Pages

Saturday, December 10, 2011

sembang-sembang hati ke hati..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

Hati yang tetap perlu berhati-hati..


Menjadi sebutir bintang bersinar,pastinya mehnah dahsyat dan tidak tergambar dek akal.. masa itu..seorang hamba pasti mencari Tuhannya,bukan?tidak kiralah dia orang yang tajam kefahaman agamanya,mahupun hanya sederhana atau dia orang yang mungkin kelihatan jauh dari DIA..Tapi masa itu,fitrah hati meronta-ronta mencari dimana tuhan,kenapa aku mesti Kau pilih untuk diuji sebegini?

Terus-terusan hati sang hamba meronta-ronta,meminta-minta..


Ketika itu,hanya Allah yang tahu apa yang tersarat dan terbeban di dalam benak fikirannya..meskipun dia masih tersenyum di muka masyarakat,mana mungkin orang lain memahami isi hati dan apa yang difikirkannya sedang hanya Allah saja yang mengetahui ujian dan cabaran buat si penerimanya..

Tiba pula  masa diri bersendiri,fitrah hati mencari-cari..mengharap sinar baru kembali mengunjungi hati. Berliter-liter rasanya curahan airmata dan rasa hati turut sama-sama sujud mengadap Ilahi..tiba-tiba..xsampai pun seminit dua…rasa hati kini,putus asa! 

Kecewa!

Terputus harapan! Terus akal mentafsir..

Terputus harapan maknanya putuslah impian ya?

Putus impian maknanya tiadalah sinar  lagi?

Aduh!kali ini,hati lebih meronta-ronta..

Lebih parah hati lelah tidak upaya.. tidak sanggup hidup rasanya..

Tanya kembali hati ,wahai diri..ketuk dulu pintu hati..

Kenapa Allah terus menguji bersiri- siri yang xkunjung henti?

Rasa dihati jauh sekali mampu hadapi..sejenak terduduk,memikirkan mahu angkah kaki dan cabut lari..ingin lari ke bumi yang satu lagi..Tapi ia tetap berkunjung  siri demi siri lagi..kenapa pula mesti diri ini teruji?

Teruji dan mengujikah? Mana pergantungan iman kini?

Ketuk kembali hati yang sunyi..kenapa hai hati kau mesti lari bila teruji?

Sedangkan yang menguji hanya mendatangkan sederap cubaan saat yang kau rasa ingin lari,  hati mungkin perit sekali, tapi kenapa Dia memilihmu untuk teruji kini? Dan kenapa mesti pula kau lari hai hati?

Sedang ujian demi ujian yang siri-siri itulah serapan tekanan untuk satu kebangkitan..Kebangkitan untuk menjadi berlian yang jauh lebih berkilau dari sang permata,tidakkah kau mahu mencontohi berlian sang hati? Tidakkah kau ingat singkap asal-usul berlian yg enak dipandang,berkilau cahayanya dan mahal pintaannya?

Yang teruji,baru sedikit hai hati…yakini janji  Ya Rabbi itu tetap mengasihi diri meskipun kau yang DIA pilih untuk diuji..

Hati oh hati…
Baru sedikit kau teruji,imanmu telah ditakat gantung menyembah bumi…

Hati oh hati..
Kiranya ini cerminan hati yang rapuh, bagaimana perihal anak adam lewat usia yg akan lahir nanti?
 
Hati oh hati..
Bagaimana  akan dewasa manusia akhir zaman ini kiranya inilah cerminan hati daie` -daie` kini?

Hati oh hati…
Bukan aku ingin mengkritik di dalam sepi hati yg kau alami,tapi cekallah hatimu..kerana Allah amat menyayangi..

Please believe my brothers and sisters..

“the moment you say you believe in Allah,it’s the moment Allah will test your faith”


AL-ANKABUT: AYAT 2-3 

MAKSUDNYA: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

2 comments:

maryam al-mujahidah said...

subhanallah!=) ana follow enti..=)

durrahnur said...

kembali kepada Allah..ana follow juga..syukran:)

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers