Sejenak ku renung...
Andai namanya hawa…
Xmungkin lari dari luluhnya butir mutiara..
Kerna hatinya cukup halus melebihi butiran pasir muara..
Lembutnya bukan untuk ditindas,
tetapi cukuplah dididik mengenal agamanya..
Wanita,zahirnya tampak lemah..
Apalagi tanpa kudrat yang berdaya..
Namun mana mungkin kekurangannya dianjak nista dunia..
Dan didorong dengan cebisan kotoran sekelilingnya..
Wanita ..
Tampak tulus kejadiannya
,namun pabila salah acuannya..
Maka salahlah pula bentuknya…
Pabila salah bentuknya,maka rosaklah pula rasanya..
Dengan itukah generasi akan membangun?
Dengan itukah paradigma dunia dijunjung…
Adakah menghampiri mercu kebanggaan dunia
ataupun mencetus bala kehancuran semasa??
Dunia tidak kian muda..
Bangsa pula semakin lama semakin tua…
Yang kekal pula hanya agama..
Samada kau diseru dengan anjakan membina,
Dan terus bangun untuk sama-sama mengenal pencipta..
Ataupun menyebabkan kau terpesong dengan keseronokan dunia semata-mata…
Sedarlah duhai hawa..
Perananmu tinggi diufuk dunia..
Dibawah pengaruhmu jualah suatu ketika Islam berdiri dengan gahnya…
Kerna kaulah yang peniup semangat jihad pejuang-pejuang kita..
Kerana kaulah ibu,isteri dan anak bagi mereka..
Namun kini,kemana perginya kita…
Hilangkah peranannya??
Saat ini..aku sendiri samar-samar kebingungan…
Mengenangkan keperwiraan hawa yang bukan pada kudratnya..
Akan tetapi kebijaksaannya mengacu kehidupan dunia..
Pastikah sudah tiada silapnya??
Sedarlah..dunia turut menangis hiba
Tetapi masih terbuka menyambut salam kedatanganmu…
0 comments:
Post a Comment
komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..