Pages

Thursday, December 29, 2011

pasti sabar!


Bila terbentangnya lukisan pelangi..sudah tentu kita lihat alam tersenyum dengannya..tapi melihat kanvas lukisan kita sendiri,belum tentu seluruh umat manusia  redha dengan apa yang tercorak diatasnya..

Selalunya,  kita pesan pada hati utk bertenang dalam mencari satu kebaikan dan kebenaran,dengan harapan hati akan terus redha pada tiap-tiap ketentuan aturan si DIA..tapi pernahkah kita berbisik  pada hati yang satu ini,berpesan-pesanlah dengan kesabaran dalam mencari satu kebenaran hidup?

dimanakah perginya sabar ? sedang melarikan diri?


byk org cuba menyampaikan kebenaran...tapi kesabaran terbuang di pertengahan jalan..

pasti!saya turut tidak terkecuali dalam  soal ini..we will bring it back!!
Monday, December 19, 2011

Nota cinta dia..


PERIBADI SEINDAH MUTIARA

PERIBADI YANG BERIZIKIR
ZIKIR MULA MENJADI PERIBADINYA
ALLAH ADALAH  TUJUANNYA
RASULULLAH MENJADI TELADAN DALAM HIDUPNYA
DAN DUNIA INI PUN MENJADI SYURGA BUATNYA SEBELUM SYURGA SEBENARNYA..
BUMI MENJADI MASJID BAGINYA
RUMAH,SYARIKAT BAHKAN ALAM  SEKALIPUN MENJADI MUSOLLA BAGINYA
TEMPAT  IA BERPIJAK MENJADI HAMPARAN SEJADAH BAGINYA
NOTA CINTA PEMBERI MAKNA

KALAU IA BICARA ,BICARANYA DAKWAH
KALAU IA BERDIAM, DIAMNYA ITU ZIKIR
NAFASNYA TERJAGA SEKALI , FIKIRANNYA PULA BAIK- BAIK SANGKA,
TIDAK  SEKALI  SINIS  APALAGI PESIMIS
HATINYA..DIAM-DIAM BERDOA..
DOANYA DIAM-DIAM…

MEKAR CINTA TERTAUT KASIH SI DIA YG ESA

TANGANNYA KAYA DENGAN HULURAN SEDEKAH..
KAKINYA BERJIHAD ,IA TIDAK MAHU MELANGKAH  DENGAN SIA-SIA
KEKUATANNYA SILATURRAHIM..
KERINDUAANNYA DENGAN  TERTEGAKNYA SYARIAT ALLAH..
KALAU HAQ ITU TUJUANNYA,
MAKA SABAR DAN KASIH SAYANG ITU STRATEGINYA
RINDU MUJAHID MENGIBARKAN BENDERANYA UTK DEEN TERCINTA

ASMA` AMANINA..
CITA-CITANYA TINGGI TERAGUNG..
HANYA UNTUK SYAHID DI JALAN ALLAH..
KESIBUKANNYA HANYA ASYIK MEMPERBAIKI DIRINYA..
BERPALING DARI MENCARI KEKURANGAN APALAGI AIB ORG LAIN..
RAILAH MAJLIS-MAJLIS ZIKIR,
RAILAH KEPERIBADIAN-KEPRIBADIAN HATI –HATI YANG BERZIKIR..
KERANA ITULAH HIDANGAN ALLAH TERLAZAT DUNIAWI..
Tuesday, December 13, 2011

hambaNYA yang sedar diri...



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL 

Jadi hamba itu perlu sedar diri..

Hari-hari diari hidup pasti membuka satu tajuk dengan selakan tajuk yang lain. Di dalam merentas liku-liku perjalanan seharian,pasti jua byk coretan dan ilham yang terakam baik di benak mahupun kanvas memori hati,sama ada suka duka pahit manis..kesannya tetap terasa..enaknya,itulah warna-warna perjalanan seorang manusia.

Tapi disebalik satu ilham dan diairi  yang terakam,mungkinkah mampu menyelak pintu kecil hati manusia berterusan  menilai istana iman dan taqwa? 

Percaya atau tidak,manusia itu sering sekali lupa. Terlalu lupa untuk bersyukur pdNYa yang menganugerahkan sebuah nilai cita dan rasa dalam hidup hamba-hambaNYA.

Dimana terbina mahligai iman andai perjalanan hidup yang menyusuri tidak pernah sekali  dinilai sendiri berkali-kali? Manusia terlalu ego dengan duniawi. Fikir-fikirkan sendiri..
Sunday, December 11, 2011

mata lensa : total eclipse 2011

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

          Alhamdulillah..semalam seluruh dunia menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh yang jarang sekali berlaku.Masuk tahun ini saja,2 kali kejadian gerhana bulan berlaku iaitu satunya pada 15 Jun 2011 dan semalam iaitu 10 Dis 2011. Teruja sekali saya melihat fenomena ini, juga menambah keterujaan kerana inilah pertama kali Allah memberi  kesempatan untuk belajar cara menunaikan solat Sunat Khusuf yakni Solat Sunat Gerhana. Terima kasih buat yang membantu dan syukur juga mama tidak  lupa mengingatkan supaya anaknya yang jauh ini tidak lupa menunaikan solat sunat.Alhamdulillah..

              Semalam juga, pelbagai gambar cantik gerhana ini terakam di seluruh dunia.Subhanallah, Indah sungguh ciptaan Allah..MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA ALAM SEMESTA..jadi,mari kita preview dulu koleksi-koleksi yang terakam di mata lensa di seluruh dunia ya..

   The lunar eclipse sets over the North Shore of Oahu in Haleiwa, Hawaii December 10, 2011. REUTERS/Hugh Gentry (UNITED STATES - Tags: SOCIETY ENVIRONMENT)


        A partial lunar eclipse is seen from the Roman pillars of the Temple of Hercules in Amman December 2011. REUTERS/Ali Jarekji (JORDAN - Tags: ENVIRONMENT SOCIETY)

The moon casts a reddish hue over Lake Pend Oreille during a lunar eclipse as it begins to set behind the Selkirk Mountain Range near Sandpoint, Idaho December 10, 2011. REUTERS/ Matt Mills McKnight
  
In this combo made from six photographs, the different stages of a lunar eclipse as seen from New Delhi, India, Saturday, Dec. 10, 2011. 

  The moon turns red as the earth passes between the moon and the sun during the last total lunar eclipse until 2014. seen in Tokyo, Saturday, Dec. 10, 2011. (AP Photo/Koji Sasahara)


A crowd of more than 600 people gather in the early morning at the Griffith Park Observatory to see the lunar eclipse, in Los Angeles, California December 10, 2011. REUTERS/Gene Blevins


The moon is seen in the sky during a lunar eclipse over the north tower of the Golden Gate Bridge Saturday, Dec. 10, 2011, in San Francisco. The next full eclipse of the moon will not happen until April 14, 2014. 

A total lunar eclipse is seen through the leaves of a tree in central Seoul December 10, 2011. The moon started to go dark on Saturday, during the last total lunar eclipse until 2014, with the best views available in Asia and the Pacific. REUTERS/Jo Yong-Hak 


The earth's shadow falls on the moon as it undergoes a total lunar eclipse above the Bank of China Tower at Hong Kong's business Central district, December 10, 2011

Clouds partly obscure a lunar eclipse near the Rote Rathaus city hall in Berlin June 16, 2011.


A partial lunar eclipse is seen over the village of Zejtun, lit up for its parish church feast of Saint Catheri
Source: Reuters


The moon is seen behind the wall of Damascus gate in Jerusalem Old City during a total lunar eclipse June 15, 2011. The image projected onto the wall is part of the Jerusalem Festival of Lights.
Source: Reuters.

Saturday, December 10, 2011

saya percaya itu!(^_^)

Hidup ni kena percaya; ada orang lain memerhatikan kita dari jauh. Ada rasa kebersamaan daripada dia dalam masa kita susah dan senang.

Macam mana tu? Doa-doanya sentiasa mengiringi kita. Tanpa syarat..
peliknya.... hurm..

sembang-sembang hati ke hati..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Hati yang tetap perlu berhati-hati..


Menjadi sebutir bintang bersinar,pastinya mehnah dahsyat dan tidak tergambar dek akal.. masa itu..seorang hamba pasti mencari Tuhannya,bukan?tidak kiralah dia orang yang tajam kefahaman agamanya,mahupun hanya sederhana atau dia orang yang mungkin kelihatan jauh dari DIA..Tapi masa itu,fitrah hati meronta-ronta mencari dimana tuhan,kenapa aku mesti Kau pilih untuk diuji sebegini?

Terus-terusan hati sang hamba meronta-ronta,meminta-minta..

Tuesday, December 6, 2011

Menyelam ke laut, dasarlah bentangnya!

hanging bats..Ouch!

“Guys! do you hear me? ” bergema suara salah seorang master student yg menjadi tour guide kami ke gua berkenaan.


“Yes”, serentak kami semua menjawab. 

“ Proceed please”, pinta salah seorang rakan saya selepas itu.

Gema suara kami segera mengejutkan hidupan yang berada di dalam gua berkenaan. Keadaan menjadi bingit seketika,si cengkerik memainkan alunan,Sang katak menyahut perlahan,sang kelawar terbang dengan bunyinya yang mendesir,seakan-akan menyambut kedatangan kami ke situ.

Monday, December 5, 2011

ya! Dari iri menuju bidadari...senyumlah!

senyumlah!muram semata bahagiakah jiwa?

Hati berbunga mekar. Lebih mekar dari segarnya sang mawar. Seakan bertepuk menari riang.

Gembira rasa apabila diraikan. Gembira juga apabila dapat meraikan.


Pernah tak, kamu rasa di 'gimmik' kan semasa hari lahir? Dibuli, dikenakan, dilakonkan, dinangiskan dulu, dimarah, kemudian:

"Surprise!!"

"Allah selamatkan kamu.."

Hati jadi bunga. Bunga jadi hati.


puasa Asyura..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL


Assalamualaikum…

Ke hadrat Allah dipanjatkan segala kesyukuran kepadaNYA kerana masih mengizinkan diri saya dan kita semua menghirup udara segar pagi dan menjalani aktiviti sehari-hari yang pelbagai,semoga dengan limpah rahmatNYA dan kita tidak akan lupa untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur,insyaAllah..Permulaan awal  MUHARAM lambang beralihnya tahun-tahun hijrah Islam dari setahun ke setahun,telah menyajikan kita dengan pelbagai amalan-amalan sunnah yang dilakukan baginda SAW. Puasa asyura begitu sinonim dengan masyarakat, ada yang sekadar ikut-mengikut,ada yang mula bertekad melaziminya setiap tahun dan ada yang faham dengan sebenar-benar kefahaman pengertian peralihan tahun hijrah yang dihidupkan dengan sunnah-sunnah baginda SAW.

Thursday, November 24, 2011

Petua Orang Lama

IN THE NAME  OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

ASSALAMUALAIKUM..

less fat, less wieght?

Alhamdulillah,setelah lama bersawang blog ni berbulan-bulan,akhirnya dapat jugak HK update..Kali ni nak kongsi sikit beberapa petua yang mungkin berguna untuk kita semua..Orang kata,orang lama ni banyak petuanya..tapi kadang kita tgk,bile bertempek bedak sejuk sana,sini..rimas pn ada..(^_^). Tapi jangan terlalu cepat meremehkan  petua-petua tu,nampak mmg renyah(kata org utara la..hehe) tp banyak yang kita xnampak kebaikannya.. Free chemical and friendly used,save cost!hehe..tp bagi yang ada masa nak buat la,kalo xde mase,labur RM la jgk kan kite..(^_^). Ada beberapa petua yang HK amal jugak untuk pastikan badan salu segar  dan sihat .Maaf ye,terpanjang la pulak..hee,JOM BACE DLU na!(^_^)

Wednesday, November 23, 2011

Hukum Syarak: Wad`ie

HUKUM WAD`IE ( SEBAB )


Seperti yang telah dibincangkan sebelumnya, hukum wad`ie merupakan perintah Allah yang menjadikan sesuatu sebab,syarat dan penghalang kepada kewujudan dan penentuan hukum. Sebab dari segi bahasanya bermaksud tali,manakala dari sudut istilahnya ialah sesuatu keadaan yang dijadikan oleh Syarak yang menjadi tanda bagi dihadapkan sesuatu titah kepada seorang manusia yang mukallaf.[1].

Sebab dan `illah secara kasarnya tampak sama, namun Asy Syathibi menetapkan perbezaan diantara keduanya. Menurut beliau lagi,sebab adalah suatu hal yang diletakkan syarak untuk sesuatu hukum kerana terdapat hikmah yang diwujudkan oleh hukum tersebut, `illah pula ditakrifnya sebagai segala kemaslahatan Syarak yang bergantung dengannya segala suruhan dan segala kemudharatan yang bergantung dengannya segala tegahan.

Hukum Syarak : Taklifi Part 2

hukum taklifi ( sunat )



sunat dari segi bahasanya ialah jalan yang ditempuhi,manakala dari segi istilahnya menurut ulama` fiqih ialah sesuatu perkerjaan yang dituntut oleh Syarak untuk dikerjakan,tetapi tidak dengan tuntutan yang menunjukkan kepada mesti.[1]. Ianya merupakan satu tuntutan ringan yang diperintahkan melalui ayat suruhan tetapi mempunyai qarinah (petanda) yang tidak mewajibkannya. Hukum sunat juga disebut sebagai mandub,nafilah,mustahab dan fadhilah. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :

Hukum Syarak : Taklifi Part 1


Hukum Syarak terbahagi kepada dua pecahan utama iaitu hukum taklifi dan hukum wadi`e. Hukum taklifi bermaksud Khitab Allah yang merupakan tuntutan kepada seorang mukallaf sama ada untuk melakukan  sesuatu perintah, meninggalkannya atau memilih diantara duanya iaitu sama ada melakukan sesuatu atau sebaliknya. 

Pembinaan hukum syarak : Usul Fikh


Islam merupakan agama yang menganjurkan satu cara hidup yang amat bertepatan dengan kehendak dan fitrah seorang manusia. Ia bukanlah hanya agama yang  menekankan aspek keagamaan semata-mata, malah  cakupannya begitu menyeluruh sehingga menyentuh cara hidup yang benar sebagai landasan yang membantu manusia mengemudi bahtera kehidupan masing-masing. Landasan atau jalan hidup yang dimaksudkan disini ialah wujudnya hukum-hukum tertentu bagi menjamin kemaslahatan dan menjauhkan  kemudaratan daripada manusia  sama ada yang dapat dikesan oleh pancaindera manusia dan diterima logik akal atau sebaliknya. 

KISAH RAMA-RAMA YG TIDAK BOLEH TERBANG..

belajarlah dari sang rama-rama..


Suatu hari, ada seorang budak lelaki  sedang memerhatikan seekor kepompong..
Didalamnya ada rama-rama  yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan
Kelihatannya begitu sukar

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut
Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak  mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.
Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.

Saturday, August 13, 2011

bagaimana wanita itu cantik?

Wanita yang cantik..

“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.
Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya.
Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi  dari kecantikan jiwanya yang penuh kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.

Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak dijaga ????
mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan ? dan kesenangan dunia


Friday, August 12, 2011

sanah helwah..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL


Alhamdulillah..sebelum menjelangnya 12 am mlm ni,HK sangat berharap dapat update entri walaupun sedikit. Alhamdulillah, HK sangat bersyukur Allah telah memanjangkan usia HK sampai ke hari ini dan finally, i`ve been 21 years old now on 12 August 2011 . Syukur Alhamdulillah.

Buat mama dan abah,
Saturday, August 6, 2011

its a hope..

Hope is a dimension of the spirit.
It is not outside us, but within us. When you lose it, you must seek it again WITHIN YOURSELF and in PEOPLE around you – not in objects or even in events. Put your hopes  to the Creator.

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers