Pages

Friday, October 29, 2010

benarkah kau mencintaiKU.??


pagi itu..buatku......



"Suatu pagi aku terbangun dan
berpeluang melihat mentari terbit.
Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah
memaang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati.
Aku puji Tuhan atas segala keindahan
yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan
terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu
mencintai aku. Aku menjawab, Sudah
tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak
mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya
lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencintaiKu.
Aku tergamam seketika. Aku lihat
tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil
aku lakukan tanpa anggotaku ini yang
selama ini tidak kusedari
kepentingannya. Kemudian aku jawab,
Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan
tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu
ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana
mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku
lihat? Kemudian aku berfikir...ramai
orang yang ditakdirkan buta di dunia
ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat
sukar bagiku membayangkan keadaanku
yang sedemikian rupa, namun begitu aku
akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia
bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan
pekak, adakah kamu akan tetap mendengar
kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin
bagiku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar bahawa mendengar
itu tidak semestinya menggunakan
telinga;
tetapi menggunakan hati. Aku jawab,
Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia
menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus
memujiKu. Aku tertanya lagi,
bagaimana aku boleh memuji tanpa suara.
Aku terfikir kemudian yang Allah mahu
kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa
kita; tidak penting bagaimanakah
bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku
tidak mampu untuk membunyikan pujian
bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu. Dan... Dia terus bertanya
lagi, Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan
penuh keberanian. Aku jawab dengan
yakin, Ya, benar
Tuhanku. Aku menyintaimu kerana
Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan
Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku
tadi sudah cukup bagus untuk menjawab
soalanNya tadi, tetapi Dia terus
bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa
kamu
masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana
aku cuma manusia bisa yang selalu
lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan
maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika
kamu senang dan gembira...kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu?
Dan Kenapa ketika kamu susah dan
mahukan bantuan. Kamu terus ingat
kepada aku; kamu datang dekat dan
merayu kepada aku. Aku tidak mampu
berkata-kata. Yang kusedari...titisan
panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat
begini...kadang-kadang sujud
menyembahKu, dan kemudian
membelakangiKu; tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu
hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa
kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak
setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas
mengalir deras membasahi pipiku tanpa
henti. Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan
suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi
kamu adukan kepada yang lain sedang aku
sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat
alasan ketika aku memberi peluang untuk
berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi
bibirku untuk mengucapkan patah-patah
perkataan bagi menjawab segala soalan
yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai
jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.
Lidahku yang selama ini lancar berkata-
kata, kini kelu. Otakku ligat mencari
jawapan... atau alasan... namun tiada
apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan
sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam
dirimu keistimewaan dan kelebihan
berbanding orang lain untuk kamu
berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap
berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan
kepadamu kata-kataKu sebagai panduan
kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari
atau
menghayatinya. Acap kali aku berkata-
kata kepadamu, tetapi kamu berpaling
daripada melihatnya. Aku turunkan
kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya
ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan
semuanya telah aku perkenankan dengan
pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini...
adakah kamu menyintaiKu. Aku tidak
mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan
ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan
selama ini. Aku tidak lagi punya alasan
bagi menyelamatkan diriku. Apa yang
boleh aku jawab bagi persoalan itu?
Ketika hatiku berteriak menangis, dan
bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah
pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku...
ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak
layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku
pengampun...barangsiapa yang memohon
keampunan dariKu, nescaya aku
ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu
wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya,
Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan
kesalahan berulangkali dan memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu
sekalikah cintaMu terhadapku? Dia
menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu.
Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan
bersimpati kepadamu dan mendengar
segala rintihanmu. Apabila kamu
melonjak kegirangan aku akan turut
gembira dengan kegembiraanmu. Apabila
kamu berasa gundah dan kesepian. Aku
akan memberikanmu semangat. Apabila
kamu jatuh aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu
keletihan aku akan membantumu. Aku akan
tetap bersama-samamu hinggalah ke hari
yang akhir dan aku akan menyayangimu
selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah
menangis sebegini. Aku sendiri tidak
mengerti Kenapa hatiku ini begitu
keras; tidak mampu menangis menyesali
segala dosaku selama ini. Dan..buat
kali pertamanya dalam hidupku ini...
aku benar-benar solat dalam ertikata
yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers