Pages

Sunday, October 3, 2010

PART 4 : Penemuan saintifik - KEWUJUDAN PLACENTA BAYI

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Penutup janin atau dikenali placenta berfungsi sebagai tabir yang menjamin keselamatan sesuatu janin yang mula berkembang dari sudut biologi dan fisiologinya didalam rahim seorang ibu.Firman Allah S.W.T :

“Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya istrinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?”[1]

Said Hawa didalam kitabnya [2] telah menyebutkan tiga kegelapan ini berhubung kait dengan abdomen,rahim dan uri. Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Khathir daripada Abdullah Bin Abbas,Mujahid dan Ikhrimah. Walaubagaimanapun,pendapat ini tidak dapat ditafsir didalam bentuk abstrak kerana jika dilihat secara mata kasarnya sahaja, apa yang jelas tertera setiap janin hanya diliputi dengan satu lapisan sahaja[3].Namun begitu,berdasarkan penemuan saintifik oleh saintis moden pada era kini,kedudukan janin yang dikatakan didalam “tiga kegelapan” ini adalah menepati penemuan terkini.

Seorang pakar anatomi manusia dari Universiti Toronto,Kanada, Profesor Keith L.Moore (Ph.D.,F.I.A.C) berpendapat janin sebenarnya hidup dalam keadaan tiga tutupan menyamai kebenaran yang dibawa Al-Quran. Beliau melaporkan didalam sebuah jurnal[4] bahawa tutupan yang pertama adalah kulit abdomen atau interior abdominal wall, kedua adalah dinding rahim atau uterine wall dan tutupan terakhir berupa selaput amnion atau amniochorinic membrane.Firman Allah S.W.T :

” Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.[5]

Sesungguhnya, dapat disimpulkan bahawa kenyataan yang dibawa Al-Quran ini mengagumkan kerana ia telah dibawa sejak berzaman-zaman lamanya, sedangkan setelah mikroskop pertama dicipta seawal abad ke-17 oleh seorang saintis Leeuwenhoek barulah bermulanya kajian yang mendalam terhadap proses kejadian manusia dan diperincikan lagi kefahaman mengenainya secara saintifik oleh Streeter pada tahun 1941 dan diperlengkapkan seterusnya oleh O`Rahilly pada 1972 seperti yang dilaporkan oleh Profesor Keith Moore.Betapa terperincinya Al-Quran menjelaskan perkara ini sejak 1400 tahun yang lalu sedangkan tiada sebarang kecanggihan teknologi pada masa itu.Maka jelaslah bahawa segalanya datang dari wahyu Allah untuk menjadikan manusia itu berfikir mengenai penciptaan dan keadaan fitrahnya ia dialam nyata.



[1] Surah Az-Zumar ( Ayat 6)

[2] Al-Asas fi al-Tafsir( rujuk Alquran Saintifik )

[3] Rujuk Rajah 6 di muka surat 20

[4] The Journal Of The Islamic Medical Association ( 1986 ),Volume 18,bulan Januari-Jun

[5] Surah Nuh ( Ayat 14 )


nukilan : durrahnur

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers