Pages

Saturday, May 7, 2011

nowseeheart- PENGORBANAN

Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia

Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah

Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada
Monday, May 2, 2011

believe in HIM...

put Allah`s priority in any sides you confront...



Masalah ialah perkara normal dalam kehidupan manusia. Setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah; pada hari ini, berjuta orang ditimpa masalah dan anda salah seorang daripadanya.

Sesaknya dada bila masalah berkunjung tiba. kita rasa,dunia itu telah tertutup tadbirannya.

Kita fikirkan,hanya kitalah yang ditimpa sesuatu yang besar,sedangkan dalam masa yang sama, entah siapa di keliling kita jua tertimpa dengan pelbagai ujian yang lebih dahsyat agendanya.

Oh!kejamnya tuhan!

Tika itu,pelbagai monolog bersarang di dalam hati,hakikat dan takdir tuhan mula kita cuba ubahi,kita katakan aku tidak mahu begini,itu hanya yang terbaik bagiku..

Akhirnya kita tumbang dan lemah dengan ujian yang tiba,masakan tidak dari hati sendiri telah mula lahirnya prasangka-prasangka negatif didalam hati. Berterusan hanyut tanpa arah…dan tinggallah saki-baki ummat yang lemah dan tidak terdaya hanya dengan sedikit ujian ini.

Cuba renungi kembali sirah nabi;

Sebahagian sahabat, islamnya mereka kerana tertariknya mereka kepada baginda. Adanya baginda sebagai figur hidup berjalan di hadapan mereka; menjadi pemimpin, teman bersosial mahupun menjadi rujukan. Perang Uhud, apabila tersebarnya berita syahidnya Rasulullah, ini menjadi cabaran kepada tentera Muslimin yang tinggal.

Anggapannya, bila jadi seperti itu, dah tiada Rasulullah yang akan memimpin saki baki perang mereka. Tiada Rasulullah yang akan pulang bersama mereka ke Madinah. Tiada Rasulullah yang akan menceriakan hidup mereka lagi di sana.ya! ia jelas ujian yang besar buat mereka dan bakal meragut potensi ketenteraan perjuangan yang dibawa…


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
[ali Imran, 3:144]

 
Inilah ayat yang berkait rapat dengan tersebarnya berita yang menggugat jiwa sebahagian sahabat baginda.Namun,tahukah kita apa yang di jawab kembali sahabat segera setelah itu?

Kata mereka: tidak!

Tidak sesekali berbalik kebelakang,sebaliknya terus maju kehadapan berbekal jihad dan cinta yang mendalam terhadap agama.

Apalagi lagi umat Muhammad yang teruji dengan musibah…peganglah  kata-kata para sahabat tadi dan yakinlah! berkata memang mudah,kesukaran terlaksana bila hati mula menzahirkannya,tapi bangkitlah dgn yakin bahawa paksinya ialah tetap kembali kepada iktiqad yang dipegang..

Seorang Muslim pemberani pasti meletakkan asas tindakannya dgn keyakinan penuh bahawa segala sesuatu ditentukan oleh Allah dgn qadha' dan qadar-Nya.



Tempuhlah ujian dengan kesabaran, Usah dipinta kecilkan ujian, pintalah dibesarkan iman menghadapinya..maralah kedepan!

Ambillah masa sejenak merenungi kembali fitrah hidup ini.saya,awak, kamu dan anda mungkin  juga terkadang tewas pabila diuji kerana kita ini hanya insan biasa ,namun hanya keyakinan padaNya yang membolehkan kita bernafas tenang dengan redha pada tiap ketentuanNya.

Besarkanlah hati dan berlapang dadalah menerima tiap watikah Allah ini..kerana ia peluang seorang muslimin menjadi bijaksana!kerana tiap watikah cintaNya tidak sia-sia…

Teguhlah hati-hati pejuang kini,kita tidak dilahirkan sebagai orang yang berundur tp umat islam itu sentiasa maju dan mara ke depan!berbesar hatilah walaupun diuji,kerana umat Islam hatinya sentiasa besar dan berlapang dada dalam semua keadaan.

-ISLAM FOR ALL-


Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers