Pages

Tuesday, August 2, 2011

rahsia subuh dan kekuatan diri...

“SUBUH…SUBUH..BANGUN…USTAZ MINTA SEMUA PENUHKAN SAF DI SURAU “..

Ehsan incik Google

Derapan langkah kakinya sudah pun menakutkan semua pelajar-pelajat di Aspura..Belum lagi ditunjukkan sebilah rotan panjang yang sering dibawa bersama. Penangan Chief Felo.! Di  Aspuri pula,senior-senior yang tinggal disetiap aras  mula membangunkan junior-junior untuk bersiap dan berjemaah di surau. Yang leka, terus tertidur dan nyenyak kembali dibuai mimpi. 

Sementara setelah itu,. seusai berjemaah bersama sesi tazkirah diberikan ustaz pada setiap pagi, ada yang memberi sepenuh perhatian, xkurang juga yang menyambung tidur dengan kedudukan tegak. Allah,macam-macam ragamnya  awal pagi, itulah indahnya kenangan tinggal berjauhan dari keluarga, merasa serba sedikit rencah hidup tanpa mereka. Kadang kadang  saya tersenyum sendiri mengenang kisah subuh dan kepayahan bangun pagi yang dialami pelajar-pelajar, maklumlah..subuh kan dingin. Ditambah zaman persekolahan saya  dihabiskan di kawasan hijau berbukit, yang memang sejuknya..MasyaAllah…menggigil ke tulang, neurotransmitter pun terbantut menyampaikan signalnya, (^_^) tapi tidak pula bagi mereka yang jiwanya kental,semangat dan keinginan jiwa mereka tinggi.

Rahsianya dan misterinya subuh kan?

.Masakan tidak, waktu subuh seolah-olah waktu perdana bagi seseorang insan, kita dibangunkan kembali untuk kehidupan hari ini setelah dimatikan sementara semalaman..dan subuh juga menjadi salah satu wajib yang diwajibkan solat di dalamnya. Alhamdulillah..masih bernyawa lagi kita hari ini. 

Ha..sudah solat subuh hari ini? Pastikan terjaga waktunya ya.

Subuh itu penanda kekuatan seseorang insan.

Kenapa pula? Sebab Subuh dipenuhi ujian-ujian. Agak-agaknya,mudahkah kita untuk bangun dari tidur yang nyenyak, bantal yang empuk dan selimut yang hangat membaluti tubuh seterusnya mengenakan air yang dingin ke tubuh dan terus bermunajat menemui pencipta bersama-sama hamba-hamba ALLAH yang lain. Sudah tentu tidak mudah. Itulah kekuatan luar biasa insan-insan yang punya kekuatan jiwa yang tinggi. Kalau jihad tidak kuat, mahunya solat tidak dibuat..kan ?



Inilah antara penanda aras kekuatan pejuang-pejuang yang bangkit mempertahankan Islam yang banyak kita lihat dan dengar dari sirah-sirah terdahulu. Subuh dan munajat malam yang terjaga, mereka terus maju. Peperangan dan kemenangan tidak hanya perlu disertakan dengan kekuatan fizikal dan persiapan ketenteraan semata-mata, tetapi jua kekuatan jiwa tenteranya.

sekecil-kecil hati mampu melahirkan segagah-gagah pejuang!

Tidaklah menghairankan, Salahuddin Al-Ayyubi menggunakan penanda aras ini untuk mencapai kemenangan tenteranya dahulu dalam memperoleh kemenangan dalam peperangan berhadapan tentera bersalib yang menggabungkan 22 kesatuan tentera dari seluruh negara eropah.

Tidaklah juga menghairankan, Sultan Mahmud Al-Fateh turut menggunakan method yang sama dalam menilai kekuatan tenteranya dalam pemilihan imam ketika solat berjemaah di medan perang. Pertanyaannya, dimulai dengan pelaksaaan tuntutan solat fardu,sunat rawatib dan diakhiri dengan solat tahajud. Sepenghujung malam dan awal paginya gah dengan munajat mencari simpati Ilahi dalam meraih kemenangan dan keredhaan dari Tuhan.

Dibarisan manakah kita akan berdiri sekiranya dibariskan bersama-sama barisan tentera Sultan Mahmud Al-Fateh yang dikatakan baginda Rasulullah sebaik-baik barisan tentera?Mungkin barisan hadapan ,pertengahan, dan mungkin yang tercorot sekali dari belakang. Wallahualam..hanya anda yang punya jawapannya sendiri.

Benarkah indicator yang diguna pakai ini?

jauh dalam hati, pasti ada antara anda yang mengiyakan dan menidakkan. Terpulang…itu soal pendapat masing-masing, kita perlukan kepelbagaian dalam berpendapat. Saya tidak mengajak anda bersetuju seratus peratus  ,tapi fikir-fikirkan lah dan simpan jawapan tersebut sendiri. ( ^_^) .

Ejen-ejen KGV di Chechnya dan Gaddafi di Libya masing-masing akan menangkap pemuda-pemudi mereka yang akan menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Soalnya kenapa? Mereka yakin, barisan pemuda- pemudi ini akan bangkit dan menggegarkan kerajaan Libya dan Rusia. Subuh, jemaah, kesatuan dan barakah dari Allah. Persoalan besar yang bermain disini dan perlu difikir dalam- dalam.

Ingin membina kekuatan diri yang kukuh?Ingin menjadi insan luar biasa?

Jagalah sepertiga malam terakhir dan subuh itu sendiri ,kerana ia punya kekuatannya sendiri. Ingat teman!Inilah permulaan kepada kekuatan diri yang sebenar. 

Wallahualam….

sekian.. 


P/S: teringat pesan sorg sahabat dulu ,nak  cari suami cari yang mudah bangun pagi..berjiwa tinggi katenye..hehe..nak jawab balik ye kwn..insyaAllah...( ^_^ )

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers