Pages

Tuesday, December 28, 2010

kerana kita MILIKNYA...

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

assalamualaikum....Sudah lama rasanya tidak dijenguk blog HK ni...rindu bertamu seperti mana rinduku pada saat kemanisan tarbiyah di matrikulasi..Suasana yang terlalu dirindui,hanya mampu saya simpan sedalam dalamnya di lubuk hati lantaran keperluan meneruskan perjuangan disini pula kini.Alhamdulillah..hampir 2 tahun rasanya diri ini bertandang sebagai pelajar di USM,dan dengan sisa-sisa keringat,nasihat,semangat,dan semestinya nikmat yang ALLAH berikan,kita masih berada didunia ini seketika ini,berhempas pulas mencari harta dunia dan akhirat,serta mengharapkan sinar hidayah dan taufikNya didalam setiap perkara yang dilaksanakan,INSYAALLAH...



Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang telah ditakdirkannya..Dan hanya kepada Allahlah kita bakal dikembalikan kelak,kerana dunia ini hanya pinjaman semata-mata.Masih terngiang-ngiang di benak fikiran saya apa yang disampaikan Kak Emma td,jadikan sesuatu perkara dan apa sahaja aktiviti itu ibadah,niatkan segalanya kerana DIA,kerana mana mungkin kita hidup tanpa mengharapkan belas ihsan ALLAH..mana mungkin kita hidup tanpa ingatan terhadapNYA,sedangkan saat mulai bangunnya kita dari pagi hingga diakhiri dengan rehat di malam hari,segala-galanya diatur sang pencipta...namun rata-rata manusia itu sendiri gagal bersyukur,sering menzalimi diri apalagi menjatuhkan martabat agama yg dibawanya!Nauzubillahi min zalik...Ya Allah..jauhkan kami dari perkara-perkara yang melalaikan kami dariMU,agar hati-hati  ini sentiasa tenang dengan cintaMU,taufikMU dan rahmatMu....

berjalan dan terus berjalan mencari makna kehidupan..tgk..lady tori ni pn pandai..

Jelas pelbagai perkara yang kita rencanakan,kita aturkan..namun segalanya hak Allah YANG MAHA MUTLAK MENETAPKAN sesuatu..kita hanya perantau dunia,mencari dan terus mencari dalam suatu persinggahan,agar persinggahan dunia itu tidak kosong dan jelas bermakna sebagai saham akhirat disana.Namun apa yang kita ada kini?pernah muhasabahkan?cukupkah nikmat iman dan Islam yang kita syukuri kini?Selidiki diri,kerana memuhasabah itu tunjang akal untuk mengembara dalam suatu nakhoda perubahan kehidupan.Sesekali saya terdiam sendiri...Andai kata esok tiada lagi,mampukah pula diriku menjawab disana?

mentafsirkan suatu makna kehidupan..

Pemergiannya ke rahmatullah..sangat mensayukan hati ini taktala hati dilanda kerinduan yang dalam.Saat itu jualah diri ini ditarbiyah suatu ketika dahulu....hati ini benar-benar rindu,dan saat rindu itu bertamu,ALLAH terlebih dahulu menjemputnya..Hanya sedekah doa yang mampu diriku dan rakan-rakan seperjuangan titipkan.Namun hanya kepada ALLAHlah kita bakal dikembalikan,kerana setiap antara kita,milik ALLAH yang mutlak...dan tiada siapapun mampu menahan ajal dan maut apabila ia telah ditetapkan,tapi adakah kematian yang kita takutkan sebenar-benarnya atau amal bekalan yang terisi untuk dibawa kesana?

islam is the way of life...

      Baru kini saya mengerti,nikmat iman dan islam yang sebenar-benarnya.Ia penuh kemuliaan.kesyahduan,dan ketaatan kepada ILAHI bukan suatu paksaan bahkan ianya kenikmatan dan setiap satu tarbiyah yang Esa itu sentiasa mengingatkan kita kepada Allah,pencipta sekalian makhluknya.Subhanallah!.Kita mencatu diri dengan ikatan akidah yang suci saat kita dilahirkan,bahkan sejak didalam kandungan ibu,kita telah diajar mengenal sang pencipta...tapi hari ini,kita masih gagal pula mengaplikasikan semuanya...Nikmat iman dan Islam seharusnya membawa kita kepada cara hidup yang penuh kemuliaan,meninggikan martabat sebagai muslim dan muslimah yang baik,bawalah ia agar terus memartabatkan diri dan meninggikan kehebatan Islam,bukan sebagai kecacatan yang merosakkan lukisan keimanan....beringat-ingatlah sesama kita,kerana Islam itu penuh dengan peringatan untuk memimpin  manusia pula yang  penuh dengan kelemahan dan kealpaan dalam menguruskan urusan dunia dan akhiratnya.Beringat ingatlah dengan hari kematian,kerana kematian mengingatkan kita pula kepada bekalan amal untuk dibawa menghadapNYA...

muhasabahkan diri,memperbaiki peribadi..

oleh itu,bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ustazah Amairah Hj sufian ( pensyarah pendidikan Islam Kolej Matrikulasi Perlis ) yang telah pulang ke rahmatullah pada 21/12/2010 dan tidak dilupakan juga keatas junjungan besar Rasulullah serta muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita disana.Semoga Allah mencucuri rohnya dengan kemuliaan dan menempatkan mereka disisi orang-orang yang soleh..Al-Fatihah...

Semoga rohnya dicucuri dengan rahmat ALLAH..

Monday, November 22, 2010

WAJIB BACE!!!!!!! kisah al-hin....

IN THE NAME OF ALLAH..THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL..

hari ini saya menjelajah ke beberapa blog dan ada perkara menarik yang ingin dikongsi...cerita ini saya ambil dari sebuah website seorang pengamal perubatan islam yang agak menarik untuk dibaca bersama..kesahihannya mengenai kewujudan golongan makhluk bernama AL-HIN ini saya sendiri tidak dapat pastikan,kerana dalil mengenainya tiada didalam AL-QURAN menurut pengamal ini..namun apapun jua...harap kita dapat mengambil ibrah setiap ciptaan ALLAH AWT yang maha besar dan luas yang tidak mampu dicapai akal fikiran manusia yang terbatas...

subhanallah......tiap ciptaan allah itu penuh dengan segala rahsiaNYA...


**********************************************************************************
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"


Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"


Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"


Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"


Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."


*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"


Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"


Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"


Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."


Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"


Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."


Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"


Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"


Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku.
La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."


*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."


Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."


Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"


Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"


Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."


Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"


Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"


Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."


Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------
'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------

Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:

1)Al Ankabuut - Ayat 19

'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. 

Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian..

dari pena saya-durrahnur :
saya berharap pembaca-pembaca yang mengetahui maklumat lanjut mengenai kewujudan AL-HIN sebelum sejarah penciptaan manusia dapatlah kiranya berkongsi bersama-sama agar ia menjadi manfaat bersama.Sesungguhnya,ALLAH yg lebih mengetahui tiap urusan perkara ghaib itu dan sebagai hamba,kita perlu mengimani setiap perkara ghaib yang hanya tertakluk dibawah bidang kuasa ALLAH AZZAWAJALLA..

sumber asal : http://darulmanzil.blogspot.com/
Friday, November 19, 2010

salam aidil adha buat semua....(^-^)

IN THE NAME OF ALLAH..THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL..


Alhamdulillah..bersyukur kerana hingga ke hari ini..ALLAH masih meminjamkan kasih sayangNYA..untuk saya dan anda semua berada diatas muka bumiNYA..menelusuri jalan cintaNYA...mencari dan menegakkan kebenaran agamaNYA..dan sampaikanlah walaupun sepotong ayat dariku..mafhumnya itulah yg disabdakan RASULULLAH SAW..tidak banyak yg ingin saya titipkan dalam entri..dek kesibukan dalam persiapan menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung..rasanya..masih tidak terlalu lambat untuk mengucapkan salam aidil adha buat semua...(^-^) INSYAALLAH..


Ambillah sebanyak mungkin ibrah dari pengorbanan nabi ALLAH IBRAHIM yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail semata-mata menuruti perintah Allah dengan mengaplikasikan sepenuhnya didalam setiap bucu kehidupan kita..pengorbanan memang jelasnya satu kesakitan,tapi disitulah terletaknya sebuah keindahan dalam mencari suatu keredhaanNYA...insyaALLAH...(^_^)..SALAM AIDIL ADHA 1431H BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT TERUTAMANYA DARI KMP,USM DAN MRSM YANG TIDAK DAPAT PULANG BERHARI RAYA DAN YANG BERADA DIPERANTAUAN  DEMI SEBUAH PERJUANGAN MEMENUHI TUNTUTAN JIHADMU TERHADAP ILMU..semoga segalanya dipermudahkan ALLAH kelak...insyaALLAH...wanie sayang semua!!( ^_^ )....

specially to..ZUFAZLIN @ LIN and NUR AZLIN HAFIZAH MISNAN @ lyn...:)


Kau berjalan..dan aku turut berjalan…
masing-masing tetap sama dalam satu pendakian…
kau cari kejayaan,aku turut inginkan kenikmatan..
Bukankah kita sama-sama hidup untuk sebuah pencarian?



Aku merentas satu episod perjalanan
Kau  pula menghadapi perbagai liku halangan
Sesekali aku terdiam sendirian
Memerhati ujian ciptaan tuhan
Lantas ku sujud dengan penuh kesyukuran


Dunia kali ini tidak lagi milik kau dan aku.
Tapi milikannya hanya oleh DIA YG Satu
Kau daki sebuah kesusahan,
Demi satu harapan masa depan
Tidak sesekali ku terfikir rendahnya pendirianmu itu
Tapia apa aku rasakan biarlah pembaikian itu terus berlaku


Hari ini engkau dan aku
Mencari-cari satu sinar yg baru,
Bukan aku tidak mengerti kepayahanmu..
Namun ALLAH lebih mengetahui takdirmu 



Bergerak dalam medan tempur yg tidak asing bagi mujahid terdahulu
Harus kau kuatkan azammu demi cita yg Satu
Jangan lagi dibiar hidup itu terus berlalu,
Lantaran kesukaran yg terpaksa kau tempuh sekian masamu


Hari ini ALLAH tarbiyahkan buatmu
Untuk sesuatu yg bakal menyinari kehidupan itu,
Andai kau fikirkan lagi masa dahulu,
Nescaya kau masih terkebelakang dari mereka yang menindasmu,
Dahulu kau pernah tegar dgn katamu,
Tapi kau belum gentar melawan hatimu,
Kuatkan azam luruskan tekadmu,
Nescaya yang lebih baik pasti menantimu..







nukilan..durrahnur---

Saturday, November 13, 2010

SALAH KAU LA! AKU BETUL....


“Isk…sakit hati!geram…”
Apesal sume aku buat xnak jalan…ade je xkena,knpa?

“Adui…knpa tuhan salu uji aku mcm ni….orang lain idup sng je”

Semua orang memberontak,semua orang tertanya-tanya.Ada kalanya,kita berfikir mengalahkan dari hak tuhan yang mencipta,semua nak baik..semua nak cantik je.Pendek kata,sempurna lengkap serba serbi.Tapi pernah tidak kita fikir,layakkah aku untuk segala yang diberi?Allah lebih mengetahui…..

Orang dpt nikmat cemburu bersarang dalam diri,orang ditimpa musibah kita gelak-gelak seorang diri.Mana akhlaknya,mana bantuan yang sepatutnya? Paling kurang pun,sampaikanlah takziah bila sesuatu terjadi.Ni tidak,lagi kita bersuka-suka,seronok barangkali…..saudara hanya tinggal nama,kata ade ukhuwah,tapi bile musibah menimpa..semua pakat lari…mane pergi?Anda sendiri barangkali menggeleng kepala kan?

Sedangkan,Rasulullah dahulu lebih memilih kesenangan orang lain dengan mengorbankan keperluan diri,apalagi keluarganya.Tapi kita kini?Pantang ditegur, cari keburukan orang sana-sana.Asal kebaikan terlontar terus dicaci maki,memandang teman hanya bila mereka sudi.Bila susah semua larikan diri.Hai,pelik-pelik dunia hari ni…..

Habis tu,apa yang xkena lagi?Meh kita cek  dari mana permulaaannya harus terjadi..

Ubah diri ke ubah keadaan?



Ketetapan hukum kawniyyah sentiasa bergerak seiring dengan syariyyah..Tapi hari ni,kita lupa mungkin atau tidak menyedari…Tapi inilah mase memperbaiki kembali.Kawniyahhnya terjadi dengan segala ketetapan yang bergerak sama dengan keadaan.Pendek kata,segala mengikut sunnatullah.Orang putih cakap,LAW OF NATURE.Dari segi syariyyah pula,bagaimana kita menyelarikan sesuatu tindakan yang kita ambil selari dengan apa yang dilarang dan ape yang diperintahkan..

Selalunya bila sesuatu terjadi,kerapkali kita senang sangat nak salahkan keadaan berbanding diri sendiri.

”ala..semalam sejuk sangat la..itu yang terlepas subuh,Bukan salah aku”

Namun pelajaran pertama disini,mana mungkin sesuatu terjadi kalau xde sebab dan akibat?Sepertimana naiknya matahari disiang hari menandakan bumi sedang berputar PADA PAKSINYA SENDIRI ,disitulah terdapat sebab dan akibat kenapa matahari itu terbit semasa pagi.Mungkin kita kurang faham konsep ni,sedangkan sesuatu yang terjadi ade sebab penyebabnya.dan mana mungkin kita ubah sesuatu kepada lebih baik kalau kita xubah keadaan dalam(diri) untuk mengubah keadaan luaran yang lahiri kan?

Mana mungkin seseorang tiba-tiba sedih tanpa ada sesuatu yang menyebabkan kesedihannnya?

Mana mungkin seseorang gembira tanpa sesuatu yang menggembirakannya kan?


Sunnatullah begitu.disitulah segalanya terjadi.Maka ubahlah sesuatu dari diri sendiri agar yang dicari bakal mendatangkan kebaikan tanpa kita runguti.

AKIBAT BURUK TERJADI = X MELIHAT SEBAB TERJADI

X LIHAT SEBAB= XAKUI SLH SENDIRI= EGO (DLM DIRI)--->TERUS SALAHKAN SESUATU 

EGOISTIK!

Manusia memang ada sifat egonya,tapi sejauh mana kita tafsirkan,berbeza mengikut pendapat masing-masing.Namun mana mungkin kita menemui sesuatu setelah kita mencari sesuatu,kan?
Peringkat kedua mengubah sesuatu,setelah mengakui kesalahan diri,kita buang sifat ego yg bersarang.Ego mungkin boleh jadi sesuatu yang dilihat negatif,tp yang lebih pentingnya menjadikan hati itu rendah diri.Bukan rendah diri,tapi kayakan hati dengan merendah diri. Tapi apa pula ego yang dimaksudkan disini?

Ego  = tidak mengakui sesuatu perkara terjadi ada “penyebab-penyebab” utk sesuatu yg tidak kena itu.



Selalu kita dengar cakap-cakap begini,

“Saya da cuba da,tapi ade je xkena.Semua xnak menjadi ”
“Bukan saya yg bagi dia jadi mcm tu,dia yang pilih sendiri…”

Tapi kita kena sedar sesuatu xkan terjadi tanpa ada permulaan dan penyebabnya.Berbalik juga kpd diri sendiri,maka akuilah diri yang lemah dan sentiasa berkeluh kesah,kita ini hanya milikNYA.

“ Sesungguhnya manusia itu dijadikan dengan tabiat berkeluh kesah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan,dia sgt resah gelisah;Dan apabila ia beroleh kesenangan ,ia sangat bakhil kedekut.Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang ; iaitu mereka tetap mengerjakan sembahyang” (AL-MAARIJ ayat 19-23)

Kehidupan itu perubahan yang berterusan!

kehidupan yang terus berubah umpama jalan yang bersimpang siur dan banyak cabangnya..

Mengubah dan berubah!Segalanya telah ditunjukkan,ada dalam panduan Kitab MANUAL kita,yang tinggal untuk melestari dan terus mengaplikasikannya,hanya kita.Cuba hampiri,cuba dekati,cuba selami..sesuatu itu bakal membawa kebaikan andai kita faham konsep sunnatullah dan percaturan ALAM ini.
Mana mungkin sesuatu yg besar terjadi tanpa tergetusnya sesuatu yang kecil.Perumpaannya seperti manusia yang sedang berjalan.

Seseorang tidak akan terjatuh andai terlanggar batuan yang besar dan berat kerana jelasnya kita lihat benda berkenaan dan mampu mengambil tindakan,dengan mengelakkan daripada melanggarnya.

Namun,kita mungkin sahaja terjatuh apabila tersepak batuan-batuan kecil dijalanan,dek keterbatasan pandangan dalam perjalanan yang dilalui tadi.

Penambahbaikan masa depan = kesedaran masa kini

Biarlah sedikit sesuatu tindakan dimulakan berperingkat-peringkat namun impaknya membawa kesenangan yang ALLAH redhai.

Bila lampu merah,kita berhenti!
Bila lampu hijau,kita teruskan perjalanan..
Bila lampu kuning,kita siap-siap untuk berhenti,tapi ade je  yang cuba jalan..

Tapi pernah x kita tanya kembali;

Kenapa bila lampu merah je,kita berhenti..bukan  lampu kelabu yang kita berhenti?
Kenapa bila lampu hijau je,kita boleh jalan.Lampu biru xboleh jalan ke?
Kenapa lampu kuning,kita siap2 berhenti,tapi kita xterus jalan?


Sebabnya,setiap perkara ada undang-undangnya,setiap kejadian ada sebabnya.Dan semua ini bergerak dalam lingkungan sunnatullah yang ALLAH ciptakan.berhak ke kita tanya lagi kenapa mesti kita laksanakan satu anjakan supaya ade perubahan untuk sesuatu keadaan?berhentilah salahkan orang lain,sebab sesuatu xmungkin berlaku tanpa ade asbab-asbabnya…mulakan sedikit demi sedikit,buahnya bakal dituai kemudian..

Hakikat kehidupan adalah satu perubahan berterusan….Dan sukarnya kita adalah semasa menyesuaikan diri dengan setiap liku-liku hidup yang berubah dan bukanlah dengan cabarannya semasa cuba mengawal keadaan itu.maka,fahamilah keadaan ini dahulu…wallahualam..

nukilan: DURRAHNUR..(bru selesai menelaah sedikit..huhu)






Sunday, November 7, 2010

suara suatu kemudi...


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH yang MAHA MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN DALAM SETIAP PERCATURANNYA..pagi ini, saya sedikit sayu mengingatkan abah dan mama dirumah..terasa macam lamanya xpulang..namun saya gagahkan juga untuk menulis mudah-mudahan ia menjadi manfaat untuk saya dimasa depan.Ya! pagi ini..hati saya sgt senang untuk menulis..terasa damai setelah saya selak2 sedikit bahan studi untuk ditelaah..

Suatu ketika,si ayah duduk menghampiri anaknya yang leka bermain dengan anak patungnya,dilihat tenang saja..Penuh bahagia rasanya..sementara yang seorang lagi anaknya,sibuk dengan barang permainannya sendiri..



“Along,nanti dah besar..kita xboleh duduk sini da tau..”,pancing  sang ayah.

Si anak perempuan menoleh;      
       
“kenapa pulak? ni kan rumah Along,adik,abah dgn mama..Kan?mesti boleh duduk lama,nanti kalau xduduk sini,kita nak duduk mana?Along nak kawan dengan siapa?”,ujar si kecil 4 tahun itu,petah katanya.Dia pula meneruskan permainannya bersama anak patung Barbie yang baru dibeli semalam.

“Rumah besar utk along, along xkan xnak pindah rumah besar kan,nanti lagi boleh dapat ramai kawan,lagi  cantik tempatnya”,pandai pula si ayah memujuk.Tersenyum saja dilihatnya.Si ibu,hanya tersipu-sipu disebelah ayahnya.

“xnak,xnak !along nak duduk sini jugak,mana ade orang boleh halau..ni rumah along,along nak duduk sini jugak!” jawab si kanak-kanak kecil itu kembali.Keras,langsung xmahu berkompromi.Mukanya ditarik masam perlahan-lahan.

“Along2...tempat tu lawa,cantik..Bidadari kecil macam along,kena duduk tempat mcm tula.Nanti,mcm2 along boleh dapat,along nak apa..sebut aje..Along nak buah,petik jari semua dtg,along nak mainan,bukan satu tapi byk yang dpt,best tau!”sebut ayah,jelas dan teratur.
Senyuman xlekang dibibirnya.Namun fahaman itu mungkin hanya jelas bagi yang memahami maksudnya,sedang anak kecil itu entah paham atau masih kekaburan dalam bayang-bayang kehidupannya.

“eh,ade ke tempat macam tu,mintak semua saje da dapat..waa..seronoknya..tapi kat mana ,boleh ke along pergi tempat mcm tu dgn ayah,ibu?”,muka yang mulai masam tersenyum girang,dan anak kecil itu kembali merapati ibu dan ayahnya.Provokasi itu kian menjadi!

“Syurga anakku..”,ujarku si ayah sambil mencium ubun-ubun anaknya.

“Syurga tu apa ayah?Ade kat sini ke?Bile kita nak pergi?Nak ikut…” girangnya si anak terus bertanya,ibu disisi pula makin tersenyum bahagia.



Anaknya telah masuk perangkap barangkali.Untuk satu tarbiyah yang bakal terlaksana dari ungkapan seorang ayah sedangkan si kecil itu sgt sukar sekali didekatinya berbanding si adik yang sedang leka bermain.Dari situ,bermula episod penceritaan kehidupan.Ayah bercerita tanpa henti,dan si along dan adik petah dengan pertanyaan.Macam-macam yang ditanyanya.Pening kepala si ayah melayannya,kejap geleng kejap angguk,tapi masih tersenyum.Bahagia mungkin.Dan setiap kali si kecil itu hendak ditidurkan,dirinya didengarkan dengan  pelbagai kisah agar kanak-kanak perempuan kecil itu mengerti soal sirah dan ibrah suatu kehidupan.

Dush!!bukuku terjatuh dari meja studi,hilang segala lamunan.

Mengerti soal kehidupan

Allah SWT tidak mengutuskan seorang manusia hanya untuk menjadi pelakon diatas suatu pentas,tidak juga sebagai pengembala yang leka dengan kambing-kambing tapi kita berada diatas dunia dengan suatu kewajipan yang pasti ditanya!Dan kita sendiri yang terlibat untuk memilih dan menentukan jalan-jalan dan corak pendakian satu kehidupan.Allah telah berfirman yang maksudnya:

"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami,  nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69) 

“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.(As-sajadah Ayat 12)

Setiap orang memiliki corak lukisan yang berbeza diatas kanvas yang kita cuba corakkan.Saya tertanya-tanya,kenapa dari dulu sampai sekarang,orang sibuk tanya apa matlamat ,apa wawasan dalam hidup.hampir setiap modul motivasi yang pernah saya ikuti bertanya mengenainya,saya bosan!Kenapa perlu ada?Memang dulu saya amat bosan dengan apa yang ditanya,kerana pada saya kita bawa hidup kita,kita lagi tahu mengenainya.Plan dan tindakan,bergerak serentak !Saya cuba membuat formula sendiri,xjuga pasti ada halatuju atau tidak ,tapi akhirnya saya akur,percaturan hidup itu suatu amanah.Dan ada kepentingannya menetapkan matlamat.


Seperti kita digelanggang futsal yang sentiasa ada aim target untuk mncri gol kemenangan.Dan hidup untuk satu ketetapan,bagaimana?Kita bukan hidup untuk kejar dunia,tapi kita hidup untuk kejar dunia dan akhirat,sekaligus untuk mencari bahan persembahan yang nak dibawa kemuka pengadilanNya.Benarkan?semua orang akan kata begitu..Soal hidup mmg perlukan matlamat. Tapi sejauh manakah kita akan terus sedia mengemudi?Everything just begin in mind!


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Masih saya teringat ketika abah menceritakan kepayahannya belajar dan menyara kehidupannya satu masa dulu,ketika itu saya masih kecil dalam lingkungan 8 tahun.Kanak-kanak hingusan yang jelas xtahu apa-apa.Abah mungkin bukan orang yang senang,tapi ketabahannya mengharung hidup sangat saya kagumi.Dia hidup dengan anjakan paradigma dengan apa yang difikirkannya,sehinggakan atuk saya pernah hendak menghalaunya kerana kedegilannya untuk menyambung pelajaran selesai SRP.

Ya,dia ternyata bukan dari kalangan  orang yang senang,adik-adik yang ramai dibawahnya tidak memungkinkan dia mendapat pelajaran yang tinggi sehingga ke universiti.Namun,abah gagahkan jua dan dia buktikan,dia mampu berjaya walau hanya bersekolah 100 hari dalam setahun dan keputusannya antara yang terbaik disekolahnya dulu biarpun hanya mengulangkaji didenai dusun orang bertemankan pelita minyak tanah dan gigitan serangga liar. Sebab itu,dialah punca motivasi saya.ketika itu, dia menitiskan airmata sewaktu menceritakannya kerana mahu turut melihat kejayaan anak-anaknya dalam dimensi yang berbeza.Kerana apa abah lakukannya,kerana satu matlamat utk tangguhjawab yang digalasnya. Abahku…kau inspirasiku!



Bear in mind!

Saya cuba melangkah setapak dan setapak..alhamdulillah..segalanya dimudahkan hingga kini.Sampai sekarang saya berusaha mencari satu puncak, puncak yang tinggi hendak didaki,hati sendiri masih tercari-cari.Saya ada kat mana ni?saya mula mendongak ke langit  mencari satu pengertian hidup.

“Berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemuadian”

Teringat sy satu pesanannya ,

“utk sng 20 tahun akan dtg,korbankan sedikit 2-3 tahun skrg,utk susa 2-3 tahun akan dtg dan mungkin selamanya,silalah nikmati masa sekarang.Ya tidak sng utk senang,tp mmg senang khidupan andai dikorbankan dahulu apa yang mahu dinikmati demi sebuah visi”

Dalam maksudnya,itu yang saya renungkan tiap sesuatu yg sy lakukan.Mgkin itu formula mereka yg Berjaya menempuh kejayaan,kita pula?sanggupkah gadaikan?berbaloi atau tidak suatu pengorbanan,ikhlaskan hanya pada DIA. DIA Maha Mendengar tiap-tiap apa yang kamu suarakan,lg rintihkan!~

 fokus itu kesinambungan suatu keazaman mengemudi kehidupan.

jangan ditafsir suatu kekesalan,tapi tafsirlah kembara kehidupan


perjuangan ini masih belum lagi selesai......

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Saidina umar al-khattab



Friday, October 29, 2010

benarkah kau mencintaiKU.??


pagi itu..buatku......



"Suatu pagi aku terbangun dan
berpeluang melihat mentari terbit.
Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah
memaang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati.
Aku puji Tuhan atas segala keindahan
yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan
terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu
mencintai aku. Aku menjawab, Sudah
tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak
mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya
lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencintaiKu.
Aku tergamam seketika. Aku lihat
tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil
aku lakukan tanpa anggotaku ini yang
selama ini tidak kusedari
kepentingannya. Kemudian aku jawab,
Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan
tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu
ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana
mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku
lihat? Kemudian aku berfikir...ramai
orang yang ditakdirkan buta di dunia
ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat
sukar bagiku membayangkan keadaanku
yang sedemikian rupa, namun begitu aku
akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia
bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan
pekak, adakah kamu akan tetap mendengar
kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin
bagiku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar bahawa mendengar
itu tidak semestinya menggunakan
telinga;
tetapi menggunakan hati. Aku jawab,
Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia
menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus
memujiKu. Aku tertanya lagi,
bagaimana aku boleh memuji tanpa suara.
Aku terfikir kemudian yang Allah mahu
kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa
kita; tidak penting bagaimanakah
bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku
tidak mampu untuk membunyikan pujian
bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu. Dan... Dia terus bertanya
lagi, Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan
penuh keberanian. Aku jawab dengan
yakin, Ya, benar
Tuhanku. Aku menyintaimu kerana
Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan
Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku
tadi sudah cukup bagus untuk menjawab
soalanNya tadi, tetapi Dia terus
bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa
kamu
masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana
aku cuma manusia bisa yang selalu
lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan
maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika
kamu senang dan gembira...kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu?
Dan Kenapa ketika kamu susah dan
mahukan bantuan. Kamu terus ingat
kepada aku; kamu datang dekat dan
merayu kepada aku. Aku tidak mampu
berkata-kata. Yang kusedari...titisan
panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat
begini...kadang-kadang sujud
menyembahKu, dan kemudian
membelakangiKu; tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu
hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa
kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak
setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas
mengalir deras membasahi pipiku tanpa
henti. Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan
suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi
kamu adukan kepada yang lain sedang aku
sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat
alasan ketika aku memberi peluang untuk
berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi
bibirku untuk mengucapkan patah-patah
perkataan bagi menjawab segala soalan
yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai
jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.
Lidahku yang selama ini lancar berkata-
kata, kini kelu. Otakku ligat mencari
jawapan... atau alasan... namun tiada
apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan
sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam
dirimu keistimewaan dan kelebihan
berbanding orang lain untuk kamu
berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap
berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan
kepadamu kata-kataKu sebagai panduan
kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari
atau
menghayatinya. Acap kali aku berkata-
kata kepadamu, tetapi kamu berpaling
daripada melihatnya. Aku turunkan
kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya
ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan
semuanya telah aku perkenankan dengan
pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini...
adakah kamu menyintaiKu. Aku tidak
mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan
ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan
selama ini. Aku tidak lagi punya alasan
bagi menyelamatkan diriku. Apa yang
boleh aku jawab bagi persoalan itu?
Ketika hatiku berteriak menangis, dan
bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah
pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku...
ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak
layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku
pengampun...barangsiapa yang memohon
keampunan dariKu, nescaya aku
ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu
wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya,
Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan
kesalahan berulangkali dan memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu
sekalikah cintaMu terhadapku? Dia
menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu.
Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan
bersimpati kepadamu dan mendengar
segala rintihanmu. Apabila kamu
melonjak kegirangan aku akan turut
gembira dengan kegembiraanmu. Apabila
kamu berasa gundah dan kesepian. Aku
akan memberikanmu semangat. Apabila
kamu jatuh aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu
keletihan aku akan membantumu. Aku akan
tetap bersama-samamu hinggalah ke hari
yang akhir dan aku akan menyayangimu
selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah
menangis sebegini. Aku sendiri tidak
mengerti Kenapa hatiku ini begitu
keras; tidak mampu menangis menyesali
segala dosaku selama ini. Dan..buat
kali pertamanya dalam hidupku ini...
aku benar-benar solat dalam ertikata
yang sebenar.

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers