Pages

Thursday, November 24, 2011

Petua Orang Lama

IN THE NAME  OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

ASSALAMUALAIKUM..

less fat, less wieght?

Alhamdulillah,setelah lama bersawang blog ni berbulan-bulan,akhirnya dapat jugak HK update..Kali ni nak kongsi sikit beberapa petua yang mungkin berguna untuk kita semua..Orang kata,orang lama ni banyak petuanya..tapi kadang kita tgk,bile bertempek bedak sejuk sana,sini..rimas pn ada..(^_^). Tapi jangan terlalu cepat meremehkan  petua-petua tu,nampak mmg renyah(kata org utara la..hehe) tp banyak yang kita xnampak kebaikannya.. Free chemical and friendly used,save cost!hehe..tp bagi yang ada masa nak buat la,kalo xde mase,labur RM la jgk kan kite..(^_^). Ada beberapa petua yang HK amal jugak untuk pastikan badan salu segar  dan sihat .Maaf ye,terpanjang la pulak..hee,JOM BACE DLU na!(^_^)

Wednesday, November 23, 2011

Hukum Syarak: Wad`ie

HUKUM WAD`IE ( SEBAB )


Seperti yang telah dibincangkan sebelumnya, hukum wad`ie merupakan perintah Allah yang menjadikan sesuatu sebab,syarat dan penghalang kepada kewujudan dan penentuan hukum. Sebab dari segi bahasanya bermaksud tali,manakala dari sudut istilahnya ialah sesuatu keadaan yang dijadikan oleh Syarak yang menjadi tanda bagi dihadapkan sesuatu titah kepada seorang manusia yang mukallaf.[1].

Sebab dan `illah secara kasarnya tampak sama, namun Asy Syathibi menetapkan perbezaan diantara keduanya. Menurut beliau lagi,sebab adalah suatu hal yang diletakkan syarak untuk sesuatu hukum kerana terdapat hikmah yang diwujudkan oleh hukum tersebut, `illah pula ditakrifnya sebagai segala kemaslahatan Syarak yang bergantung dengannya segala suruhan dan segala kemudharatan yang bergantung dengannya segala tegahan.

Hukum Syarak : Taklifi Part 2

hukum taklifi ( sunat )



sunat dari segi bahasanya ialah jalan yang ditempuhi,manakala dari segi istilahnya menurut ulama` fiqih ialah sesuatu perkerjaan yang dituntut oleh Syarak untuk dikerjakan,tetapi tidak dengan tuntutan yang menunjukkan kepada mesti.[1]. Ianya merupakan satu tuntutan ringan yang diperintahkan melalui ayat suruhan tetapi mempunyai qarinah (petanda) yang tidak mewajibkannya. Hukum sunat juga disebut sebagai mandub,nafilah,mustahab dan fadhilah. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :

Hukum Syarak : Taklifi Part 1


Hukum Syarak terbahagi kepada dua pecahan utama iaitu hukum taklifi dan hukum wadi`e. Hukum taklifi bermaksud Khitab Allah yang merupakan tuntutan kepada seorang mukallaf sama ada untuk melakukan  sesuatu perintah, meninggalkannya atau memilih diantara duanya iaitu sama ada melakukan sesuatu atau sebaliknya. 

Pembinaan hukum syarak : Usul Fikh


Islam merupakan agama yang menganjurkan satu cara hidup yang amat bertepatan dengan kehendak dan fitrah seorang manusia. Ia bukanlah hanya agama yang  menekankan aspek keagamaan semata-mata, malah  cakupannya begitu menyeluruh sehingga menyentuh cara hidup yang benar sebagai landasan yang membantu manusia mengemudi bahtera kehidupan masing-masing. Landasan atau jalan hidup yang dimaksudkan disini ialah wujudnya hukum-hukum tertentu bagi menjamin kemaslahatan dan menjauhkan  kemudaratan daripada manusia  sama ada yang dapat dikesan oleh pancaindera manusia dan diterima logik akal atau sebaliknya. 

KISAH RAMA-RAMA YG TIDAK BOLEH TERBANG..

belajarlah dari sang rama-rama..


Suatu hari, ada seorang budak lelaki  sedang memerhatikan seekor kepompong..
Didalamnya ada rama-rama  yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan
Kelihatannya begitu sukar

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut
Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak  mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.
Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers