IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL
Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Hari da masuk hari ketiga kita berpuasa,Alhamdulillah…xde yang ponteng-ponteng lagi kan?(^_^) syukur…Allah telah memudahkan kita semua dalam menunaikan kewajipan berpuasa ni. Syukran ya Allah..
Da masuk petang-petang ni,tiba la time preparation nak buat juadah berbuka pula. Fuh..kemuncak ni, sebelum nak berbuka…so, HK nak kongsi la resepi cepat, pantas n mudah untuk masak arini..hihi..Perut orang rumah arini terasa nak makan Roti Jala, so mama pun kata dari membazir duit membeli, baik buat sendiri dengan modalnya xsampai pun RM2. Makan pun boleh banyak dari beli kat bazaar.Jom2! Meh kite testing2 dulu ye.. ( ^_^ )
Bahan-bahan :
1. 1 biji telur
2. Secawan setengah tepung gandum
3. Air masak secukupnya.
4. Garam secubit
5. Pewarna kuning telur/ kunyit ( HK xguna pewarna,pakai kunyit je sebab malas pegi kedai byk kali..hehe)
6. Cili kering segenggam
7. 3 ulas bawang besar
8. Sedikit belacan
9. Satu asam keping
10. Ikan bilis segenggam( diblend kasar )
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan 1-5 diatas dan masukkan dalam mesin pengisar,pastu blend sume sampai halus.
2. Pastikan textur tepung betul-betul likat dan xberketul-ketul sebab kalau berketul,nanti mase nak mencanai atas api takut terlekat dalam kelongsong jala tu. Hasilnya corak jala tu xcantik la.
3. Lepas tu, ambil minyak dan sapu pada kuali leper yang kita nak guna. Dengan api yang perlahan, mulakan proses mencorak jala diatas kuali leper . lipat or gulung ikut kreativiti masing-masing.
4. Setelah siap roti jala, tiba proses buat kuahnya. HK hanya buat sambal bilis kisar sebab lagi sedap makan cara ni dekat-dekat nak berbuka nanti. Sesetengah orang suka makan dengan gulai or kari, ikutlah citaras masing-masing.
5. Caranya, rebus cabai kering yang dipotong-potong tadi. Sementara itu, kupas bawang dan potong dadu. Bila da mendidih cili tu, kisar bawang dan cili bersama-sama.
6. Ikan bilis dikisar guna blender basah dengan sedikit air,jangan blend sampai halus,cukup kasar-kasar aje.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tuang cili yang dikisar tadi dan masak cili sehingga pecah minyak. ( Petua : cili pecah minyak maksudnya, minyak kelihatan berlinangan dalam kuali semasa ramuan cili mendidih. Satu lagi,petanda cili sudah dimasak bau cili tidak lagi dapat dihidu.)
8. Masukkan sedikit belacan dan asam keping. Gaul mesra dan masukkan ikan bilis yang diblend tadi.
9. Masukkan secubit garam dan gula secukup rasa (petua merasa kecukupan garam dalam masakan ;ambil sikit kuah tadi dan letakkan diatas kuku ibu jari. Kalau rasa x panas,maksudnya garam dah cukup dalam masakan.Credit to my tok wan for the tips..hehe )
10. Siap untuk dihidang.
siap!macam xcantik je..hehe...sory ye..kuahnya xsiap lagi mase ni..( ^_^ ) |
2 comments:
waaahhh...nnt balik leh suh wanie btkan nie..hehe~
hehe...kamu terer lagi...hee
Post a Comment
komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..