Pages

Wednesday, March 16, 2011

pedang masa ummah..


  Masa yang lapang umpama botol kosong yang tidak terisi.Sekali ia dibiarkan kosong,segalanya bakal masuk mengisi kekosongan itu tanpa tapisan yang bermanfaat.


Sedari tadi saya hanya mampu merenung bait-bait yang dilontarkan semasa kuliah AKHLAK pagi tadi.Tersedar sejenak,dimanakah nilai masa yang  telah digunakan.Terbayang juga,ke manakah perginya masa yang dilaburkan sehari-hari sedang setiap hari,saya sering dilihat sebagai “busywomen” yang penuh dengan aktiviti.Adakah ia telah bermanfaat seperti yang saya inginkan?

Berkata-kata lebih mudah dari diri yang ingin melaksana.Sedang si tukang pengamalnya sendiri terpaksa memuhasabah dan bermujadah habis-habisan untuk melawan kehendak yang tidak tentu anginnya.Ada masanya ia diseru untuk sesuatu yang baik, ada masanya hatinya diajak ke tempat-tempat yang sia-sia.Masa itu terisi juga,tapi adakah ia bermanfaat seadanya? 

pokok pangkalnya ia adalah isi hati dan ketahanannya terhadap kehendak diri.Mungkin,di masa muda..segalanya dilihat “smooth” dan tidak punya harga apa-apa, tetapi sesuatu yang dirasakan biasa itu akhirnya akan menjadi kebiasaan.Sesuatu yang biasa dan menjadi kebiasaan itu bukan cerita lama, tapi peringatan itu telah jelas dengan sejak datangnya Rasulullah untuk menyempurnakan kecelaruan akhlak jahiliah.


Kata abah dulu,
siapa kita masa remaja menentukan kita siapa 20 tahun akan datang.Kalau sekarang suka melepak tanpa urusan,keluar berjalan tanpa tujuan, nanti da kahwin, beranak pinak pun begitulah haluannya.Kedai kopi jadi singgahan,bualan dan umpatan jadi kebiasaan.

Terima kasih abah,pesanan ini terkesan dihati sehingga kini.Simple and easy..And to make up the other version of story based on that analogy, it similar to what has been stated.

Renung-renungkan kerana Islam itu cantik dengan segala peringatan.Alhamdulillah.Sesungguhnya,masa itu nikmat Allah.Nikmat pemberiannya terhadap setiap hambaNya agar kita sentiasa bermuhasabah dan menggunakan sebaik mungkin.Andai kata masa itu musibah,kenapa perlunya kita menjalani hidup sehari-hari dengan masa?Disinilah kawalan dan disiplin terhadap penggunaan masa perlu diberatkan.Kita juga manusia,namun peringkat inilah rebungnya masih muda untuk dilentur,xperlu ditunggu sehingga tua…bimbang hari esok tiada untuk kita.

“dua nikmat yang ditipu kebanyakan manusia kerananya ialah kesihatan dan masa lapang”( Maksud hadis)

Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan terhadap sesuatu yang kita cuba  laksanakankan,agar ianya tidak hanya menjadi buih-buih dalam lautan ,sekali beralun tenggelam dan timbul, tetapi ia menjadi ombak yang tenang menuju pantai.Tetap mengairi pasiran yang jernih,tetap utuh dalam meninggalkan kesannya.Semoga ia bakal memberikan kebaikan buat kita. 



Islam tidak akan gah kalau ar-rojul dan nisa`nya masih lagi terumbang ambing,melepak tanpa hala tuju,bercampur tanpa tujuan,konsert sana-sini,rempit,dadah,homoseks dan segalanya?Ummah yang cemerlang bakal ranap,individu yang baik bakal hilang…Generasi Al-quran bakal pupus,generasi jihad segigih tentera Al-Fateh turut tinggal angan-angan andai remaja tidak mampu berfikir dari sekarang.Seronok dunia hanya sementara, yang didamba bukan hanya syurga dunia semata,tapi akhirat itu destinasi utama!

 Saat ini,hanya airmata yang mengalir mengenangkan lemahnya diri mengemudi hati,apalagi memanfaatkannya sebaiknya.Ya!Mungkin aku dilihat seorang yang cekal,tapi hakikatnya aku sendiri lemah tanpa daya.Semoga kemudahan itu sentiasa diberikanNya dalam urusan percaturan hidup ini…ameen..

“Allah,Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah,kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu kuat,kemudian Dia menjadikan kamu sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban.Dialah yang menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”( Ar-Rum : Ayat 54 )

2 comments:

Qudwah An-Nawairah said...

jzkk ann atas pringatan:-)
truskn mnulis ye..ngeeee

durrahnur said...

syukran lin syg...insyaALLAH..selagi bernyawa..:)smga ALLAH mnyertakan dengan kemudahan ye..

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers