Pages

Saturday, April 9, 2011

back to basic!


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL..



Assalamualaikum pemula bicara kepada rakan-rakan bloggers yang sudi berkunjung.Alhamdulillah,melewati lewat dua minggu kebelakangan ini, biarpun dihimpit dan hampir tersesak rasanya menghadapi sesi test yang berturut-turut serta lambakan assignment yang kunjung tiba di penghabisan semester,saya akhirnya lega…kerana akhirnya segalanya berjaya ditempuh dengan lancar biarpun permulaannya hati ini mula goyah terhadapa ketidakmampuan diri menghadapinya.

Sungguh,benarlah apa yang sentiasa dinasihatkan pada diri ini..buat sesuatu kerana ikhlas untuk lakukan sesuatu,barulah buah-buah kemanisannya muncul di saat kita rasakan kepahitan yang terpaksa ditelan.Keterpaksaan hanya menjadi racun di dalam kemanisan amalan apatah lagi ibadah harian.Sungguh, saya rasakan ia ibarat PANADOL actiFAST yang melegakan.Semestinya,meletakkan keikhlasan di dalam sesuatu tugasan atau apa sahaja tanggungjawab yang dipegang..kemestian yang utama yang sering diingatkan kepada saya sejak kecil.Mudah-mudahan hati-hati kita mampu berterusan istiqamah menilai dan memuhasabah kembali setiap tindakan,kerana yang diharapkan hanya RedhaNYa..

Bermuhasabah membawa kepada pintu-pintu pembersihan serta penyucian hati yang sentiasa ragu-ragu apalagi syak-wasangka terhadap setiap perkara.Hati satu subjektif yang terlalu kompleks untuk dihurai apatah lagi diselami orang lain,jadi dengan sekeping hati inilah,hanya diri sendiri yang mampu memberi penilaian dan bermuhasabah dengan tindakan yang diambil sehari-hari samada ia baik atau sebaliknya kerana hanya ROHANI yang mengenal JASMANI.

Rohani itu suis kepada diri,diri ibarat robot yang dikawal dan terkawal dengan peranan hati.Siapa diri kita terpamer dengan  bagaimana hati kita yang mengawal. Dan hati yang mengawal itu perlulah pula lengkap dengan perisai CLOROX dan DOWNY. Clorox merebahkan benteng-benteng mazmumah di dalam diri,manakala DOWNY mengisinya dengan wangian pancaran mahmudah yang menyucikan hati dari segala prasangka dan buruk cela sifat manusia yang jauh dari fitrah asalnya.Disinilah mekanisma Al-Takhalli( penyingkiran aspek mazmumah-diibaratkan dgn tindakan Clorox) dan Al-Tahalli(pengukuhan diri dengan aspek mahmudah-diibaratkan dengan tindakan Downy) memainkan peranannya, tapi bagaimanakah langkah permulaan yang mungkin boleh disarankan?

Seorang cucu bertanya kepada datuknya;

“ wahai datukku,kenapakah engkau tetap membaca Al-Quran ini sedangkan maksudnya tetap tidak juga engkau fahami?”

 “sekarang pergilah engkau mencari sebuah bakul rotan  yang telah usang  dan ambillah sebanyak mungkin air sungai di hadapan ini menggunakan bakul itu dan bawakan kesini”,Dengan pantas datuknya membalas. 

“Baiklah,saya akan kembali.”

Namun apa yang terjadi,setiap kali bakul itu cuba diisi dengan air sehingga penuh,airnya melimpah keluar dengan lajunya dan hanya pasir yang terkaut bersama. Sang cucu mencubanya berkali-kali namun hasilnya tetap hampa Lantas,dia kembali kepada datuknya.

“wahai datukku,hanya inilah pasir inilah yang mampu dikautku saat ini sedangkan mencubanya berkali-kali”kata sang cucu

“Tahukah kamu mengapa?”tanya datuknya.

Sambil menggeleng,sang cucu menunjukkan muka tidak berpuas hati.

“itulah yang aku ibaratkan apabila engkau tanya aku mengapakan aku berulang kali membaca Al-Quran,Engakau  cuba mengambil air tadi dengan bersungguh-sungguh menggunakan bakul rotan yang usang itu dan asalnya kotor.Berkali-kali kamu cuba menakung air didalamnya,hanya pasir yang dapat dikaut.Tapi tidakkah kamu menyedari,akhirnya bakul yang usang dan kotor itu akhirnya bertukar menjadi bersih sekali kini dan kelihatan seolah-olah masih baru?begitulah diriku dan apa yang aku bacakan sehari-hari.Sungguhpun aku tidak memahaminya,Al-Quran itu tetap membersihkan hatiku,aku lebih tenang dengannya.Kitab itulah pembersih jiwa cucuku..”

Jadi, mengapa perlu bersusah payah sedangkan ada panduan yang terpapar telah terbentang luas dihadapan kita berabad lamanya?Sendiri beralasan ataupun tidak mahu?Hanya diri sendiri yang tahu,dekatkanlah dirimu dengan Al-Quran..nescaya dirimu selamat dengan perlindunganNya.INSYAALLAH..Hayati dan selamilah peringatan YANG MAHA ESA…

"...dan sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran itu untuk diingati,maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran."(surah al-Qamar:17)






0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers