Pages

Monday, August 1, 2011

BANGUN2...sahur....

IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Memasuki sahaja fasa Ramadhan, ibu-ibu dan anak-anak perempuan adalah antara golongan yang tersibuk di dapur. Dari aktiviti bersahur hinggalah berbuka,pelbagai juadah tersedia untuk menjamu seisi keluarga dan ini antara suatu kemestian bagi mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang tergalas dibahu para isteri dan latihan kepada anak-anak gadis sama ada yang masih kecil hinggalah yang telah remaja. 

Kalau diimbas kembali kenangan anda dan saya di zaman kanak-kanak, antara waktu yang akan menyukarkan kita untuk membuka dan celik mata seawal pagi ialah setibanya waktu bersahur. Betul kan?. Apa tidaknya , tidur yang lena diulit mimpi terganggu dengan panggilan sahur.

Aduh! SAHUR LAGI…

Ada yang bangun dalam keadaan  marah, mamai, letih dan tidak kurang juga yang tidur kembali di meja makan. Ketika ini, pelbagai karenah anak-anak ditonton percuma ibu bapa sebagai latihan awal untuk menunaikan kewajipan puasa ini. Mengundang ketawa diawal pagi.:)Saya juga tidak terkecuali,turut tergolong di kalangan yang berkarenah dulu ketika hendak bangun sahur.  Pasti anda  hanya mampu tersenyum dan tersipu malu  mengenang kembali zaman kanak-kanak dulu kan? (^_^)
 
Baik simpan kenangan dulu baik-baik, jangan dibuang kerana sayang..Pandanglah ia untuk masa depan nanti ya?(^_^) Anda yang telah berkahwin mungkin telah menatapnya dengan  melihat karenah anak masing-masing, bagi yang belum insyaAllah itulah jua tatapan yang akan membangkitkan anda untuk bernostalgia...(^_^)

Berbalik kepada cerita sahur,kenapa agaknya Rasulullah menganjurkan kita bersahur ya? Byk fadhilat disebalik sunnah Rasul yang ummi ini sehinggakan pengkaji-pengkaji Barat sendiri  terpaku dengan kebenarannya. Kita lakukan,sunnah nabi dituruti insyaAllah pahala diberi,badan sihat puasa berkualiti. Indahkan Islam? Segala pintu-pintu kekurangan dapat ditampal dengan perkara –perkara sunat seperti ini. Jadi, mari kita ikuti beberapa fakta dan fadhilat disebalik sahur dan puasa ini.
 
  • Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa. – Dr Danial Zainal Abidin
  • Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."
  • Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga – Dr Danial Zainal Abidin
  • Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”
  •   Pada bulan Ramadhan, hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan Opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang. (kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad)
  • “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”- RIWAYAT IBNU MAJAH
  •  Dr Jack Goldstein menghurai mengenai ibadah puasa dan mengakui sendiri amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan selain melancarkan kesihatan.
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat,jadikan pusasa ini bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,tapi menahan keinginan dan hawa nafsu kita yang pelbagai di bulan yang mulia ini. Hakikatnya  kini,satu lawan satu. Antara akal dan juga nafsu. (^_^).Kurangkan nafsu makan,bergurau senda ,dan sebagainya sebaliknya lebihkan bertadarus dan khusyuk dalam beribadah.Insyaallah..inilah madrasah Ramadhan,tawaran kemasukan ke universiti tarbiyah paling mudah umat Islam DENGAN kursus-kursus berikut: 

SHR 100- melewatkan sahur bersama  keluarga
TDR 100- bertadarus dan membaca Al-Quran
IFK 100- infak/sedekah
BBK 100- mempercepatkan berbuka puasa
TRW 100- tarawih
THJ 100- tahajud

Semoga Ramadhan kali ini dihiasi dengan barakah dan kemuliaan daripada Allah..Amin Ya Rabb..SELAMAT BERPUASA!(^_^)


Saturday, July 30, 2011

oasis Ramadhan..

Oasis ramadhan itu tiba…seperti..

Selembut hembusan bayu padang pasir,kemuliaan Muharram  dirai seterusnya dengan kehangatan safar yg membara,bersilih ganti dengan bulan-bulan Islam yang lain  menemukan kita dengan kemuncak Ramadhan. Bulan yang tersimpul di sebaliknya seribu satu hikmah bagi hamba-hamba Allah yang mencari kebenaran syiar agama, merendahkan hati dengan serendah-rendah menadah tangan memohon keampunan yang Maha Esa. Itulah kehebatan Ramadhan, menundukkan jiwa-jiwa insani   untuk  bertafakur padaNya dengan izin Allah. Ramadhan datang dan pergi,silih berganti ibarat bulan-bulan Islam yang lain. Namun,datangnya Ramadhan itu sendiri dengan mesejnya. 

Oasis Ramadhan terus melanda..

Memungkinkan kita bermuhasabah kembali seluruh amalan yang telah kita lakukan terdahulu. Tercapaikah ibadah kita  pada tahap yang sempurna,  ataupun sekadar hangat-hangat tahi ayam mengikuti ritual yang  di amalkan masyarakat  dalam kadar masa kita tidak dituntutkan untuk berpuasa sepanjang 11 bulan yang lalu? Terjagakah sepenuhnya lidah kita daripada perbuatan mengumpat,mengeji dan mencela? Terjagakah telinga kita daripada mendengar umpatan dan bualan yang sia-sia? Terjagakah mata dan hati kita daripada melihat dan memikirkan perkara yang tidak memanfaatkan? Pokok pangkalnya, itulah kualiti yang harus dimuhasabahkan kembali menjelang kedatangan Ramadhan 2-3 hari lagi.

Bukalah hati dan lapangkanlah dada kita seluas-luasnya. Bersihkanlah hati dengan memuliakan ibu dan bapa selagi mereka masih ada, memaafkan sesiapa sahaja walaupun tidak diminta dan bersedia memohon maaf atas segala silap salah yang dilakukan sebelumnya. Ego yang tertunduk dibawah payungan hidayah Allah sudah pasti menyebabkan syaitan-syaitan terguling kecewa. Perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah diatas kelalaian kita menyempurnakan ibadah selama ini,mudah-mudahan..pintu ramadhan disambut dengan penuh kemuliaan dan kesedaran akan rahmat dan kekuasaan Allah yang masih lagi meminjamkan kasihNya untuk kita meneruskan kehidupan sebagai khalifahnya. Allahlah yang disembah,dan kepada Allahlah kita berserah..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Karim..semoga oasis Ramadhan ini menjadi titik kasih sayang yang erat antara hambaNya dan Pencipta dengan nilai ibadah yang bertambah sempurna dan mengeratkan hamba-hambaNYA..insyaAllah..

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu
( imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

p/s: Penulis ingin memohon seribu kemaafan kepada semua pembaca laman HK atas segala silap dan salah sepanjang mengADMIN laman ini dalam jangka masa setahun ini. Semoga  Ramadhan ini akan memimpin hati-hati yang keras kepada jiwa yang tertaut dengan  kelembutan,mudah-mudahan mendidik diri kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan rahmatNya..Alfatihah buat semua saudara dan sahabat-sahabta yang telah pergi mendahului kita..Jazakallah.

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers