusia akan mula faham mengapa dan kenapa Allah menjadikan ia sedemikian rupa untuk kita. Begitu juga dengan soal pembelajaran. Menyeimbangkan kembali teori dan praktikal dengan cara yang bersederhana. Mungkin ada orang sukakan kerja makmal atau kerja lapangan sepenuhnya,tidak kisahlah apa pun ia,tapi kembalilah semula kepada soal ilmu dan perkaitannya dengan pencipta.

KNOWLEDGE IS TO RECOGNISE ALLAH!

Bila  kita mula tersasar dari niat yang asal, fikir-fikirkan kembali kenapa perlu belajar dan kenapa perlu Allah jadikan pengalaman untuk kita ambil pengajaran..Pengetahuan bukanlah satu perkara yang ingin membebankan fikiran tapi ia untuk mengangkat martabat manusia untuk beriman. Itulah kehebatan pengetahuan Allah.Lebih dari segala makhluk ciptaan.

Mungkin ini hanya sebahagian perjalanan dalam menghabiskan degree saya, tapi dari perjalanan sebegitulah hati manusia diajar. Pengalaman dalam perjalanan adalah bahan tarbiyah untuk mengikat hati kita cinta pada kasihNya. Bukanlah ia hadir hanya sebagai penyeri episod kembara yang kita lalui, tapi disebalik perjalanan itu, ia mendidik kita untuk lebih menghargai,lebih mengagumi  dan lebih mensyukuri setiap apa yang Allah jadikan di alam ini.  

Kita mungkin berbeza kaedah dalam pelaksanaan sesuatu pembelajaran dan perjuangan  tapi hakikatnya kita tetap berada di dalam tujuan dan maqasid  yang sama. Hakikat ilmu untuk mengenaliNya. Maka bertawakallah!

Dan pelajarilah ilmu agar kita tetap kembali kepadaNya.

 Sekian..Wallahualam..
 .
MAKSUDNYA: Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pangajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya


Population Ecology Students: Wang Kelian Cave ( 4-6  Mac 2011)

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers