Pages

Sunday, August 29, 2010

sejenak ku renung...


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...

Sejenak ku renung...


Andai namanya hawa…

Xmungkin lari dari luluhnya butir mutiara..

Kerna hatinya cukup halus melebihi butiran pasir muara..

Lembutnya bukan untuk ditindas,

tetapi cukuplah dididik mengenal agamanya..


Wanita,zahirnya tampak lemah..

Apalagi tanpa kudrat yang berdaya..

Namun mana mungkin kekurangannya dianjak nista dunia..

Dan didorong dengan cebisan kotoran sekelilingnya..


Wanita ..

Tampak tulus kejadiannya

,namun pabila salah acuannya..

Maka salahlah pula bentuknya…

Pabila salah bentuknya,maka rosaklah pula rasanya..

Dengan itukah generasi akan membangun?

Dengan itukah paradigma dunia dijunjung…

Adakah menghampiri mercu kebanggaan dunia

ataupun mencetus bala kehancuran semasa??


Dunia tidak kian muda..

Bangsa pula semakin lama semakin tua…

Yang kekal pula hanya agama..

Samada kau diseru dengan anjakan membina,

Dan terus bangun untuk sama-sama mengenal pencipta..

Ataupun menyebabkan kau terpesong dengan keseronokan dunia semata-mata…


Sedarlah duhai hawa..

Perananmu tinggi diufuk dunia..

Dibawah pengaruhmu jualah suatu ketika Islam berdiri dengan gahnya…

Kerna kaulah yang peniup semangat jihad pejuang-pejuang kita..

Kerana kaulah ibu,isteri dan anak bagi mereka..

Namun kini,kemana perginya kita…

Hilangkah peranannya??


Saat ini..aku sendiri samar-samar kebingungan…

Mengenangkan keperwiraan hawa yang bukan pada kudratnya..

Akan tetapi kebijaksaannya mengacu kehidupan dunia..

Pastikah sudah tiada silapnya??

Sedarlah..dunia turut menangis hiba

Tetapi masih terbuka menyambut salam kedatanganmu…




nukilan yg serba kurangnya:- durrahnur..
Thursday, August 12, 2010

ini hari bahagia buatmu!


IN THE NAME OF ALLAH..THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...
suatu masa lalu...dia,menanti penuh debaran yang menggoncangkan hatinya...dia,berjuang bermatian-matian mempertaruhkan nyawanya demi insan tercinta..dia, xkisah apapun risiko asalkan apa yang dibawanya selama masa itu selamat tiba ke destinasi yg sepatutnya...dia juga,tidak pernah melupakan AR-RABB nya saat berita gembira pertama didengarnya malah lebih dari itu...dan dia jualah yg berperang nyawa demi melahirkan puteri sulung keluarga ini pd tanggal 12 OGOS 1990...dialah..ibuku yang ku cintai,ku kasihi seluruh jiwaku...tanpamu..mana mungkin aku tiba kedunia ini dengan hak yang terbaik...

buat mamaku,

syukran...kerna kau berjuang melahirkan aku dan dia...namun takdir lebih mengatasi segalanya...pabila dia dijemput ILAHI utk mengadapNYA...sungguh,sedihmu ku rasai..namun didikan padaku..amat ku hargai...terima kasih ibuku...kerana kau mencorakku dengan didikan yang terbaik,kerna kau kenalkan aku dengan penciptaku kelahiranku...dan kau memberiku dengan nama yang baik...mamaku..terima kasih atas segalanya...sungguh,jasamu tidak dapat ku balas...namun pengorbananmu amat ku hargai...ak amat menyayangimu...


buat ayahku,
syukran diatas didikan yang mengajarkanku mengenal apa itu dunia,apa itu agama...kau yang berada disisi saat ku jatuh lesu,kau yang mentarbiyahkanku dengan seruan agama..izinkan aku untuk turut berada memperjuangkan kalimah tauhid ini..selagi nadiku masih bersisa..ak sangat menyayangimu......


"dan Allah mengeluarkan kamu dari prut ibumu dlm keadaan tidak mngetahui sesuatu pun dan Dia membrimu pendengaran,penglihatan dan hati nurani, agar kmu bsyukur" (Surah An-Nahl:ayat 78)


ku hayati bait-bait kalamullah ini...sebak dadaku mengenangkan penciptaan tuhanku yang MAHA BESAR... ya ALLAH,PERMUDAHKANLAH JALAN YANG HARUS KU TEMPUH..DEKATKANLAH HATIKU AGAR SENTIASA TERTAUT PADA JALANMU...DAN DEKATKANLAH HATI MEREKA YANG DEKAT DENGANKU AGAR SENTIASA DEKAT DENGANMU...YA ALLAH,KAU YANG MEMBERI HIDAYAH,JUSTERU KAU LEBIH MENGETAHUINYA......TAUTKANLAH HATI-HATI INI AGAR SENTIASA TERGERAK DLM WADAH AGAMAMU...PERMUDAHKANLAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRATKU...AMEEN...

renungi lirik ini..dan hayatilah...


Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli ya..
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

SINGER: SAMI YUSUF- YA UMMI...


Wednesday, August 11, 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan..


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...

Alhamdulillah...segala puji bagiNYA kerana masih menggerakkan nadi-nadi ini bertaut pada bulan yang mulia...yang dinanti-nantikan para muslimin dan muslimat...selawat serta salam kepada junjungan besar RASULULLAH SAW para sahabatnya,para anbiya` dan dan ahli keluarganya... cinta padamu yang kami semai dan kasih padamu yang kami pupuk..insyaALLAH... tiba sudahnya bulan keberkatan,dimana tersimpan seribu satu barakah dan keampunan bagi tiap hambaNYa..sesungguhnya bulan suci lagi mulia ini sering dinanti-nanti kita bagi menyempurnakan kepentingan rukun yg 5 itu...namun sejauh manakah persediaan kita dalam menyambut dan menghayati perjalanan RAMADHAN itu sendiri....tepuk dada...tanya dan selami sendiri MENGAPA ALLAH MENGURNIAKAN BULAN SUCI INI KEPADA KITA??

Rasululllah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam adalah baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


RAMADHAN...datangnya ibarat bonus mark bagi setiap hamba yg tahu menilai keperluan dan kemahuan dalam kehidupan..sesungguhnya pelbagai hikmah yang telah ALLAH berikan tanda kasihnya DIA kpd kita dgn adanya ramadhan...datangnya ramadhan itu ibarat benteng perisai menahan diri daripada perkara-perkara yang melalaikan,memudharatkan selain mendekatkan diri kepada AR-RABB...cinta kasihnya tidak pernah surut pada kita meskipun kita kerap kali melupakan DIA dan terleka dlm kembara dunia....
jadikanlah ramadhan itu sebagai bulan yg dpt mentarbiyah hati kita utk terus dkt denganNYA...


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu ( Riwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


justeru..hidupkan ramadhanmu dengan amal ibadah ..tampunglah segala kekurangan itu dengan kelebihan ramadhan yang suci....kurangkan tidur yang berlebihan akibat keletihan di malam dan siang harinya,sebaliknya hidupkanlah ramdahan itu dengan tadarus yang menenangkan jiwa dan qiamullail yang mendamaikan...nescaya seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan mereka yang khusyuk dalam ibadahnya...insyaALLAH...


ALLAH telah berfirman :

"Dan pada sebahagian malam hari,bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu;mudah-mudahan TuhanMu mengangkatmu ke tempat yang terpuji"
[ AL ISRA` :ayat 79 ]


ikhlaskan segalanya yang kita lakukan hanya padaNYA....sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang tersirat disebalik tirai hati ini...serahkan hatimu sepenuhnya hanya pada Ilahi..kerana berserah diri itu membentuk sifat kehambaan dlm diri selain mencorakkan diri kearah kebaikan dunia dan akhirat...



"barangsiapa yang menyerahkan diri kepada ALLAH,sedang ia berbuat kebajikan,maka baginya pahala disisi ALLAH dan tiada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati..." AL-BAQARAH : AYAT 112 ]

WALLAHULAM....
Tuesday, August 3, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


P/s: disinilah pentingnya menjadi dari mencari...kerana proses kehidupan itu bermula kejadian dari suatu penciptaan,bukannya penciptaan yg mengiringi kejadian...sdrkah? ~diri yg masih byk kekurangan...

MEnjadi ke mencari??


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...


Alhamdulillah...segala puji bagiNYA..kita masih lagi dikurniakan dengan senafas kasih dan denyutan nadi yg membawa kita meneroka alam ni sebagai khalifahnya..tidak banyak ingin sy kongsikan kali ini..cuma sy tertarik dengan beberapa kata-kata yang pernah dilontarkan rakan-rakan seperjuangan harus menjadi dari mencari...seringkas mungkin katanya..namun menusuk kedalam maksudnya..ada apa dgn menjadi?buat apa kena mencari??pentingkah menjadi dari mencari??sedangkan mencari itu yang mudah didapati....namun,kita buka minda dan cuba selami sendiri..apa pentingnya menjadi yg terbaik dari berusaha mencari yang terbaik...kiranya kita berusaha mencari yang terbaik,mudahnya didapati namun sukarnya diselami,apalagi dihayati..tapi,pabila diri dianjak utk menjadi yg terbaik,sudah tentulah yang menjadi itu lebih mudah utk mendapati yang terbaik kerana pabila dia mula menjadi, insyaallah dia bakal mendapat apa yang dicarinya selama ini... itulah yg sy pegang hingga kini..sebagai motivasi penguat diri dalam menempuh kehidupan mahasiswa yang byk dugaannya..kadangkala..kita sendiri alpa dalam kelakuan dan tutur bicara ,kita jua seringkali mudah bersuka-suka pada suatu ketika tanpa mudahnya mengalunkan bait kata alhamdulillah sbgai tanda syukur padaNYA..namun pada suatu ketika,pabila mana kita rebah tersungkur diantara dua perkara..penyesalan itu kekal ada...terfikir didlm diri,hanya penyesalankah yg terkesan dlm suatu usaha pembaikian,ataupun sayu suara tangisan menghibakan suatu hidayahNYA?


ya ALLAH,SATUKANLAH HATI-HATI INI HANYA PADA JALAN DAKWAHMU..AMEEN...


sedikit-sedikit yang bermanfaat lebih berguna dari sebanyak-banyak yang sia-sia.Terima kasih duhai teman kerana selalu mengingatkan diriku yg kadangkala masih samar-samar menempuh hidup yg satu..:)


Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers