Pages

Monday, August 1, 2011

BANGUN2...sahur....

IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Memasuki sahaja fasa Ramadhan, ibu-ibu dan anak-anak perempuan adalah antara golongan yang tersibuk di dapur. Dari aktiviti bersahur hinggalah berbuka,pelbagai juadah tersedia untuk menjamu seisi keluarga dan ini antara suatu kemestian bagi mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang tergalas dibahu para isteri dan latihan kepada anak-anak gadis sama ada yang masih kecil hinggalah yang telah remaja. 

Kalau diimbas kembali kenangan anda dan saya di zaman kanak-kanak, antara waktu yang akan menyukarkan kita untuk membuka dan celik mata seawal pagi ialah setibanya waktu bersahur. Betul kan?. Apa tidaknya , tidur yang lena diulit mimpi terganggu dengan panggilan sahur.

Aduh! SAHUR LAGI…

Ada yang bangun dalam keadaan  marah, mamai, letih dan tidak kurang juga yang tidur kembali di meja makan. Ketika ini, pelbagai karenah anak-anak ditonton percuma ibu bapa sebagai latihan awal untuk menunaikan kewajipan puasa ini. Mengundang ketawa diawal pagi.:)Saya juga tidak terkecuali,turut tergolong di kalangan yang berkarenah dulu ketika hendak bangun sahur.  Pasti anda  hanya mampu tersenyum dan tersipu malu  mengenang kembali zaman kanak-kanak dulu kan? (^_^)
 
Baik simpan kenangan dulu baik-baik, jangan dibuang kerana sayang..Pandanglah ia untuk masa depan nanti ya?(^_^) Anda yang telah berkahwin mungkin telah menatapnya dengan  melihat karenah anak masing-masing, bagi yang belum insyaAllah itulah jua tatapan yang akan membangkitkan anda untuk bernostalgia...(^_^)

Berbalik kepada cerita sahur,kenapa agaknya Rasulullah menganjurkan kita bersahur ya? Byk fadhilat disebalik sunnah Rasul yang ummi ini sehinggakan pengkaji-pengkaji Barat sendiri  terpaku dengan kebenarannya. Kita lakukan,sunnah nabi dituruti insyaAllah pahala diberi,badan sihat puasa berkualiti. Indahkan Islam? Segala pintu-pintu kekurangan dapat ditampal dengan perkara –perkara sunat seperti ini. Jadi, mari kita ikuti beberapa fakta dan fadhilat disebalik sahur dan puasa ini.
 
  • Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa. – Dr Danial Zainal Abidin
  • Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."
  • Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga – Dr Danial Zainal Abidin
  • Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”
  •   Pada bulan Ramadhan, hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan Opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang. (kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad)
  • “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”- RIWAYAT IBNU MAJAH
  •  Dr Jack Goldstein menghurai mengenai ibadah puasa dan mengakui sendiri amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan selain melancarkan kesihatan.
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat,jadikan pusasa ini bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,tapi menahan keinginan dan hawa nafsu kita yang pelbagai di bulan yang mulia ini. Hakikatnya  kini,satu lawan satu. Antara akal dan juga nafsu. (^_^).Kurangkan nafsu makan,bergurau senda ,dan sebagainya sebaliknya lebihkan bertadarus dan khusyuk dalam beribadah.Insyaallah..inilah madrasah Ramadhan,tawaran kemasukan ke universiti tarbiyah paling mudah umat Islam DENGAN kursus-kursus berikut: 

SHR 100- melewatkan sahur bersama  keluarga
TDR 100- bertadarus dan membaca Al-Quran
IFK 100- infak/sedekah
BBK 100- mempercepatkan berbuka puasa
TRW 100- tarawih
THJ 100- tahajud

Semoga Ramadhan kali ini dihiasi dengan barakah dan kemuliaan daripada Allah..Amin Ya Rabb..SELAMAT BERPUASA!(^_^)


Saturday, July 30, 2011

oasis Ramadhan..

Oasis ramadhan itu tiba…seperti..

Selembut hembusan bayu padang pasir,kemuliaan Muharram  dirai seterusnya dengan kehangatan safar yg membara,bersilih ganti dengan bulan-bulan Islam yang lain  menemukan kita dengan kemuncak Ramadhan. Bulan yang tersimpul di sebaliknya seribu satu hikmah bagi hamba-hamba Allah yang mencari kebenaran syiar agama, merendahkan hati dengan serendah-rendah menadah tangan memohon keampunan yang Maha Esa. Itulah kehebatan Ramadhan, menundukkan jiwa-jiwa insani   untuk  bertafakur padaNya dengan izin Allah. Ramadhan datang dan pergi,silih berganti ibarat bulan-bulan Islam yang lain. Namun,datangnya Ramadhan itu sendiri dengan mesejnya. 

Oasis Ramadhan terus melanda..

Memungkinkan kita bermuhasabah kembali seluruh amalan yang telah kita lakukan terdahulu. Tercapaikah ibadah kita  pada tahap yang sempurna,  ataupun sekadar hangat-hangat tahi ayam mengikuti ritual yang  di amalkan masyarakat  dalam kadar masa kita tidak dituntutkan untuk berpuasa sepanjang 11 bulan yang lalu? Terjagakah sepenuhnya lidah kita daripada perbuatan mengumpat,mengeji dan mencela? Terjagakah telinga kita daripada mendengar umpatan dan bualan yang sia-sia? Terjagakah mata dan hati kita daripada melihat dan memikirkan perkara yang tidak memanfaatkan? Pokok pangkalnya, itulah kualiti yang harus dimuhasabahkan kembali menjelang kedatangan Ramadhan 2-3 hari lagi.

Bukalah hati dan lapangkanlah dada kita seluas-luasnya. Bersihkanlah hati dengan memuliakan ibu dan bapa selagi mereka masih ada, memaafkan sesiapa sahaja walaupun tidak diminta dan bersedia memohon maaf atas segala silap salah yang dilakukan sebelumnya. Ego yang tertunduk dibawah payungan hidayah Allah sudah pasti menyebabkan syaitan-syaitan terguling kecewa. Perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah diatas kelalaian kita menyempurnakan ibadah selama ini,mudah-mudahan..pintu ramadhan disambut dengan penuh kemuliaan dan kesedaran akan rahmat dan kekuasaan Allah yang masih lagi meminjamkan kasihNya untuk kita meneruskan kehidupan sebagai khalifahnya. Allahlah yang disembah,dan kepada Allahlah kita berserah..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Karim..semoga oasis Ramadhan ini menjadi titik kasih sayang yang erat antara hambaNya dan Pencipta dengan nilai ibadah yang bertambah sempurna dan mengeratkan hamba-hambaNYA..insyaAllah..

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu
( imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

p/s: Penulis ingin memohon seribu kemaafan kepada semua pembaca laman HK atas segala silap dan salah sepanjang mengADMIN laman ini dalam jangka masa setahun ini. Semoga  Ramadhan ini akan memimpin hati-hati yang keras kepada jiwa yang tertaut dengan  kelembutan,mudah-mudahan mendidik diri kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan rahmatNya..Alfatihah buat semua saudara dan sahabat-sahabta yang telah pergi mendahului kita..Jazakallah.
Saturday, June 18, 2011

takwa yang indah..



Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan
terbaik dalam menangani
apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa
adalah orang yang paling
dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang
yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.



Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh
perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan
adalah merupakan penjara
daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan
dosa. Berbanding lelaki
yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah
serta terdedah kepada
pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang
diberikan oleh Allah
swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan
perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain
setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya
datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya
ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga
dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika
ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya
sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua
burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan :
semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada
suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Thursday, June 9, 2011

aku kecil hati....

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”...

I’m so confused...

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

 Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili
 
P/s: So,conclusionnya..jangan terlalu mudah terasa hati…itu bermakna kita tidak redha akan apa yang diberikan Allah..nanti Allah pula xredha pada  kita..sebaliknya..lapangkanlah dada..kerana Allah mengasihi kita,dan disebabkan itu diturunkannya cubaan bagi hamba-hamba yang dikasihinya…(^_^)..juga peringatan untuk diri yang lemah..
Sunday, June 5, 2011

melangkah dengan kesedaran...




 
"Tanamkanlah kesedaran yang mendalam tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT. Jangan takut kepada sesiapa atau mengharapkan sesuatu manfaat daripada sesiapapun melainkan Allah Azza Wa Jal. Serahkan segala kebergantunganmu kepada-NYA dan hendaklah kamu yakin kepada-NYA. Apa jua benda yang kamu perlukan, maka hadapkanlah keperluanmu itu kepada Allah SWT dengan penuh rasa keyakinan bahawa keperluanmu itu akan dipenuhi" 

"suatu pegangan yang benar sudah cukup untuk menidakkan seribu ucapan yang  dusta "- durrahnur

kontrak hidup kita...



Kealpaan itu sesuatu yang pasti bila mana namanya kita ialah insan.kerana insan hanyalah hamba yang bertapak hidup dengan belas  ihsan tuhan.Sedang, insan pula adalah harta buat  ummah,harta yang menbangkitkan juang dan jihad yang berpaksikan suatu kebenaran.saat ini,terlalu banyak kepincangan dan kegoyahan yang mula diperhati,cuba ku amati..dan ku halusi tiap makna tersembunyi disebaliknya.

Tuhan….

tidak pernah DIA hadirkan sesuatu itu sia-sia,tapi untuk seketika wujudnya manusia yang alpa dan leka..ya,terleka dengan teka-teki dunia,yang ingin dibahaskan dengan seribu gaya bahasa,agar tetap lunaknya tika ia terzahir tapi sedarkah manusia hanya berkonspirasi semata…dan banyaknya pula hanya dengan kecelaruan.

fitnah dan penipuan  kembali  menggoncangkan dunia..taktala itu seantero dunia hampir binasa dek kecelaruan dan huru hara fitnah yang berleluasa. Anak-anak kecil hanya mampu melihat permainan dunia, sedang yang dewasanya berterusan hanyut dengan teka-teki yang tiada penghujungnya…kenapa ku katakan ini?kerana diriku sendiri kebingungan mengamati perkembangan semasa dunia,moral,politik dan nilai akhlak islam kini.

Berhujah perlu berpaksikan kebenaran,keadilan menyertai taktala goyah yang terpaksa kita hadapi..tapi pabila hujah itu menjadi asbab yang hanya mementingkan kepentingan tertentu,segalanya bercelaru…tersasar dari makna asal,terlari jauh dari fakta dan kebenaran.adakah dunia ini hanya milik individu yang berkepentingan tertentu?

Tidak!jauh sekali…

Kerana sekali lagi ku tegaskan,ia harta ummah…milik rabbul jalil yang memerhati.
.
Tidakkah hidup ini satu amanah buat insan? Apa yang ditunggu?

Ayuh!bangkitlah dengan kebenaran..

Usah dikelirukan lagi dunia dengan permainan yang tidak nyata,tp berbaliklah dengan garis pandu tertinggi…kitabullah itu sarat dengan ajaran,sunnah rasul itu memancarkan jalan kebenaran kehidupan..

Yang berpaling hanyalah mereka yang memandang enteng permeteraian janji denganNya,yang menuruti mudah-mudahan dipelihara Allah pada jalan yang diredhaNya..

Nilailah kembali kontrak hidup ini! 

Ia perjanjian yang satu dengan tuhanMu dahulu sebelum engkau hai manusia hidup di dunia fana  ini!

Hiduplah berpaksikan kebenaran atau bertunjangkan batasan akal yang sejengkal yang kau pilihkan.. Dare for life enjudgement?
 
“ Dan apabila Allah mengambil kesaksian ke atas jiwa mereka; Adakah aku ini tuhanMu?mereka menjawab: Ya,bahkan kamilah yang menjadi saksi”-Al-A`raf 172


Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers