Pages

Sunday, July 25, 2010

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
kembara hidup-dehearty....
Saturday, July 24, 2010

buatmu akhwatku...


memori indahku.....







YA AKHWAT,

KAU HARUS KUAT KERNA KAU SERI TIANG UMMAH,
KAU HARUS CEKAL KERNA KAU JUA TULANG RUSUK PEJUANG,
KAU HARUS TABAH.
KERNA DIRAHIMMU NANTI..BAKAL DITUMPANGI MUJAHID..
YANG BAKAL MEMPERJUANGKAN DAULAH,
KU TAHU BUKAN MUDAH MGHLG 9 NAFSU ITU MENDAHULUI IMANMU,
TAPI KU YAKIN KAU BAKAL MEREDAH BELANTARA APBILA
ENGKAU MELETAKKAN PASAK KESETIAAN HANYA PADA YANG ESA..
DUHAI MUSLIMAH,BANGKITLAH BERMUHAJADAH..
KERANA JANJI ALLAH ITU PASTI BUATMU!!!






Monday, July 19, 2010

rendah itu tidak hina!!


IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL..

kerendahan hati yang menilai..melambangkan satu sifat kehambaan pada insan ..dengan kerendahan hati itu,manusia bergerak seiring dengan nur HIDAYAH kurniaanNYA..dan dgn kerendahan hati itu,lahirlah hamba-hamba ALLAH yang sentiasa tawaduk dan tng hatinya..kerendahan hati,bukan lambang kehinaan!bukan jua perlambangan yg melemahkan potensi iman,sebaliknya sarat dgn ketinggian darjat disisi ALLAH sepertimana hadis Rasullullah s.a.w:

"sedekah tidak akan mengurangkan harta.Sikap memaafkan tidak akan menambahkan apapun melainkan kemuliaan.Dan sesiapa yang merendah ( tawaduk ) kerana Allah,Allah pasti akan meninggikannya.." [ RIWAYAT IMAM BUKHARI-6757 ]

cinta dan kasihNYA Allah pada hambaNYA..tidak pernah surut ibarat air yang mengalir ke lautan..kadangkala,kita rasakan kita sudah punya segalanya,tp apakah nikmat yg menghampiri itu bakal mendidik ati2 kita dgn kerendahan ati yg nyata..terkadg..diri ini sndiri merasakan kekurangan mendidik hati dgn sifat kerendahan,kelemahan..kerna lazimnya..kita mudah berbangga dgn apa yg ada...kita salu rasakan,ana khairu minhu ( aku lebih baik daripadanya )..tp,prnahkah kita memuhasabah,dimana letaknya kurg diri kita pada kca mata ALLAH..tuhan yang MENCIPTA DAN MENTADBIR segalanya...subhanallah...

firman ALLAH:

" sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah org yang paling bertakwa diantara kamu" [ surah HUJURAT 49:13 ]

suatu kisah pernah diceritakan,ketika nabi sdg makan lalu baginda didatangi lelaki hitam yang berpenyakit cacar mengelupas.Maka org hitam itu tidak duduk dkt dgn sesiapapun,melainkan berdiri sahaja.Lalu baginda s.a.w mendudukkan org itu disisi baginda..lihatlah betapa,RASULLULLAH yg maksum sendiri memiliki kerendahan hati yang tggi..apa lagi kita yg hanya insan biasa yg xpnh lari dari dosa sehari-hari...masyaALLAH...

didiklah hati mengenal ILAHI..nescaya hatimu xkan pnh sunyi..sekalipun kau rasa beratnya disakiti,beratnya mendalami apa itu erti kerendahan hati..namun ALLAH ttp ada disisi...

" sesiapa yg merendahkan hatinya kerana ALLAH satu darjat,maka ALLAH akan meninggikannya di Illiyin tertinggi.Dan sesiapa yang meninggikan dirinya( takabbur )satu darjat,maka Allah akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah( asfalasafilin)" [ riwayat IMAM AHMAD ]

ya allah,berikanlah hati ini ruang agar sentiasa tergerak dijalanMU...Kau permudahkanlah baginya dan jua untukku...bantulah kami agar tidak sentiasa hanyut dgn permainan dunia yg membinasa..sesungguhnya,hanya kepada Engkaulah ak berserah dan memohon pertolongan ya ALLAH....





maafkanku...



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL





sdri diriku melayari hari-hari kini,ku sedar..ku telah melukai hati teman-teman tanpa ku sedari...ku sakiti hati kecil mereka..hinggakan kesannya menebal dlm hati ..maafkanku..rasa bersalah seringkali membelengguku..namun,aku cuma seorang hamba..perantau dunia yang mencari butir-butir mutiara agama..agar hidupku sentiasa dekat denganNYA..


andai ku sakiti hatimu,,

maafkan aku..aku hanya seorang insan yang tidak terlepas dari slh dan silapnya..kdg2,ku terlanjur kata dalam bicara,dlm perilakunya...namun akan ku cuba perbaikinya...didiklah aku mengenal agama duhai temanku...maafkan segala salah silapku ini....aku tidak mahu berjanji,kerna janji sentiasa memakan diri..tp akan ku cuba membaiki,apa yang mampu ku baiki...semoga redha ALLAH sentiasa bersama kita semua..jazakhallahukhairan khathira...

Thursday, July 15, 2010

kembara...


Sebuah kembara,memakan perjalanan yang panjang..masakan ia terlepas dari dugaan yang kadangkala menuntut suatu pengorbanan didalam diri sendiri.Disaat hati-hati ini berarak mencari cahaya kepastian,ia bertembung dengan layar keinsafan,dan dengan cebisan layar itulah..hati-hati manusia mula mencari satu penghijrahan,menerjah dimensi muhajadah melawan keinginan dan hawa nafsu yang membinasakan..beraraklah ia pergi kerana ketentuan ILAHI,Dan dengan jihad itulah diri manusia didewasakan melalui penghijrahan.berhijrahlah kerana tuhanMU,tidak sesekali ia melupakanmu,malah..terbuka luas raihan cinta kasihnya pada umat MUHAMMAD ini..sepertimana yang disebut ALQURAN surah Al- Imran ayat 110…umat MUHAMMAD itu khairun ummati ukhrijat linnas..Ya tuhan,sesungguhnya..kerapkali kami ini alpa pada padaMU..namun tidak sesekali Engkau lupa pada hambaMu..walau bergunung dosa hambaMu ini dalam setiap hembusan nafas kasihMu..

Ya rabb,
Redhakan aku dengan segala ketentuanMu..
Untaikan kasihMU dalam tiap sujudku..
Lapangkan dadaku menerima watikah cintaMU..
Kuatkan langkahku melawan keinginan mudaku,
Sucikan hatiku dari noda-noda hitam yang membelenggu..
Hati ini milikMU..dan
Hanya kepada ENGKAU ku serahkan kembali..
Tarbiyahkan aku dengan ayat-ayatMU,
Jauhkan aku dari kelekaan yang bakal menjeratku,
Islahkanku dengan sebuah penghijrahan imanku…
Ya tuhanku,
Sesungguhnya aku pasti,ENGKAU tidak akan sesekali meninggalkanku..
Kuatkanku dengan AL-QURAN DAN SUNNAHMU..
Yang pasti akan menemaniku saban ketika,dan saban waktu..
Selagimana aku mahu…dan ku redhakan hatiku ini kerna ia milikMu…
nukilan: durrahnur

kualitinya atau kuantiti....



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

saat ini,kita berpusu-pusu mengejar kenikmatan dunia dengan bayangan ganjarannya penuh makna dihari muka..saat kini,kadangkala kita lupa..kita sering mengabaikan apa yang menjadi tuntutan DIA berbanding tuntutan si dia..saat ini juga,kita semakin menghampiri kehancuran tamadun dek lemahnya iman yang mengisi dada kita...saat ini ,kita semakin menghampiri gelombang pemodenan yang menjemput kita mengisi kenikmatan dunia..sehingga akhirnya kita rebah di titian jalan yang menyalurkan iman dan ketakwaan dlm hati kita..pokok asasnya..pabila tuntutan dan keperluanNYA tidak dilebihkan dari segalanya,kita bakal rebah tersungkur dan dipandang hina meskipun beragama.

cuba kita selami,adakah islam kini diletakkan tinggi martabatnya sepertimana zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya..gahkah kita dinusantara hingga ke serata dunia melebihi zaman perluasan kuasa Andalusia?besarkah keazaman dan tekad kita memartabatkan agama melebihi Salehuddin Al-Ayubi dan bala tentera sehingga berjaya menawan Baitulmaqdis?tepuklah dada,buka minda kita...knpa Islam gagal dinobatkan dgn tingginya nilai-nilai murni hari ini andai kata perkara asas yang menjadi rukunnya masih lagi dalam peruntukan separuh dan sebahagian utk dilaksanakan oleh kita...yakni solat..

laungan assolatu imaduddin itu seringkali kedengaran pabila kita membicarakan mengenai kepentingan solat..ya..kita jelas menunaikan solat..namun sejauh manakah solat itu dengan kualitinya?sejauh manakah pula kekhusyukan kita dalam menunaikannya..dan sejauh manakah pula solat itu benar-benar mendidik kita untuk terus dekat denganNYA...sungguh..kadangkala kita alpa..kita leka..kita lupa

solat...benteng kepada kecemerlangan..segemersik laungan haiya a`lal falah berkumandang saatnya azan tiba...namun,bagaimanakah pula inisiatif kita dalam menjadikan solat itu penuh kualitinya..hari ini...kita memudahkan sesuatu acara..dengan memenuhi tuntutan yang difardukan keatas setiap hambaNYA...esok lusa..pastikah kita masih mampu istiqamah dalam melaksanakannya...jawapannya...bersedialah untuk tidak bersedia menghadapi hari-hari mendatang...kerna iman itu ada pasang surutnya andai tidak mampu beristiqamah dijalanNYA..menempuh kehidupan sebagai mahasiswa..seorang hamba yang membawa entiti agama yang mulia ini.. persediaan ibadah solat itu penting kerana ia merupakan penghubung dan titian jambatan hubungan antara seorang hamba dengan tuhannya..pabila sang hamba berbicara,Tuhannya pasti mendengarkannya..saat dirasakan sunyi tanpa perhatian,ALLAH tidak pernah meninggalkannya..saat dirintihkan hati kita,ALLAH MAHA MENDENGAR penuh setia...
firman ALLAH s.w.t :
"sesungguhnya telah berjayalah seorang mukmin,yang khusyuk dalam solat"
( surah Al-Mukminun) ayat 1-2
Khusyuknya solat penentu kepada kecemerlangan seseorang mukmin,sepertimana benarnya ajakan kearah kejayaan didalam azan yang berkumandang..kualitinya ia..terletak kepada bagaimana ia dipraktikkan...penjagaan waktu menunaikan solat itu penting,walaupun kekangan masa sentiasa menghimpit kita saat bergelar mahasiswa..keperluan manakah perlu diselesaikan antara urusan DIA berbanding si dia?tanyalah iman kita...antara menangguh atau sengaja ditangguhkan solatnya dlm menempuh dunia siswa hari ini..rata-rata masyarakat gagal menjaga kualiti ini..pentingkah kuantiti solat berbanding kualitinya?walhal ibadah inilah yang menjadi tanda ingatan kita kepada ALLAH yang MAHA ESA..dalam surah al Ma`un ayat 4-5 ALLAH telah berfirman yang maksudnya :
" Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat itu ( iaitu) orang yang lalai dalam solatnya"
sungguh,jelas peringatan dan amaran ALLAH itu didalam kitabullah...kitab yang paling disanjung umat Islam kini..namun,kita masih gagal menerapkan elemen yang sepatutnya menjadi basic terpenting dalam ibadah sehari-hari kita..ketahuilah temanku,solat tunjang kekuatan kepada seseorang,dan solat jua amalan pertama yang akan dihisab ALLAH terlebih dahulu di negeri akhirat yang abadi itu berbanding amalan-amalan lain..secantik manapun corak lukisan kita didunia ini,andai corak painting solatnya rosak..maka bercelarulah keseluruhan corak yang lain...jagalah waktu solat kita,tunaikanlah ia tepat pada waktunya meskipun masa kerapkali mendahului kita..kerana yang menjaga dan memudahkan urusan kita ialah DIA YANG MAHA MENCIPTA...itulah titian hubungan kita..hablull minallah...
sabda Rasullullah s.a.w:
"sesungguhnya seseorang yang bersolat itu sedang bermunajat dengan tuhannya "
( Riwayat Bukhari)
dan hadirkanlah hati bersama-sama dalam membina ketakwaan kepadanya dengan khusyuk kepadaNYA...antara perkara yang mampu membantu mencapai khusyuk solat ialah:-
  • AL-TAFAHHUM : memahami bacaan didlm solat dan maknanya
  • AL-TAKZIM : merasakan kebesaran ALLAH seolah-olah sedang berada didepanNYA
  • AL-HAYBAH : menghadirkan rasa gerun kepada kekuasaan ALLAH
  • AL-RAJAK : mengharapkan rahmat ALLAH dengan sepenuh harapan bahawa ibadah diterima
  • AL-HAYAK : berasa malu kepada ALLAH kerana kecuaian dlm mengotakan janji kita terhadapNYA dan kekurangan kta dalam melakukan ibadat terhadapnya..
sesungguhnya,kesempurnaan hati dan kekhusyukan kita dalam beribadah insyaALLAH tercapai menerusi lima perkara diatas...
jauhkan dunia dari pandanganmu andai kau rasa dirimu tidak mampu..alirkan akhirat menuju kehidupan yang satu kerna ia target destinasimu selepas kau meninggalkan dunia yang bercelaru...pimpinlah dirimu agar terus dkt dgn tuhanMu kerna dia sentiasa mendengarkan rintihanMu..dan utamakan urusan tuhanMU kerna hanya DIA yang akan membantumu saat kau rasakan hibanya menanggung ujian dan nikmatnya mendapat kelazatan duniawi...
ku tinggalkan dengan sepotong renungan dari kitabullah yang suci:
firman ALLAH:
" Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka,nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada didalamnya "
( Surah Al-Mukminun ayat 71)
wallahualam......
p/s:
5 perkara asas tersebut bersumberkan dari buku ust.zaharuddin ( Formula Solat Sempurna)









Sunday, July 11, 2010

dermalah..demi sebuah pengharapan..


Organ ialah alat dalam tubuh badan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting. Dalam bahasa Arab dan Inggeris organ merangkumi organ dalaman dan organ luaran. Dengan erti kata lain, organ ialah anggota tubuh badan sama ada anggota dalaman atau luaran.

Muktahir ini masalah dan isu pendermaan organ manusia menjadi perbualan dan perbincangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia serta bermacam-macam kempen, program dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu untuk menggalakkan pendermaan organ demi memberi harapan hidup kepada golongan yang memerlukan. Saya rasa terpanggil untuk melihat perkara ini menurut sudut perspektif yang berbeza iaitu melalui perspektif Islam dan syarak berdalil Al-Quran, hadith Nabi Muhammad s.a.w, kaedah-kaedah fiqhiyyah dan pandangan para ulama Islam dalam persoalan semasa ini.

Jika kita selusuri secara kasar, kita akan mendapati seolah-olah masalah ini tidak berlaku perbincangan (perbahasan) di kalangan para fuqaha dahulu tetapi hakikatnya para ulama dahulu tidak membincangkan hal tersebut secara jelas. Perbincangan mereka dalam masalah berkaitan dengan organ hanya berkisar sekitar perkara yang mereka andaikan akan terjadi (fiqh taqdiry) seperti makan jasad manusia ketika darurah, potong anggota badan yang dihinggapi penyakit berjangkit, rawatan menyambung tulang yang patah, belah perut ibu yang sudah meninggal bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan atau harta yang ditelan semasa hidup, rawatan luka menggunakan tulang manusia dan penjualan rambut anak Adam. Walaupun begitu, asas dan panduan yang mereka tinggalkan daripada perbincangan mereka yang lalu dijadikan rujukan dan garis panduan para ulama dan cendiakiawan Muslim masa kini untuk menentukan hukuman pemindahan dan pendermaan organ serta keharusan perkara demi kemaslahatan dan kebahagiaan untuk individu lain.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

“Dan janganlah kamu menjatuhkan (mencampakkan) dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”.

Ayat ini jelas melarang manusia Muslim melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan kebinasaan diri. Contoh yang sering kita dengari ialah merokok dan menghisap dadah. Namun begitu, ayat di atas ini jika kita lihat secara analogi ia juga boleh difahami bahawa Islam tidak membenarkan manusia membiarkan dirinya dalam keadaan bahaya maut atau tidak berfungsi organ tubuhnya yang sangat penting baginya tanpa usaha penyembuhannya dengan berubat termasuk pemindahan organ daripada individu yang berhati mulia yang sanggup mendermakan organnya bagi memberikan harapan kepada yang berkenaan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.


Firman Allah yang lain:

“Dan sesiapa yang memelihara keselamatan hidup seorang manusia maka seolah-olah ia telah memelihara keselamatan manusia semuanya” (Al-Maidah:32)


Ayat ini berbentuk umum, merangkumi setiap bentuk usaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada kebinasaan termasuklah orang yang mendermakan organnya dan para doktor yang memindahkannya kepada orang lain bagi menyelamatkannya daripada kebinasaan atau mengembalikan semula fungsi organnya sebagaimana asal yang seumpama memberi satu kehidupan kepada individu tersebut. Syeikh Mahmud Syaltut, seorang ulama kontemporari menyatakan ayat ini menunjukkan bahawa Islam sangat menghargai tindakan kemanusiaan yang dapat menyelamatkan jiwa manusia. Misalnya seorang yang menemui bayi yang dibuang di tempat pembuangan sampah wajib mengambilnya untuk menyelamatkan jiwanya. Demikian pula seorang yang dengan ikhlas hati mahu menyumbangkan organ tubuhnya setelah ia meninggal maka Islam membolehkan bahkan memandangnya sebagai satu amalan perbuatan kebajikan yang tinggi nilainya kerana menolong jiwa sesama manusia dan memberi satu sinar harapan yang baru untuk insan yang kurang bernasib baik ini meneruskan kehidupan.

Sejarah umat Islam yang terdahulu pun ada merekodkan amalan terpuji golongan Ansar yang sanggup berkorban dan melebihkan saudara mereka, golongan Muhajirin hatta ada kisah yang menyatakan wujud individu daripada golongan Ansar yang rela memberikan salah seorang isteri beliau kepada seorang sahabat Rasulullah s.a.w (golongan Muhajirin). Perihal hal ini dinukilkan Allah s.w.t dalam
firmanNya:

“Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat” (Al-Hashr:9)


Perlakuan seseorang menderma organ kepada orang lain adalah satu perbuatan mulia dan termasuk dalam konteks ayat di atas kerana pelakunya sanggup memberi sesuatu yang berharga pada diri untuk didermakan kepada golongan yang amat memerlukan pada saat genting iaitu ketika nyawa berada di hujung tanduk dan maut datang menyinggah. Daripada perlakuan itu menyerlahkan bahawa mereka ini berpegang dengan wahyu Allah dan mempraktikkan sifat mahmudah golongan Muhajirin yang sanggup mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.

Selain itu, pesakit yang keselamatan nyawanya dikatakan bergantung kepada pemindahan organ dan ada pula orang yang sanggup menderma organnya kepada pesakit berkenaan tanpa rasa bimbang berlaku kebinasaan pada diri sendiri, sudah tentu tindakan pendermaan itu termasuk dalam bab ihsan yang digalakkan oleh syarak dan menepati seruan dermalah organ demi sebuah kehidupan. Qawaid (kaedah-kaedah) Fiqhiyyah pula yang boleh lihat dalam menjelaskan persoalan ini ialah:

1. “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”

2. “Keadaan darurah mengharuskan yang haram”

3. “Apabila suatu perkara berada dalam kesempitan ia mewujudkan keluasan”


Kaedah-kaedah ini terbit daripada nas-nas syarak, menjelaskan bahawa syarak memberikan rukhsah (kelonggaran) kepada orang yang berada dalam situasi darurah untuk menghilangkan kemudaratan yang menimpa dan boleh dikaitkan dengan operasi pemindahan organ dan pendermaan organ kerana ia melibatkan keadaan kesukaran atau darurah kepada pesakit yang diancam maut. Manakala, apabila dibandingkan kemudaratan yang dialami oleh penderma organ dengan kemudaratan yang menimpa pesakit yang amat memerlukannya sudah tentulah kemudaratan pesakit yang terlibat lebih besar kerana itu menghilangkan kemudaratan pesakit harus diutamakan dan ini selari dengan satu kaedah fiqhiyyah yang berbunyi:

“Apabila bertembung dua kemudaratan, hendaklah diutamakan mengelak kemudaratan yang lebih besar dengan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.”

Ringkasnya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa sesungguhnya menderma organ adalah amalan yang terpuji, selaras dengan roh syariat Islam, dan satu perbuatan yang amat tinggi ganjarannya di sisi Allah s.w.t kerana individu tersebut melakukannya tanpa memikirkan keselesaan dan kepentingan diri sendiri malahan lebih mengambil berat dan mengutamakan diri orang lain. Tambahan lagi, timbang tara dan neraca hukum dan nas-nas syarak jelas mengharuskan amalan ini dan sekaligus menepiskan anggapan negatif orang ramai kepada perkara ini serta secara langsung menghilangkan kekaburan dan kegusaran lalu. Maka adalah molek kempen menderma organ ini dijalankan secara lebih giat dan meluas terutamanya di kalangan masyarakat negara ini berserta penerangan yang lebih lanjut dalam hal.

Dermalah organ anda demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna kepada golongan yang memerlukan.

Firman Allah s.w.t:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran (pemusuhan). (Al-Maaidah:2)


SUMBER:http://www.iluvislam.com

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers