Pages

Wednesday, September 29, 2010

manusia..alam dan kelestariannya...

IN THE NAME OF ALLAH..THE MOST GRACIOUS AND MERCIFUL...

International Beach Clearance 2010,Pantai Bersih and Pantai Robina,Butterworth,Penang

Manusia dan alam...terdapat kesinambungan hubung kait yang ALLAH azzawa jalla ciptakan sehingga menjadikan manusia termaktub dibwh suatu syariah yang membawanya untuk menjadi khalifah yang mentadbir alam ini dengan bentuk pimpinan yang adil dan saksama,tidak hanya tertumpu kepada hubungannya dengan manusia,akan tetapi..termasuk hubungannya dengan alam..serta bagaimana ia melestarikan penggunaan sumber alam dengan bijak...Firman Allah SWT :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” ( Surah Ali ‘Imran (3) : 104 )

Isu alam sekitar seringkali dipandang enteng masyarakat diluar pada hari ini khususnya seolah-olah ia tidak memiliki apa-apa nilai dan lebih banyak lagi kepentingan lain yang harus diutamakan..namun hakikatnya,alam..merupakan kesinambungan kehidupan manusia,tanpa alam,tiadalah pembangunan,pembinaan tamadun dan kemajuannya sepertimana yang kita kecapi hari ini.Dan dengan alam,manusia mengenal tuhannya..dan menyedari asal-usul penciptaannya bagi mereka yang berfikir..

Manusia dilihat terus-terusan mengeksploitasi alam dengan kerakusan seolah-olah pasti hilangnya sumber itu jika tidak diambil dan digunakan hari ini.Ini jelas hanya menanamkan sifat ketamakan manusia yang hanya mementingkan material untuk kepentingannya sendiri.Dimana silapnya kita pula hari ini??

Syariah Allah tidaklah melarang manusia mengeksplotasi sumber alam dengan tujuan yang baik,malah lebih digalakkan..namun perlulah berpadanan dengan keperluan dan diiringi dengan kebijaksanaan dalam menguruskan sumber mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh menerusi alam ciptaannya..sesungguhnya segala-galanya ini milik DIA YANG MAHA MENCIPTA...

“Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. dan Sesungguhnya Allah, Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” ( Surah Alhajj: ayat 64)


Pembersihan pantai digigi air yang mengalir....penglibatan orang awam memberangsangkan

ringannye tulang anak-anak kecil yg membantu...:)


tangan-tangan yang membantu....sejuk mata memandang hai anak kecil...





Kerosakan alam akibat kesedaran terhadap alam yang kurang..sedih tgk keadaan mcm ni..

Apakah yang kita tunggu..sehingga alam ketandusan sumber,manusia mula bertelagah diantara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas satu masa nantikah,baru manusia mula mengadah?mencari salah silap siapa...sedikit kesan akibat kurang prihatinnya kita dengan alam mula dirasai dan dilihat kini...peperangan terjadi disana sini akibat tuntutan ekonomi masa depan yang menginginkan kesinambungan sumbernya dalam perusahaannya dan pentadbirannya.Tidakkah agenda utamanya memastikan keselesaan manusia dalam kehidupannya?Alam ini hanya satu..pengurusan yang lestari amat diperlukan bagi memelihara dunia sejagat krna manusia itulah khalifah Allah dimuka bumi ini..apa gunanya akal itu sekiranya ia pada padanan yang salah dan tidak bertepatannya dengan caranya?

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)” ( Surah al-Mulk (67) : 15)

Kemurkaan Allah lebih besar dari amarah manusia...berlaku adillah kamu dalam setiap gerak kerja dan penuhilah alam-alam ini dengan urusan tangan yang sentiasa tunduk mengingatiNya..Kelestarian alam perlu dijaga..kerana alam hanya satu..dan dengan alamlah..manusia mengenal penciptanya..wallahualam...


byknya smpah sarap yg terkumpul...



RUJUKAN: www.drsuhaila.com (pensyarah USM)

0 comments:

Post a Comment

komen anda..inspirasi saya untuk menulis...tinggalkan pesanan ya?insyaAllah,saya akan balas..

Ray Templates

berlari-lari ke kemuncak penantian..

Daisypath Graduation tickers