Pages

Wednesday, August 11, 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan..


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...

Alhamdulillah...segala puji bagiNYA kerana masih menggerakkan nadi-nadi ini bertaut pada bulan yang mulia...yang dinanti-nantikan para muslimin dan muslimat...selawat serta salam kepada junjungan besar RASULULLAH SAW para sahabatnya,para anbiya` dan dan ahli keluarganya... cinta padamu yang kami semai dan kasih padamu yang kami pupuk..insyaALLAH... tiba sudahnya bulan keberkatan,dimana tersimpan seribu satu barakah dan keampunan bagi tiap hambaNYa..sesungguhnya bulan suci lagi mulia ini sering dinanti-nanti kita bagi menyempurnakan kepentingan rukun yg 5 itu...namun sejauh manakah persediaan kita dalam menyambut dan menghayati perjalanan RAMADHAN itu sendiri....tepuk dada...tanya dan selami sendiri MENGAPA ALLAH MENGURNIAKAN BULAN SUCI INI KEPADA KITA??

Rasululllah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam adalah baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


RAMADHAN...datangnya ibarat bonus mark bagi setiap hamba yg tahu menilai keperluan dan kemahuan dalam kehidupan..sesungguhnya pelbagai hikmah yang telah ALLAH berikan tanda kasihnya DIA kpd kita dgn adanya ramadhan...datangnya ramadhan itu ibarat benteng perisai menahan diri daripada perkara-perkara yang melalaikan,memudharatkan selain mendekatkan diri kepada AR-RABB...cinta kasihnya tidak pernah surut pada kita meskipun kita kerap kali melupakan DIA dan terleka dlm kembara dunia....
jadikanlah ramadhan itu sebagai bulan yg dpt mentarbiyah hati kita utk terus dkt denganNYA...


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu ( Riwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


justeru..hidupkan ramadhanmu dengan amal ibadah ..tampunglah segala kekurangan itu dengan kelebihan ramadhan yang suci....kurangkan tidur yang berlebihan akibat keletihan di malam dan siang harinya,sebaliknya hidupkanlah ramdahan itu dengan tadarus yang menenangkan jiwa dan qiamullail yang mendamaikan...nescaya seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan mereka yang khusyuk dalam ibadahnya...insyaALLAH...


ALLAH telah berfirman :

"Dan pada sebahagian malam hari,bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu;mudah-mudahan TuhanMu mengangkatmu ke tempat yang terpuji"
[ AL ISRA` :ayat 79 ]


ikhlaskan segalanya yang kita lakukan hanya padaNYA....sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang tersirat disebalik tirai hati ini...serahkan hatimu sepenuhnya hanya pada Ilahi..kerana berserah diri itu membentuk sifat kehambaan dlm diri selain mencorakkan diri kearah kebaikan dunia dan akhirat...



"barangsiapa yang menyerahkan diri kepada ALLAH,sedang ia berbuat kebajikan,maka baginya pahala disisi ALLAH dan tiada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati..." AL-BAQARAH : AYAT 112 ]

WALLAHULAM....

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers