Pages

Thursday, July 15, 2010

kualitinya atau kuantiti....



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL

saat ini,kita berpusu-pusu mengejar kenikmatan dunia dengan bayangan ganjarannya penuh makna dihari muka..saat kini,kadangkala kita lupa..kita sering mengabaikan apa yang menjadi tuntutan DIA berbanding tuntutan si dia..saat ini juga,kita semakin menghampiri kehancuran tamadun dek lemahnya iman yang mengisi dada kita...saat ini ,kita semakin menghampiri gelombang pemodenan yang menjemput kita mengisi kenikmatan dunia..sehingga akhirnya kita rebah di titian jalan yang menyalurkan iman dan ketakwaan dlm hati kita..pokok asasnya..pabila tuntutan dan keperluanNYA tidak dilebihkan dari segalanya,kita bakal rebah tersungkur dan dipandang hina meskipun beragama.

cuba kita selami,adakah islam kini diletakkan tinggi martabatnya sepertimana zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya..gahkah kita dinusantara hingga ke serata dunia melebihi zaman perluasan kuasa Andalusia?besarkah keazaman dan tekad kita memartabatkan agama melebihi Salehuddin Al-Ayubi dan bala tentera sehingga berjaya menawan Baitulmaqdis?tepuklah dada,buka minda kita...knpa Islam gagal dinobatkan dgn tingginya nilai-nilai murni hari ini andai kata perkara asas yang menjadi rukunnya masih lagi dalam peruntukan separuh dan sebahagian utk dilaksanakan oleh kita...yakni solat..

laungan assolatu imaduddin itu seringkali kedengaran pabila kita membicarakan mengenai kepentingan solat..ya..kita jelas menunaikan solat..namun sejauh manakah solat itu dengan kualitinya?sejauh manakah pula kekhusyukan kita dalam menunaikannya..dan sejauh manakah pula solat itu benar-benar mendidik kita untuk terus dekat denganNYA...sungguh..kadangkala kita alpa..kita leka..kita lupa

solat...benteng kepada kecemerlangan..segemersik laungan haiya a`lal falah berkumandang saatnya azan tiba...namun,bagaimanakah pula inisiatif kita dalam menjadikan solat itu penuh kualitinya..hari ini...kita memudahkan sesuatu acara..dengan memenuhi tuntutan yang difardukan keatas setiap hambaNYA...esok lusa..pastikah kita masih mampu istiqamah dalam melaksanakannya...jawapannya...bersedialah untuk tidak bersedia menghadapi hari-hari mendatang...kerna iman itu ada pasang surutnya andai tidak mampu beristiqamah dijalanNYA..menempuh kehidupan sebagai mahasiswa..seorang hamba yang membawa entiti agama yang mulia ini.. persediaan ibadah solat itu penting kerana ia merupakan penghubung dan titian jambatan hubungan antara seorang hamba dengan tuhannya..pabila sang hamba berbicara,Tuhannya pasti mendengarkannya..saat dirasakan sunyi tanpa perhatian,ALLAH tidak pernah meninggalkannya..saat dirintihkan hati kita,ALLAH MAHA MENDENGAR penuh setia...
firman ALLAH s.w.t :
"sesungguhnya telah berjayalah seorang mukmin,yang khusyuk dalam solat"
( surah Al-Mukminun) ayat 1-2
Khusyuknya solat penentu kepada kecemerlangan seseorang mukmin,sepertimana benarnya ajakan kearah kejayaan didalam azan yang berkumandang..kualitinya ia..terletak kepada bagaimana ia dipraktikkan...penjagaan waktu menunaikan solat itu penting,walaupun kekangan masa sentiasa menghimpit kita saat bergelar mahasiswa..keperluan manakah perlu diselesaikan antara urusan DIA berbanding si dia?tanyalah iman kita...antara menangguh atau sengaja ditangguhkan solatnya dlm menempuh dunia siswa hari ini..rata-rata masyarakat gagal menjaga kualiti ini..pentingkah kuantiti solat berbanding kualitinya?walhal ibadah inilah yang menjadi tanda ingatan kita kepada ALLAH yang MAHA ESA..dalam surah al Ma`un ayat 4-5 ALLAH telah berfirman yang maksudnya :
" Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat itu ( iaitu) orang yang lalai dalam solatnya"
sungguh,jelas peringatan dan amaran ALLAH itu didalam kitabullah...kitab yang paling disanjung umat Islam kini..namun,kita masih gagal menerapkan elemen yang sepatutnya menjadi basic terpenting dalam ibadah sehari-hari kita..ketahuilah temanku,solat tunjang kekuatan kepada seseorang,dan solat jua amalan pertama yang akan dihisab ALLAH terlebih dahulu di negeri akhirat yang abadi itu berbanding amalan-amalan lain..secantik manapun corak lukisan kita didunia ini,andai corak painting solatnya rosak..maka bercelarulah keseluruhan corak yang lain...jagalah waktu solat kita,tunaikanlah ia tepat pada waktunya meskipun masa kerapkali mendahului kita..kerana yang menjaga dan memudahkan urusan kita ialah DIA YANG MAHA MENCIPTA...itulah titian hubungan kita..hablull minallah...
sabda Rasullullah s.a.w:
"sesungguhnya seseorang yang bersolat itu sedang bermunajat dengan tuhannya "
( Riwayat Bukhari)
dan hadirkanlah hati bersama-sama dalam membina ketakwaan kepadanya dengan khusyuk kepadaNYA...antara perkara yang mampu membantu mencapai khusyuk solat ialah:-
  • AL-TAFAHHUM : memahami bacaan didlm solat dan maknanya
  • AL-TAKZIM : merasakan kebesaran ALLAH seolah-olah sedang berada didepanNYA
  • AL-HAYBAH : menghadirkan rasa gerun kepada kekuasaan ALLAH
  • AL-RAJAK : mengharapkan rahmat ALLAH dengan sepenuh harapan bahawa ibadah diterima
  • AL-HAYAK : berasa malu kepada ALLAH kerana kecuaian dlm mengotakan janji kita terhadapNYA dan kekurangan kta dalam melakukan ibadat terhadapnya..
sesungguhnya,kesempurnaan hati dan kekhusyukan kita dalam beribadah insyaALLAH tercapai menerusi lima perkara diatas...
jauhkan dunia dari pandanganmu andai kau rasa dirimu tidak mampu..alirkan akhirat menuju kehidupan yang satu kerna ia target destinasimu selepas kau meninggalkan dunia yang bercelaru...pimpinlah dirimu agar terus dkt dgn tuhanMu kerna dia sentiasa mendengarkan rintihanMu..dan utamakan urusan tuhanMU kerna hanya DIA yang akan membantumu saat kau rasakan hibanya menanggung ujian dan nikmatnya mendapat kelazatan duniawi...
ku tinggalkan dengan sepotong renungan dari kitabullah yang suci:
firman ALLAH:
" Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka,nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada didalamnya "
( Surah Al-Mukminun ayat 71)
wallahualam......
p/s:
5 perkara asas tersebut bersumberkan dari buku ust.zaharuddin ( Formula Solat Sempurna)









0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers