Pages

Friday, April 15, 2011

"perangkap jejaka kristian utk mnyesatkn wanita Islam"



Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara. Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Petikan : Pesatuan Pengguna Islam Malaysia
Wednesday, April 13, 2011

la tahzan..


thabatkan hati!pinta padaNya agar Allah memberikan yang terbaik....la tahzan wanie!
                                                          ..innallah ha maanna...

-Win as a mujahidah or die as syahidah!-
 
Saturday, April 9, 2011

terkedu tanpa kata...bersyukurlah seadanya...





Perkahwinan itu telah berjalan selama empat (4) tahun, namun pasangan suami isteri itu belum dikurniai seorang anak. Dan mulailah kanan kiri berbisik-bisik: “kenapa belum punya anak juga ya, masalahnya di siapa? Suaminya atau isterinya ya?”. Dari berbisik-bisik, akhirnya menjadi berita.

Tanpa sepengetahuan siapa pun, suami isteri itu pergi ke salah seorang doktor untuk konsultasi, dan melakukan pemeriksaaan. Hasil lab mengatakan bahwa sang isteri adalah seorang wanita yang mandul, sementara sang suami tidak ada masalah apa pun dan tidak ada harapan bagi sang isteri untuk sembuh dalam erti tidak peluang baginya untuk hamil dan mempunyai anak.

Melihat hasil seperti itu, sang suami mengucapkan: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, lalu menyambungnya dengan ucapan: Alhamdulillah…

Sang suami seorang diri memasuki ruang doktor dengan membawa hasil lab dan sama sekali tidak memberitahu isterinya dan membiarkan sang isteri menunggu di ruang tunggu perempuan yang terpisah dari kaum lelaki.

Sang suami berkata kepada sang doktor: “Saya akan panggil isteri saya untuk masuk ruangan, akan tetapi, tolong, nanti anda jelaskan kepada isteri saya bahwa masalahnya ada di saya, sementara dia tidak ada masalah apa-apa.

Sang doktor menolak dan menjadi hairan. Akan tetapi sang suami terus memaksa sang doktor, akhirnya sang doktor setuju untuk mengatakan kepada sang isteri bahawa masalah datang padanya sang suami dan bukan ada pada sang isteri.

Sang suami memanggil sang isteri yang telah lama  menunggunya, dan tampak pada wajahnya kesedihan dan kemuraman. Lalu bersama sang isteri ia memasuki ruang doktor. Maka sang doktor membuka sampul surat hasil lab, lalu membaca dan mentelaahnya, dan kemudian ia berkata: “… Oooh, kamu –wahai fulan- yang mandul, sementara isterimu tidak ada masalah, dan tidak ada harapan bagimu untuk sembuh.

Mendengar pengumuman sang doktor, sang suami berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, dan terlihat pada raut wajahnya wajah seseorang yang menyerah kepada qadha dan qadar Allah SWT.

Lalu pasangan suami isteri itu pulang ke rumahnya, dan secara perlahan namun pasti, tersebarlah berita tentang rahsia tersebut ke para tetangga, kerabat dan sanak saudara

Lima (5) tahun berlalu dari peristiwa tersebut dan sepasang suami isteri bersabar, sampai akhirnya datanglah detik-detik yang sangat menegangkan, di mana sang isteri berkata kepada suaminya: “Wahai fulan, saya telah bersabar selama sembilan (9) tahun, saya tahan-tahan untuk bersabar dan tidak meminta cerai darimu, dan selama ini semua orang berkata:” betapa baik dan soleh-nya sang isteri itu yang terus setia mendampingi suaminya selama sembilan tahun, padahal dia tahu kalau dari suaminya, ia tidak akan memperoleh keturunan”. Namun, sekarang rasanya saya sudah tidak bisa bersabar lagi, saya ingin agar engkau segera menceraikan saya, agar saya bisa menikah dengan lelaki lain dan mempunyai keturunan darinya, sehingga saya bisa melihat anak-anakku, menimangnya dan mengasuhnya.

Mendengar emosi sang isteri yang memuncak, sang suami berkata: “isteriku, ini cubaan dari Allah SWT, kita mesti bersabar, kita mesti …, mesti … dan mesti …”. Singkatnya, bagi sang isteri, suaminya malah berceramah di hadapannya.

Akhirnya sang isteri berkata: “OK, saya akan tahan kesabaranku satu tahun lagi, ingat, hanya satu tahun, tidak lebih”. Sang suami setuju, dan dalam dirinya, dipenuhi harapan besar, semoga Allah SWT memberi jalan keluar yang terbaik bagi keduanya.

Beberapa hari kemudian, tiba-tiba sang isteri jatuh sakit, dan hasil lab mengatakan bahwa sang isteri mengalami kegagalan ginjal. Mendengar keterangan tersebut, jatuhnya psikologi sang isteri, dan mulailah memuncak emosinya. Ia berkata kepada suaminya: “Semua ini gara-gara kamu, selama ini aku menahan kesabaranku, dan jadilah sekarang aku seperti ini, kenapa selama ini kamu tidak segera menceraikan saya, saya kan ingin punya anak, saya ingin mengendong dan menimang bayi, saya kan … saya kan …”. Sang isteri pun tertidurlah di rumah sakit.

Di saat yang genting itu, tiba-tiba suaminya berkata: “Maaf, saya ada tugas keluar negeri, dan saya berharap semoga engkau baik-baik saja”. “Hah, pergi?”. Kata sang istri. “Ya, saya akan pergi kerana tugas dan sekali gus mencari penderma ginjal, semoga dapat”. Kata sang suami.

Sehari sebelum operasi, datanglah sang penderma ke tempat pembaringan sang isteri. Maka disepakatilah bahawa esok akan dilakukan operasi pemasangan ginjal dari sang penderma.
Saat itu sang isteri teringat suaminya yang pergi, ia berkata dalam dirinya: “Suami apa dia itu, isterinya operasi, eh dia malah pergi meninggalkan diriku terkapar dalam ruang bedah operasi”.

Operasi berhasil dengan sangat baik. Setelah satu masa, suaminya datang, dan tampaklah pada wajahnya tanda-tanda orang yang kelelahan.

Ketahuilah bahawa sang penderma itu tidak ada lain orang melainkan sang suami itu sendiri. Ya, suaminya telah menghibahkan satu ginjalnya untuk isterinya, tanpa sepengetahuan sang isteri, tetangga dan siapa pun selain doktor yang dipesannya agar menutup rapat rahsia tersebut.

Dan subhanallah …

Setelah Sembilan (9) bulan dari operasi itu, sang isteri melahirkan anak. Maka bergembiralah suami isteri tersebut, keluarga besar dan para tetangga.

Suasana rumah tangga kembali normal, dan sang suami telah menyelesaikan studi S2 dan S3-nya di sebuah fakulti syari’ah dan telah bekerja sebagai seorang hakim di sebuah pengadilan di Jeddah. Ia pun telah menyelesaikan hafalan Al-Qur’an dan mendapatkan sanad dengan riwayat Hafs, dari ‘Ashim.

Pada suatu hari, sang suami ada tugas dinas jauh, dan ia lupa menyimpan buku hariannya dari atas meja, buku harian yang selama ini ia sembunyikan. Dan tanpa sengaja, sang isteri mendapatkan buku harian tersebut, membuka-bukanya dan membacanya.

Hampir saja ia terjatuh pengsan saat menemukan rahsia tentang diri dan rumah tangganya. Ia menangis meraung-raung. Setelah agak reda, ia menelefon suaminya, dan menangis sejadi-jadinya, ia berkali-kali mengulang permohonan maaf dari suaminya.  Sang suami hanya dapat membalas suara telefon isterinya dengan menangis pula.

Dan setelah peristiwa tersebut, selama tiga bulan, sang isteri tidak berani menatap wajah suaminya. Jika ada keperluan, ia berbicara dengan menundukkan mukanya, tidak ada kekuatan untuk memandangnya sama sekali.

(Diterjemahkan dari kisah yang dituturkan oleh teman tokoh cerita ini, yang kemudian ia tulis dalam email dan disebarkan kepada kawan-kawannya)

dan diterjemahkan pula oleh saya dalam bahasa melayu yang mudah difahami. Subhanallah, semoga aku dapat menjadi suami seperti dia. 

p/s: dishare dari blog the kakaroct

back to basic!


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL..



Assalamualaikum pemula bicara kepada rakan-rakan bloggers yang sudi berkunjung.Alhamdulillah,melewati lewat dua minggu kebelakangan ini, biarpun dihimpit dan hampir tersesak rasanya menghadapi sesi test yang berturut-turut serta lambakan assignment yang kunjung tiba di penghabisan semester,saya akhirnya lega…kerana akhirnya segalanya berjaya ditempuh dengan lancar biarpun permulaannya hati ini mula goyah terhadapa ketidakmampuan diri menghadapinya.

Sungguh,benarlah apa yang sentiasa dinasihatkan pada diri ini..buat sesuatu kerana ikhlas untuk lakukan sesuatu,barulah buah-buah kemanisannya muncul di saat kita rasakan kepahitan yang terpaksa ditelan.Keterpaksaan hanya menjadi racun di dalam kemanisan amalan apatah lagi ibadah harian.Sungguh, saya rasakan ia ibarat PANADOL actiFAST yang melegakan.Semestinya,meletakkan keikhlasan di dalam sesuatu tugasan atau apa sahaja tanggungjawab yang dipegang..kemestian yang utama yang sering diingatkan kepada saya sejak kecil.Mudah-mudahan hati-hati kita mampu berterusan istiqamah menilai dan memuhasabah kembali setiap tindakan,kerana yang diharapkan hanya RedhaNYa..

Bermuhasabah membawa kepada pintu-pintu pembersihan serta penyucian hati yang sentiasa ragu-ragu apalagi syak-wasangka terhadap setiap perkara.Hati satu subjektif yang terlalu kompleks untuk dihurai apatah lagi diselami orang lain,jadi dengan sekeping hati inilah,hanya diri sendiri yang mampu memberi penilaian dan bermuhasabah dengan tindakan yang diambil sehari-hari samada ia baik atau sebaliknya kerana hanya ROHANI yang mengenal JASMANI.

Rohani itu suis kepada diri,diri ibarat robot yang dikawal dan terkawal dengan peranan hati.Siapa diri kita terpamer dengan  bagaimana hati kita yang mengawal. Dan hati yang mengawal itu perlulah pula lengkap dengan perisai CLOROX dan DOWNY. Clorox merebahkan benteng-benteng mazmumah di dalam diri,manakala DOWNY mengisinya dengan wangian pancaran mahmudah yang menyucikan hati dari segala prasangka dan buruk cela sifat manusia yang jauh dari fitrah asalnya.Disinilah mekanisma Al-Takhalli( penyingkiran aspek mazmumah-diibaratkan dgn tindakan Clorox) dan Al-Tahalli(pengukuhan diri dengan aspek mahmudah-diibaratkan dengan tindakan Downy) memainkan peranannya, tapi bagaimanakah langkah permulaan yang mungkin boleh disarankan?

Seorang cucu bertanya kepada datuknya;

“ wahai datukku,kenapakah engkau tetap membaca Al-Quran ini sedangkan maksudnya tetap tidak juga engkau fahami?”

 “sekarang pergilah engkau mencari sebuah bakul rotan  yang telah usang  dan ambillah sebanyak mungkin air sungai di hadapan ini menggunakan bakul itu dan bawakan kesini”,Dengan pantas datuknya membalas. 

“Baiklah,saya akan kembali.”

Namun apa yang terjadi,setiap kali bakul itu cuba diisi dengan air sehingga penuh,airnya melimpah keluar dengan lajunya dan hanya pasir yang terkaut bersama. Sang cucu mencubanya berkali-kali namun hasilnya tetap hampa Lantas,dia kembali kepada datuknya.

“wahai datukku,hanya inilah pasir inilah yang mampu dikautku saat ini sedangkan mencubanya berkali-kali”kata sang cucu

“Tahukah kamu mengapa?”tanya datuknya.

Sambil menggeleng,sang cucu menunjukkan muka tidak berpuas hati.

“itulah yang aku ibaratkan apabila engkau tanya aku mengapakan aku berulang kali membaca Al-Quran,Engakau  cuba mengambil air tadi dengan bersungguh-sungguh menggunakan bakul rotan yang usang itu dan asalnya kotor.Berkali-kali kamu cuba menakung air didalamnya,hanya pasir yang dapat dikaut.Tapi tidakkah kamu menyedari,akhirnya bakul yang usang dan kotor itu akhirnya bertukar menjadi bersih sekali kini dan kelihatan seolah-olah masih baru?begitulah diriku dan apa yang aku bacakan sehari-hari.Sungguhpun aku tidak memahaminya,Al-Quran itu tetap membersihkan hatiku,aku lebih tenang dengannya.Kitab itulah pembersih jiwa cucuku..”

Jadi, mengapa perlu bersusah payah sedangkan ada panduan yang terpapar telah terbentang luas dihadapan kita berabad lamanya?Sendiri beralasan ataupun tidak mahu?Hanya diri sendiri yang tahu,dekatkanlah dirimu dengan Al-Quran..nescaya dirimu selamat dengan perlindunganNya.INSYAALLAH..Hayati dan selamilah peringatan YANG MAHA ESA…

"...dan sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran itu untuk diingati,maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran."(surah al-Qamar:17)






Monday, April 4, 2011

sanah helwah ummi!



In the name of ALLAH the MOST GRACIOUS and MERCIFUL

Alhamdulillah..tasmid hamdallah bergema memenuhi ruangan angkasa..kehidupan hari ini ibarat satu rahmat daripada yang MAHA  ESA..kerana DIA masih sudi meminjamkan kudrat dan daya bagi hamba-hambaNya ini mengisi dunia dengan kehidupan,menggerakkan hidup yang bersinar dengan penghayatan di bawah payungan tarbiyah yang tidak disangka-sangka .Entri kali ini tertulis  sekadar menyatakan rasa syukur dihati..mama yang disayangi,teman rapat,teman gurau senda dan pengesat airmata..(huhu..semestinya)..hari ini telah mencecah ke usia 49tahun. Syukur.alhamdulillah…MAMA…ade something hidden deep inside my heart…dengar na…

Buat mama,
anak kecilmu kini yang kian dewasa mendoakan...
Semoga panjang umur dan dikurniakan usia yang dirahmati Allah..
Dikurniakan anak-anak yang dengar kata(hik3…)

Dimudahkan urusan sepanjang hayat,

Dikurniakan anak-anak yang tidak mudah lupa diri..(insyaALLAh…^_^)

Diberikan kebahagian dunia akhirat bersama suami dan anak-anak tersayang(amin…)

Digandakan dengan rezeki yang diberkati,

Dan dikurnikan kelak menantu2,cucu-cicit yang comel loteh..dan teguh agama..(amin2…^_^)

Maaf ye mama..

kalau..anak-anakmu 3 0rang ini..

suke mengusik sehingga mama melompat marah..(ops!keja adik n kakak le tu..hee)

Salu bising-bising kt umah..

Salu gadoh-gadoh sesame sendiri(especially Pun ngan adik..kakak xmasuk campur..hee)

Salu sepahkan umah tanpa kompromi..(hik3…)

Dengan ini..saya selaku jeneral terbaik disisi abah yang merangkap pemegang mohor besar kerajaan BIDIN( name abah MOHD ROSLI BIN BIDIN..hee)..dengan ini,mengucapkan mewakili kedua-dua kapten rumah saya,MOHD SAIFUL AZUAN DAN NORIZZATI MOHD ROSLI…

SELAMAT ULANG TAHUN KE 49 MAMA!!

KAMI SAYANG MAMA…(^_^)

Semoga kebahagian yang hakiki milik MAMA yang dikasihi ini hingga ke syurga…amin…WE lUV U mama…

kami hari ini hasil tangan mama abah kami...

KASIH IBU HINGGA KE SYURGA..SAYANG ABAH PENGERAT SEGALANYA..SAYANG FAMILY SAYA…(^_^)

4.4.1962-4.4.2011

my lovely mama..
i luv u both!


Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers