Pages

Wednesday, November 23, 2011

KISAH RAMA-RAMA YG TIDAK BOLEH TERBANG..

belajarlah dari sang rama-rama..


Suatu hari, ada seorang budak lelaki  sedang memerhatikan seekor kepompong..
Didalamnya ada rama-rama  yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan
Kelihatannya begitu sukar

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut
Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak  mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.
Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.



Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,
Tetapi rama-rama itu  tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.

Apa sebabnya?
Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,
Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.
Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut,  maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga  ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Apa pula perkaitannya dengan hidup kita sebagai manusia ya? 

musykil sungguh rasanya..

begini..

duduk..

selami..

dan 

hayati bersama...





Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik.
Sama seperti pada sewaktu kita mengajar anak kita.
Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari
Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti..hakikatnya itulah yang terjadi..

Kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan,
Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT.
Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.

Hidup penuh dengan PERJUANGAN.
Sering kali juga kita sering menyalahkan situasi yang kita hadapi,
Tetapi ternyata situasi itulah yang akan mendewasakan kita

2 comments:

hijratul said...

sahabat...rindunya nk baca post dia...hehe akhirnya terubat juga rindu di hati..anyway nice post..keep it up!!!

durrahnur said...

syukran kakwa..:)entri biasa sje..xhebat mcm dia..:)

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers